CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maksud Disebalik Raver Dan Hipster, Baik Baca Dik

30-5-2016 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24822| Komen: 29


Oleh : Dean BZ

Kebelakangan ini sering kita melihat video-video tarian raver yang ada juga memanggilnya Boek dancer atau "tarian sotong". Dikatakan pengikut Raver tidak sebulu dengan pengikut Hipster, jadi apa benda sebenarnya Hipster dan Raver ini? Adik-adik yang acah-acah Raver dan Hipster tahukah apa makna dan sejarah Raver dan Hipster?


Kalau belum tahu nah sedikit "knowledge" tentang sejarah Hipster dan Raver, dipetik dari eberita.org.


Raver [Rave]

Raver asal kata dari perkataan Rave merupakan tarian kebudayaan baru yang pertama kali muncul pada pertengahan 1980-an di Amerika Syarikat, tepatnya Chicago. Ternyata, istilah ‘Raver’ merupakan singkatan dari Radical Audio Visual Experience.

Raver adalah sebuah pesta sepanjang malam yang biasanya diiringi muzik berirama cepat (house music) dan pertunjukkan lampu. Pesta ini tergolong sebagai pesta liar yang orang-orangnya dipanggil Raver. Orang-orang yang terlibat dalam pesta ini adalah anak-anak muda dikalangan orang orang kaya.

Awalnya, pesta Rave digambarkan sebagai suasana pesta di Ibiza, sebuah pulau di Laut Tengah, Sepanyol. Pesta ini dikatakan memiliki unsur seks dan jenayah.

Oleh sebab itu, program pesta Rave selalu diadakkan secara tersembunyi. Hal ini dilakukan dengan tujuan menghindari polis agar kegiatan jenayah dan seks mereka tidak dicium polis atau mendapat aduan tetangga yang merasa terganggu.


Para Raver mendapat khabar rencana pesta dari mulut ke mulut, pesanan ringkas, atau brosure yang disebar secara rahsia. Bahkan, tempat yang dipilih harus bebas gangguan kerana pesta Rave biasanya berlangsung hampir 10 jam. Wow!

Tidak ada aturan khusus yang diwajibkan untuk menjadi seorang Raver. Gaya dan tarian para Raver pun beragam dari yang sederhana hingga paling sukar seperti jump style, melbourne shuffle, atau tecktonic. Setelah berjaya dipopularkan warga Chicago, pesta ini mulai merebak negara lain seperti Inggris, Eropah Tengah, Australia, termasuk juga Indonesia dan Malaysia.


Hipster

Hipster memang sudah menjadi trend di seluruh dunia. Hipster mempunyai ramai peminat dan juga Haters. Hipster adalah suatu kata yang menggambarkan seorang anak muda, yang keadaan ekonomi dirinya berada di kelas menengah atas dan “anti mainstream”. Mereka tidak mainstream dari segi filem, muzik, fesyen dan rakan-rakan.

Istilah Hipster biasanya diberikan kepada orang yang sering tampil unik atau yang suka memilih untuk berjalan sendiri.

Hipster akan membuat dirinya seunik mungkin dari segi penampilan, rambut dan gaya berpakaian. Anehnya golongan Hipster ini, jika mereka sudah popular, mereka akan menukar gaya mereka yang popular tersebut dan mencari gaya yang lain yang belum banyak diketahui orang lain.


Ciri-ciri Hipster adalah:

Lihat Gaya Rambut dan Pakaian

Lelaki Hipster biasanya sering tidak menyikat rambut mereka dan tidak ingin dilihat kemas dan bagi perempuan pula, mereka sering memakai tight kemana-mana. Inilah yang sering membuat Hipster itu terlihat Hipster kerana kita sentiasa dapat melihat mereka dari segi gaya rambut dan pemakaian mereka.

Menonton atau melihat Festival Film International

Golongan Hipster sering melihat atau menonton Festival Film International. Mereka gemar untuk melihat dan menonton filem berbahasa asing yang susah untuk difahami ramai orang.

Bahkan kita sebagai pencinta filem apabila berjumpa dengan golongan Hipster, jangan mengaku bahawa kita merupakan pencinta filem kerana pada saat itulah mereka akan bertanya “Sudah tonton filem dilwale belum?” dan di dalam fikiran kita , “Filem apa ni? Tak pernah dengar pun?”

Muzik mereka ‘rare’
Golongan Hipster ini unik, anti-mainstream jadi wajarlah muzik mereka kita tidak pernah dengar. Jika muzik reggae popular dengan Bob Marley, dan itu pun dengan tajuk lagu “No Women No Cry”, pada saat itulah jika kita duduk bersebelahan dengan Hipster dialognya akan jadi begini:

Mr A: Bob Marley?
Hipster: Freddie Mercury
Mr A: ooooo Mc D Mercury….. (pura-pura tahu)

Sudah tahu sejarah? Adakah adik-adik Raver sememangnya golongan orang kaya. Dan pengikut Hipster pula sememangnya seperti ciri-ciri diatas? Ke depan kawan Hipster balik rumah layan Dilwale? - CARI Infonet.





