CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lagi Kes Produk Kosmetik Tempatan Rosakkan Kulit Pengguna

19-7-2016 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19829| Komen: 97

Description: Produk kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan buat hal lagi?
oleh Adib Za

Produk kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan buat hal lagi? 

Sebelum ini satu senarai lengkap produk kosmetik yang disenarai hitam oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana memiliki bahan kimia berbahaya.





Yang menyedihkan dan membimbangkan, senarai lambakan produk tersebut semuanya adalah produk tempatan yang amat sinonim dengan masyarakat. 

Bahan terlarang dan berbahaya seperti merkuri dan hydroquinon digunakan secara sewenang-wenangnya dan boleh menyebabkan kemudaratan kepada pengguna. 

Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen ini menerusi laman Instagram miliknya, dia menunjukkan keadaan kulit wajahnya yang berubah menjadi teruk selepas berhenti menggunakan satu produk penjagaan kulit. 


Walau bagaimanapun dia merahsiakan produk tersebut daripada umum, cuma menyebut ia memang produk tempatan. 

Ramai yang memberikan tips dan sokongan kepada gadis ini dalam usaha merawat kembali kulit wajahnya. 




Dalam masa yang sama, ia menimbulkan keresahan di kalangan ramai pengguna produk tempatan yang lain. 

Mengapa yang sering terjadi adalah produk penjagaan kulit tempatan? Adakah semua pengusaha ini hanya pentingkan keuntungan tanpa memikirkan kualiti produk?

Bagaimana pula dengan uji kaji keberkesanan atau kesan sampingan setiap produk ini? - CARI
12

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 19-7-2016 12:33 PM
Yikes..... industrial grade chemical ke dik. Kesiannya.... semoga cepat sembuh. Nak saman, tau tau jerlah negara kita macam mana
Quote norzmr 19-7-2016 12:37 PM
Sebenarnya ramai yang tertipu dgn gambar dari produk kecantikan, kemungkinan gambar tu dah di edit dan pengguna terus membeli tanpa selidik dulu isi kandungan.
Quote mizz_aurora 19-7-2016 12:39 PM
cash la sis for being so ignorant! dah merata pelusuk alam orang share, krim merkuri tu bahaya.. tapi tetap jugak nak pakai. so amek ubat! merasa la muka menggerutu
Quote sekel 19-7-2016 12:43 PM
weeeiiii ramai yg masih tak sedar

usahawan yg buat produk kecantikan tu hanya nk jadik kaya raya
Quote epysha 19-7-2016 12:56 PM
bagi je la clue..
Quote fifilalala 19-7-2016 01:03 PM
Produk apa tuu
Quote misscendol 19-7-2016 01:17 PM
Kalau ada hydroquinon ke merkuri ke mmg bagos utk kulit. Dari zaman novuex visage ke papaya brand ke mmg xelok. So tepuk dada tanye selera.
Quote Jajabeans 19-7-2016 01:26 PM
tak payah lah sebut nama. mostly produk lokal yg tumbuh bagai cendawan ni sama aje bentuk.
Quote fifilalala 19-7-2016 01:41 PM
Pakai je product yg dari drugstore , nak support produk lokal takut jadi mcm ni lah
Quote woobin^^ 19-7-2016 02:46 PM
gara2 terpengaruh dgn gmbr ig yg dah edit to the max letew
tp skrg ni murah je pong nak buat produk sendiri
raya aritu me & kwn2 saje gila bincang nk buat produk sendiri
buh la tagline wuduk frenly pastu mulakan every post dgn ayat2 poyo islamik
kompem weols kayo
penjual agama kan skrg tgh 'in'
Quote emmaisa 19-7-2016 02:52 PM
penah jugak terjebak beli produk skincare tempatan yg berlambak di fb tu...
pakai sekali kulit muka gatal2, terus stop.
bila tengok gambar sebelum dan selepas, nampak sgt editnya.
Quote gigahertz 19-7-2016 03:06 PM
Edited by gigahertz at 19-7-2016 07:07 AM
Nenasketum replied at 19-7-2016 04:33 AM
Yikes..... industrial grade chemical ke dik. Kesiannya.... semoga cepat sembuh. Nak saman, tau tau j ...


Sebenarnya yang bagi rosak muka tu adalah pasal ingredients barang tu sendiri. Bila kita guna dan guna dan guna mmg xde masalah tapi bila kita stop guna timbul masalah pasal ingtedients tu habis digunakan.

Kira cam dadah la. Bila guna dan guna mana ada masalah nampak ceria je. Bila stop guna. Otak jadi tak betul otak menafsirkan "kekurangan" maka tangan kaki mata semua di beri "arahan" utk bertindak.
Quote nut.legacy 19-7-2016 03:07 PM
kesian... kita nk support local products.. tp jadi mcm ni.. sesetengah pengasas kosmetik nk buat duit aje.. byk jugak produk i tgk testimoni gempak2... dalam masa seminggu dua dah nampak result.. pengaruh fast result ni yg buat org cenderung nk membeli..
Quote aliaa 19-7-2016 03:57 PM
kenapa x cakap produk yg dia guna
kenapa nak rahsia...
atau memng x leh cakap...
Quote nadiaaziz56 19-7-2016 04:10 PM
Product apa ni? Takot pulak rasa.
Quote deekhan 19-7-2016 04:15 PM
takutnya. aku pun pakai pencuci muka cetaphil je. nk keluar kenkadang pkai bb cream garnier. kalo malas nk cuci sume tepek bedak tabur ja. make up remover ape yg paling selamat? cer share porumer sume.
Quote manehnya 19-7-2016 04:19 PM
aku pun penah gak jd cmni, nyesal x sudah, aku tingalkan clinique sbb nk kesan yg lagi best, tup2 ada merkuri, bila stop terus muka naik jerawat cmni, hudoh
Quote pearl.silver 19-7-2016 04:24 PM
cam open secret kot..yg produk skincare keluaran tempatan xde rnd, beli pukal/rebrand dr thailand ke pilipin ke indon ke

modal rm10, jual rm200, masuk slot jom singgah tv3 bg diskaun rm5
packaging nampak murahan sangat

ni ank2 buah yg tgh remaja suka benor beli skincare2 gini...
Quote Artemesiaa 19-7-2016 04:30 PM
Sebab tu jangan mudah terpengaruh dengan iklan.  Nak murah dan hasilnya boleh diperolehi dalam masa singkat memang sah2 ada bahan bahaya dalam product tu.  Kalau dah tak tahu sangat mana yg sesuai beli je yang dijual kat pharmacy tu.  Kalau kulit muka dah jadi cam tu byk belanja nak kena pulihkannya maklum le caj doktor pakar kulit agak mahal dan process pemulihan pun makan masa juga.  Bukan boleh hilang sekelip mata je kalau dah teruk macam tu.  Kat klinik pakar kulit ramai je mangsa sebegini dtg untuk mendapatkan rawatan tapi ramai yang tak nak viralkan je kes mereka tu.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.127604 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top