CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Uber OKU Beri Inspirasi Buat Warga Singapura!

21-7-2016 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3932| Komen: 4

Description: Ada seorang warga Singapura bernama Guang menulis satu status di laman facebooknya pada 16hb lalu yang memberi pujian kepada seorang OKU yang bermasalah pendengaran.
Oleh : TS LOO


Bagi seorang individu yang kurang keupayaan, mencari kerja memang bukan satu perkara mudah, tetapi siapa sangka lelaki yang hilang daya pendengaran ini kini merupakan seorang pemandu Uber. 



sumber foto: akaun facebook Guang


Seorang warga Singapura bernama Guang menulis satu status di laman Facebook pada 16hb lalu yang memberi pujian kepada seorang OKU yang bermasalah pendengaran. 

Menurut Guang, dia banyak belajar tentang sikap dalam kehidupan daripada OKU itu dan ia amat menyentuh hatinya. 

Pemandu Uber itu yang datang mengambilnya itu bernama Andrew.  Sebelum menaiki keretanya, Guang menerima mesej yang tertulis  "Pemandu anda mempunyai masalah pendengaran." 


Dari mula, Andrew kelihatan tersenyum sahaja sambil menunjukkan peta yang ada pada telefon bimbitnya. 

Namun, pemandu itu tidak berbual apa-apa, membuatkan Guang tersedar tentang Andrew seorang individu yang bermasalah daya pendengaran.

"Saya seorang yang suka bersembang, apabila orang yang berada di sisi saya tidak dapat berkomunikasi, saya akan jadi buntu, tak tahu nak berbual apa-apa!" 

"Sebab itulah, kami berdua kekal mendiamkan diri selama 10 minit."

Menurut Guang, ketika itu banyak soalan timbul dalam kepalanya dan berterusan berfikir, "sekiranya saya seorang OKU pendengaran, apa akan jadi di dunia saya? Adakah saya bersemangat untuk teruskan kehidupan, lebih-lebih lagi menjadi seorang pemandu Uber?"

Kerana terlalu ingin tahu, lelaki ini bertanyakan satu soalan yang ditaip menerusi telefonnya. 

Soalan : Kenapa anda boleh mengalami masalah pendengaran?

Jawab :Sejak dilahirkan, saya sudah tidak boleh dengar. 


Selepas melalui satu sesi soal dan jawab, sebenarnya sebelum ini Andrew adalah seorang pembuat peta elektronik, tetapi baru-baru ini dia menganggur, sebelum ambil keputusan menjadi pemandu Uber. 

Walaupun dia dan isterinya kedua-dua merupakan individu yang bermasalah pendengaran, tetapi tiga orang anak mereka semuanya normal pertuturan dan pendengaran.  

" Perjalanan selama 25 minit ini boleh dikatakan pengalaman yang penuh bermakna dan memberangsangkan dalam kehidupan peribadi saya"

" Saya membuat catatan berikut semata-mata kerana saya sangat berharap kita semua ambil contoh dan belajar daripada Andrew berkenaan sikap dia berhadapan dengan rutin harian"

 - Terima kasih Andrew mengajar saya mendiamkan diri dan bagaimana memperlahankan rentak kehidupan.
 - Terima kasih Andrew mengajar erti sebenar kesanggupan (seorang yang bermasalah pendengaran dan pertuturan boleh berjaya menjadi seorang arkitek)
 - Terima kasih Andrew mengajar saya kena bersikap progresif dalam kehidupan.
 - Terima kasih Andrew mengajar saya belajar bersyukur, dan menghargai segala benda yang kelihatan seolah-olah patut dimilki kita dalam kehidupan.
 - Terima kasih anda mengajar saya tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah tangga, biarpun mengalami dugaan besar pun harus berdepannya.
 - Terima kasih anda melalui ahli keluarga dan tiga orang anak, membolehkan saya sedar, kasih sayang itu tiada sempadan.

sumber foto: akaun Facebook Guang


Gambar yang diambil Guang dan Andrew disertakan bersama artikel dimuat naik pada facebook. Status tersebut setakat ini telah dikongsikan oleh lebih 6,000 orang, dan rata-rata netizen rasa tersentuh hati selepas membacanya.  - CARI
20

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
23

Sedih
21

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 21-7-2016 03:22 PM
Kena bagi peluang org yg nak berusaha.. x kira physical mcm mana.. oku xdelah rasa rendah diri..
Quote Artemesiaa 21-7-2016 05:07 PM
Disitu ada kemahuan pasti ada jalan
Quote HazeLJoseph 22-7-2016 02:05 AM
Aku pun fikir2 nak letak baby car seat sebelah driver kalau buat uber part time,takkan nak tinggal anak pula kannnn
Quote qronaldo7 22-7-2016 08:21 AM
uber terbaik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.073229 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top