CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derma Kepada Najib Dari Arab, Menteri Luar Arab Akui Perkara Tersebut

15-4-2016 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 19590| Komen: 503

Description: Kita sepenuhnya mengetahui mengenai derma dan ia merupakan derma...


Oleh Fyruz Hanna

ISTANBUL: Adel Al-Jubeir yang menghadiri  mesyuarat bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak mengakui mengenai derma yang disumbangkan dari Arab kepada Perdana Menteri.

"Kita sepenuhnya mengetahui mengenai derma dan ia merupakan derma yang benar tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kami juga mengetahui dia disiasat oleh Ketua Peguam Negara dan mendapati tiada sebarang salah laku.

"Setakat yang kami tahu, perkara ini telah ditutup," kata kepada pemberita.


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. -CARI Infonet.

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote knowho 15-4-2016 09:18 AM
Mata meningkat untuk najib ....... dalam permainan politik lah, hihihi.
Quote bit 15-4-2016 09:21 AM
Hahahaha ... Can you show us the person
Quote hzln 15-4-2016 09:24 AM
baru ari tu pak arab ni kata tu pelaburan bukan derma
Quote hzln 15-4-2016 09:29 AM
LEPAS meeting dgn jibun terus konar jadi derma
entah hapa dijanji jibun u hep me i hep u
askar msia berperang join saudi kat yaman ker
Quote EJALTI 15-4-2016 09:29 AM
Menteri luar Arab Saudi sahkan sumbangan derma pada Najib

http://www.malaysiakini.com/news/337917

Bernama      Hari ini, 8:53 pagi      Hari ini, 9:02 pagi



Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang datang dari negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

- Bernama
Quote the_killer 15-4-2016 09:30 AM
Najib 1
Macai 1
Rakyat Malaysia 0

Quote bit 15-4-2016 09:31 AM
Yemen here we come
Quote sipendiam 15-4-2016 09:32 AM






terbukti bijan syumul......tak sia2 pemakan dedak memperjuangkan bijan
Quote edee_91 15-4-2016 09:34 AM
Edited by edee_91 at 15-4-2016 09:35 AM

lagi RM570,000,000 mana pergi?
Quote harimau76 15-4-2016 09:37 AM
OK.. LEPAS ni change goal post lagi...
Quote seri_mawr 15-4-2016 09:38 AM
pemimpin negara ni berat tanggungan nya di akhirat kelak...di dunia boleh lah konar sana sini...konar baring sampai berlipat segala...

klu kata ramai yg berebut nak jadi pemimpin....bermakna dia sgt yakin yg dia boleh memerintah dgn baik dan berjaya di dunia dan akhirat...

klu kata yg berebut tu hanya unuk nama dan pangkat....sukar di akhirat kelak....
Quote zamzam 15-4-2016 09:40 AM
OK bang jib dah boleh tidur lena...sebelah kak ros of course.
Quote cucumberkl 15-4-2016 09:47 AM
sape yg fitnah bijan sila beratur mintak maaf.. betul tak abg @kemaruk
Quote leylapple 15-4-2016 09:53 AM
ok, tapi jibby kena bayar income tax pulak atas 2.6 bilion tu
Quote tungkai 15-4-2016 10:13 AM
Awal2 kata utk pelaburan pastu sekarang derma. So..pak ereb pun dah start makan dedak gak ke?
Quote wana89 15-4-2016 10:17 AM
Huntung la jadi PM.. Dah kaya pun dapat derma lagi
Nak masuk politik la.. Capat kaya ramai menderma
Quote kemaruk 15-4-2016 10:18 AM
cucumberkl replied at 15-4-2016 09:47 AM
sape yg fitnah bijan sila beratur mintak maaf.. betul tak abg @kemaruk

Betui betui betui..

Terlajak perahu boleh diundur

Terlajak kata boleh dibudur
Quote dcruins 15-4-2016 10:18 AM
Hillary Clinton tak nak revealed ke penderma2 Saudi sebenar kepada Clinton Foundation keluarga nyerrrr....
Quote wana89 15-4-2016 10:18 AM
Tak kan najib Nak rasuah Pak arab utk duit.. Sebab Arab Saudi pun dah sedia kaya, lebih kaya Dari najib
Kalo janji tentera or etc.. Boleh masuk akal juga..

Lihat semua komen(503)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070710 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top