Sumber - eberita.org


30

Bagus
13

Marah
24

Terkejut
19

Sedih
25

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 30-5-2016 12:38 PM
Ooooooooo makcik baru tahu~~ selama nii makcik ingat hipster tu wak doyok jahh

apepun makcik suker hipster, bbnunyerr makcik nii~~
Quote shark 30-5-2016 12:50 PM
blackwidowbae replied at 30-5-2016 12:38 PM
Ooooooooo makcik baru tahu~~ selama nii makcik ingat hipster tu wak doyok jahh

apepun ...


[youtube]9WzD6zU2Mi4[/youtube]

macam sotong kurita dah aku tengok
Quote blackwidowbae 30-5-2016 12:58 PM
shark replied at 30-5-2016 12:50 PM
macam sotong kurita dah aku tengok

     haah lerr chuolls~~ makcik rasa macam nak celup tepung jah sekor sekor pastu goreng       
Quote FARRAZOOL 30-5-2016 02:01 PM
Owhhhhhh I see
Quote ero_sennin 30-5-2016 04:49 PM
Tarian sotong hanyut
Quote liyamariska 30-5-2016 05:02 PM
serious ai ketawa terlalu kuat sampai satu opis dtg kt meja ai tanya kenapa...

ai cuma membohong baca mesej wassup klakar...
Quote LuLu^Lost 30-5-2016 07:20 PM
hipster pernah dgr..raver tu tak pernah dengar lagi. pelik2 la. dan baru tahu juga, itu rupanya yg orang dok ckp tarian sotong. maaf cakap, lepas tgk budak tu nari...Ya Allah, buruknya. tambah kau bertudung dik, perempuan pulak tu. tak kena. huhu.. ko jgn lalu depan akak dengan tarian ni, aku tampar juga kang.

Quote artcrime 30-5-2016 07:51 PM
boleh join rancangan dangdut kebenda dah tu.. sama naik bangang dia.
Quote tagas 30-5-2016 11:27 PM
Time2 aku dulu membesar dgn

Slow rock- crossfire, meditasi,febians etc

Metal - xpdc , metallica etc

Underground - oag , konffin kanser etc

grunge - nirvana etc

Skinhead oi - a.c.a.b , jb riot etc

Blackmetal - dark nirrajim, langsuyir etc
Quote Bencohen 31-5-2016 12:23 AM
Tetap tak boleh lawan techno viking
Bagi aku ok je budak2 raver ni. Diorang pun nak berseronok. Lainla budak tahfiz tunjuk langit kat sekolah pondok.

Lagipun pakcik2 aku yg dok rave zaman 90an dulu pun baru je balik umrah dgn minik bekas ratu ecstasy.

People change. Kalau tak bertukar pun ok je.
Quote bulalof 31-5-2016 07:50 AM
bila pitti uomo style nak masuk malaysia ni...
Quote Van_Dette 31-5-2016 05:53 PM
Hahaha.. gile baik punya info... banyak budak sotong geli2 nih.. terasa nak mencandat lak..
Quote fatehana 1-6-2016 10:30 AM
golongan rave ni br diketahui kat mesia kot
bab tarian sotong bagai tu dah lama nampak cuma br nie taw ttg itulah milik golongan rave

hipster lak errr x reti nk kata camner
Quote unoryah 1-6-2016 01:59 PM
good info.....  
Quote purpledesire 3-6-2016 09:26 PM
Ohhh..baru tau..
Quote minah_kidal 7-6-2016 10:32 AM
hispter lg sedap mata memandang dari raver ni
Quote billionman78 7-6-2016 11:01 AM
tagas replied at 30-5-2016 11:27 PM
Time2 aku dulu membesar dgn

Slow rock- crossfire, meditasi,febians etc

kita sebaya..semua yang ko tulis tu aku kenal and pernah beli kaset..

ahahaha
Quote missyqaldina 7-6-2016 12:17 PM
ahkak dlu bekas raver..satu ketika dahulu lahhh...
raver tu party all nite stiap kali ade event2..event kt msia ni kejap jee..start 6ptg..habis plg lewat kul 2 mlm cmtuuu...pstu skrg da takde event2 cmni..sbb gov da pantau since ade budak mati oberdose..
yeah raver2 dlu kalau nak amik mcm2 takde la smpai overdose..ni skrg memacam la budak2 skrg..
rinduu zaman tuu..noww skrg rmai kwn2 ahkak raver da kembali ke pangkal jalan..ade yg join tabligh..berniqab..alhamdulillah..
Quote go_shop 13-6-2016 02:05 PM
tarian sotong? (kesian sotong jd mangsa).. mcm org mabuk adeler

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top