CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anjing Mati Selepas Bunuh 4 Ekor Ular Tedung Demi Lindungi Tuannya

19-7-2016 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9416| Komen: 22

Description: Anjing merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kesetiaan kepada tuannya...

Oleh : Dean BZ


Anjing merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan "kesetiaan" kepada tuannya. 

Bermacam-macam kisah yang menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanan anjing kepada tuannya berlaku di seluruh dunia. Jadi tidak hairan lah ramai yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan disamping untuk "menjaga" rumah dari dimasuki pencuri.

Sebuah kisah sedih mengenai seekor anjing yang baru terjadi baru-baru ini di Bhubaneswar, India turut menjadi viral di media sosial pada masa kini.

Seekor anjing telah menyelamatkan keluarga tuannya daripada diserang oleh empat ular tedung sebelum mati akibat dipatuk di kampung Sebekapur daerah Gajapati, 400 kilometer dari Bhubaneswar, lapor IndiaTimes.


Anjing jenis Dobermen itu telah membunuh kesemua reptilia berbisa berkenaan sebelum rebah dan mati.

"Saya amat terkejut, anjing itu telah membuat pengorbanan yang amat besar untuk saya dan keluarga, saya akan ingat pengorbanannya itu sampai bila-bila."

"Saya akan berdoa kepada tuhan semoga seluruh roh dan jiwanya akan pergi dalam keadaan tenang," kata pemilik anjing berkenaan yang ternyata dalam kesedihan.

Ular yang dikenalpasti sebagai ular tedung gunung itu dipercayai telah memasuki kawasan rumah penduduk kampung akibat musim tengkujuh di mana sarang reptilia berkenaan dipenuhi air.

Pada Isnin lalu, empat ekor ular tedung berkenaan telah cuba memasuki rumah keluarga tetapi disedari oleh anjing tersebut menyebabkan ianya terus ke pintu rumah menghalang reptilia berkenaan daripada masuk.

Dia dilihat bergelut dengan ular-ular itu sehingga tanah di halaman rumah yang berlaku dalam tempoh yang agak lama sehingga reptilia itu mati dan anjing berkenaan dipenuhi darah.

Anjing tersebut dilihat terus bertarung sehingga setiap ekor ular berkenaan mati demi menghalang keluarga tuannya diserang sebelum ia rebah akibat terkena bisa.

Demi menghargai pengorbanan haiwan berkenaan, penduduk kampung telah meletak kalungan bunga pada badan anjing tersebut sebelum ditanam. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan tauladan dan seterusnya menyedarkan golongan yang sering berlaku kejam terhadap haiwan. Sedangkan haiwan pun mempunyai "nilai kasih sayang" setinggi ini, bagaimana pula dengan kita sebagai manusia? - CARI



Sumber- Siakapkeli.my
17

Bagus
17

Marah
27

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 19-7-2016 04:45 PM
Muntah darah anjing tu dek bisa ular...
Quote jiwarasa 19-7-2016 05:31 PM
anjing adalah makhluk ciptaan Allah juga. cuma ada yang bangang nampak anjing baling batu
Quote oppol 19-7-2016 05:42 PM
Ada sesetengah anjing lebih mulia dari manusia
Quote nadie90 19-7-2016 05:42 PM
Sedihnya..
Quote nut.legacy 19-7-2016 06:33 PM
Tu kelebihan anjing ni.. Dia setia dgn tuan dia
Quote qronaldo7 19-7-2016 06:52 PM
leh wat movie
Quote shin_ah81 19-7-2016 07:27 PM
Jujur i rasa sebak sangat..
Quote manjalara_01 19-7-2016 07:30 PM
kenapa die org tgk je anjing tu bergelut sampai bunuh 4 ekor ular sampai mati?
kenapa x tolong anjing tu?

teringat kisah dekat US, rumah family ni kena masuk perompak
perompak tu dh masuk bilik tidur tuan rumah & wife die, masa die org sibuk bertengkar perompak tu nak tembak tuan rumah ttiber anjing die lompat halang peluru tu dari terkena tuannye...uuhuhu..
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 07:47 PM
Aduhh kesianny
Quote kamil8891 19-7-2016 08:02 PM
LARI TOPIK SIKIT

ANJING MMG HAIWAN YANG SETIA PADA TUAN NYE

TERINGAT KISAH ASHABUL KAHFI
7 PEMUDA YANG BERIMAN MELARIKAN DIRI DEMI MENYELAMATKAN IMAN
YANG TERTIDUR DIDALAM GUA SELAMA 309 TAHUN YANG DISANGKA TIDUR HANYA SEHARI
BILE DORG TERSEDAR TENGOK2 BINATANG TUNGGANGAN DAN ANJING DAH MEREPUT BERTULANG
ANJING YANG DIJANJIKAN SYURGA

BANYAK KISAH ANJING NI..
ALLAHUALAM


Quote spankee_fili 19-7-2016 08:05 PM
anjing yg setia...teringin nak bela sekor tapi apakan daya...
Quote PongKang 19-7-2016 11:08 PM
sedihnya. semoga masuk syurga anjing yg baik
Quote NOWORD 20-7-2016 12:37 AM
Sedihnya.....
Quote biskutraya 20-7-2016 02:30 AM
Tapi.. Ular kan kire mcm Tuhan mereka?
Quote monyet_2015 20-7-2016 07:54 AM
teringat citer cina anjing yang buat kebaikan dapat jadi manusia untuk tempoh 44 hari.
filem Happy Ghost.
Quote mdhelmi 20-7-2016 08:54 AM
dulu kat kg pon ada bela anjing untuk jaga ladang sawit
pon mati sbb kene patuk ular
Quote MissVixen 20-7-2016 10:19 AM
kalau  x kena samak... best bela anjing. anjing2 yang besar. cuddles dengan dia.
Quote Samm_BM 20-7-2016 11:58 AM
Sayang pada semua makhluk
Quote norzmr 20-7-2016 12:23 PM
sedih...setia dia pada tuan nya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053484 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top