CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Dikemaskini] Suspek Bunuh Ibu & Keluarga Dipercayai Sembunyi Di Bkt Mertajam

13-7-2016 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7940| Komen: 26

Description: Terbaru, pihak polis mengemukakan gambar dan maklumat peribadi suspek berhubung kes pembunuhan kejam di Batu Maung, Pulau Pinang pagi tadi.
Oleh : TS LOO

Dikemaskini : 2.30 petang

Terbaru, pihak polis mengemukakan gambar dan maklumat peribadi suspek berhubung kes pembunuhan kejam di Batu Maung, Pulau Pinang pagi tadi.


Orang ramai yang mengetahui suspek yang berumur 32 tahun itu, sila menghubungi talian 'Hot Line' Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang, iaitu 04-2691 999.

Nama: Chung Chun Wah
Nombor Kad Pengenalan : 840116-07-5293
Alamat : 378, Block (U1), Jalan Batu Maung, Bayan Lepas



Selepas melakukan pembunuhan, suspek melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392.

Susulan itu, pihak polis menjumpai kereta yang dibawa lari suspek di Bukit Mertajam, namun suspek masih tidak dapat dikesan.

Bagaimana pun, suspek dipercayai sembunyikan diri di salah sebuah kedai di Bukit Mertajam, usaha pengesanan sedang giat dijalankan.- CARI



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dikemaskini : 11 pagi


Bertempat di Batu Maung, Pulau Pinang, berlakunya pembunuhan kejam ke atas empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut.

Difahamkan suspek berada di bawah pengaruh dadah meluru masuk ke dalam kawasan kilang ketika semua mangsa sedang tidur dan melepaskan 11 das tembakan ke arah mereka.

Mereka yang maut merupakan ibu kepada suspek berusia 55 tahun, adik lelakinya berusia 20 tahun dan anak buahnya (dua tahun).

Turut terbunuh seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata siasatan awal mendapat suspek mengamuk kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392.

Suspek dipercayai masih menyembunyikan diri di Pulau Pinang, usaha menjejaki suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis. - CARI




11

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bateesta 13-7-2016 11:33 AM
bukan dah ada ke berita ni ?
Quote Bateesta 13-7-2016 11:34 AM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote uda 13-7-2016 11:34 AM
Astaqfirullah!
Ramai orang gila sekarang
Dah jadi negara koboi, insiden tembak menembak ni berlaku every alternate day. Td dlm akhbar baru ada berita kejadian tembak peniaga di batu pahat.
Takutnya!
Quote nut.legacy 13-7-2016 11:41 AM
sedihnya budak pn dia tembak..
Quote paz 13-7-2016 11:47 AM
Mmg patutlah org cakap dadah musuh negara. yg makan dadah ni mmg tak jadi manusia.
Quote hest 13-7-2016 12:00 PM
Bateesta replied at 13-7-2016 11:34 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1009500&extra=page%3D1

ini mungkin untuk portal.. kalau untuk portal memang akan up kat forum juga
Quote oppol 13-7-2016 12:16 PM
Tetap akan ke tali gantung.kenapa tak tembak diri  terus?.nyusahkan polis saja.
Quote akusukaq 13-7-2016 12:43 PM
kan bagus kalu semua penagih tegar yg tak masuk pusat serenti ni dikumpulkan dlm sebuah pulau dan biarkan dorang hidup sendri
Quote nirman 13-7-2016 12:57 PM
GEORGE TOWN (Malaysia) — A family of four, including a two-year-old girl, was shot dead in an early morning incident at a poultry processing factory on Jalan Batu Maung on Wednesday (July 13).

Penang police Criminal Investigation Department (CID) chief Razaruddin Husain identified the victims as factory owner Toh Hock Choon, 50; his wife Tan Saw Sim, 55; and Tan's son Chung Wah Thong. The toddler was Mr Chung’s daughter.

Mr Razaruddin told reporters at the crime scene that the incident is believed to have happened about 2.45am, following an altercation between the factory owner and another stepson aged 32.

The senior policeman believed the suspect shot the three adults first and turned on the child later when she came to check the commotion.

“We believe when he shot the three victims, the two-year-old heard the commotion and came down the stairs where she too was shot,” he said.

Malay Mail Online was able to obtain a recording of the news conference at the crime scene.

Mr Razaruddin said the police only knows the toddler by her nickname, Ah Bee, at the moment, and are looking to find her mother who lives in George Town.

Initial investigations revealed that the suspected killer may be a drug addict and often argued with the victims.

“A CCTV recording showed the suspect rummaging through things in the factory premises before he got into an argument with his stepfather,” Mr Razaruddin said.

“We believe he wanted to get money to get more drugs,” he added.

A total of 11 bullet casings were found at the scene, and police believe 11 shots were fired at close range.

The police have mounted a massive search for the suspect who is believed to be armed with a 9mm semi-automatic weapon.

“He is believed to have shot the victims with the semi-automatic weapon and escaped in a Toyota Hilux with the plate number PLJ 7392,” Mr Razaruddin said.

He said patrol cars have been deployed in a massive hunt for the armed suspect and the borders have also been alerted.

He appealed to the public to come forward if they have any information on the incident or the suspect. THE MALAY MAIL ONLINE
Quote apalancut 13-7-2016 01:45 PM
suspect tu ada apa kene mengena dgn family ni?
Quote Modngengade 13-7-2016 01:52 PM
Bateesta replied at 13-7-2016 03:33 AM
bukan dah ada ke berita ni ?

biasalah sis....reporter CI yg ketandusan berita  hehe

Quote Bateesta 13-7-2016 02:06 PM
Modngengade replied at 13-7-2016 01:52 PM
biasalah sis....reporter CI yg ketandusan berita  hehe

byk gak diva kat sini ek
Quote catalina 13-7-2016 02:10 PM
De javu
Quote dubuk 13-7-2016 02:52 PM
jangan pergi bunuh orang lain

alang alang menyeluk pekasam
Quote kecimpret 13-7-2016 02:59 PM
apalancut replied at 13-7-2016 01:45 PM
suspect tu ada apa kene mengena dgn family ni?

laa x baca ke dikkk??
Quote pr3ttytw33ty 13-7-2016 03:01 PM
peng sana, peng sini!
ape dh jd ngan negara aku hoiii
Quote fifie_olin 13-7-2016 03:03 PM
muka cam bapok x siap jeh
Quote belilies 13-7-2016 03:12 PM
Weng sgt, budak umo 2thn pun nk bunuh. Gile siot. Mereput ko lm penjara.
Quote LuLu^Lost 13-7-2016 05:10 PM
tak pernah dengar sebelum ni orang cina hisap dadah teruk gini. selalu kejadian minta duit beli dadah, pukul2 bunuh2 tak bagi duit ni cerita melayu je. huhu. nak tgk budak2 cina hisap rokok pun susah skrg ni. tup2...dpt berita gini, hmm jarang2 berlaku dikalangan bangsa mereka... kesian la family dia kena bunuh. bila dah buat sesuatu di luar kewarasan, gitulah jadinya.

dah la ambik dadah, membunuh plak... say bye2 aje lah. no space for you in this world anymore.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062565 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top