CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

Sikap Penjual Insurans Punca Pelanggan Rimas

22-3-2016 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 16105| Komen: 127

Description: Sikap penjual insurans sering menakut-nakutkan anda dengan keburukan yang tidak masuk akal



Artikel Oleh Izzah Abbasy | Video Oleh Izzah Abbasy & Danny | Suntingan Visual Danny


Umum mengetahui insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Insurans yang dibayar juga menjamin kebaikan dan kelebihan yang memberi manfaat kepada pemiliknya.

Namun, ada juga kes penipuan melibatkan insurans ini apabila ejen menyeleweng dan menipu, menyatakan perlindungan yang berbeza-beza, harga yang ditawarkan mahal dan pilihan yang sangat sedikit.

Paling utama, sikap penjual insurans sering menakut-nakutkan anda dengan keburukan yang tidak masuk akal sehinggakan ramai yang menunda untuk mempunyai insurans diri sendiri dan ahli keluarga.

Sebagai pengguna, anda mempunyai peranan dalam memerangi penipuan. Pastikan anda tidak tertipu dan ditakut-takutkan pihak ejen insurans. Pilihan di tangan anda. - CARI Infonet
10

Bagus
14

Marah
5

Terkejut
18

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_conan 22-3-2016 01:46 PM
pernah satu minachi ni call aku.. jual insurans la..
aku cakap tanak, die marah2 aku balik 'kenapa taknak?'
ygsorang lagi siap warning nak black list nombor aku..
dorang takkan call lagi utk apa2 promosi.. dlm hati aku..
sila laaa.. lagi aku suka
Quote alieyrina 22-3-2016 03:14 PM
Ritu dia trick aku mula2..tnya kedit kad aku aktif x..then baru kata nak juai insurans..lain kali aku nk jwb negatif sajok pd soklan yg diajukan...
Quote oneders 22-3-2016 03:21 PM
kadang kadang kita kena faham, diorang ni mostly desprate nak dapat signup. kalau tak, gaji tak masuk, kerja tak kekal. kalau tak mahu, bagitau tak mahu je.
Quote caramellatte 22-3-2016 03:32 PM
oneders replied at 22-3-2016 03:21 PM
kadang kadang kita kena faham, diorang ni mostly desprate nak dapat signup. kalau tak, gaji tak masu ...

Kalau aku, memang bagitahu awal2 tak berminat bila dia mention psl insurans. Tapiiiii, aku pulak yang kena balik."Akak belum dengar macam mana boleh cakap tak berminat"
"Saya ambil masa 5 minit je" (end up setengah jam. kalau aku kejam, nak je aku putuskan line)
"Kenapa akak still tak berminat? Penat saya explain macam2"
Huaaaa! Stress akakkkk!
Quote ikmanurz 22-3-2016 03:37 PM
kannn... dah le dia suruh kita dengar kita dah tolong dengar
pastu nak marah-marah orang pulak

saya slalu cakap saya busy, call lepas kol 6pm.
After 6 semua call ignored. Senang citer
Quote chinatsu 22-3-2016 03:37 PM
kalau ada org sibuk2 nak jual insurans..bagitau je ko ada sakit kronik
gerenti diorang blah
org insurans ni bukannya ikhlas nak menolong pun
semuanya utk kepentingan diorang je
Quote kecimpret 22-3-2016 03:39 PM
agen insuran yg bijak dia tak main medical card kecik2 ni...dorang main life insuran yg byr puluh ribu setahun..letih main medical card ni
Quote kenarikelabu 22-3-2016 03:39 PM
Aku pernah jawab sama mcm yg terapung ada ilmu hitam tu. Belum habis aku cerita, dia sempat ckp "Ahh...bodoh lah!" sebelum dia matikan talian.
Quote ultra78 22-3-2016 03:40 PM
cmf_conan replied at 22-3-2016 01:46 PM
pernah satu minachi ni call aku.. jual insurans la..
aku cakap tanak, die marah2 aku balik 'kenapa  ...

Hahaha..aku nak sangat masuk dlm senarai blacklist telemarketing ni


Quote sipendiam 22-3-2016 03:42 PM
kalau dia call aku cakap je aku tengah meeting..call lagi sejam..tapi sampai ke sudah dorang tak call dah sebab aku masuk block list
Quote fire_place 22-3-2016 03:43 PM
Aku kalau Org Call ni malas layan.
Kalau secara berdepan ni aku akan layan.
Sbb skrg zaman insurans sgt penting kot.
Melayu kurang terdedah lagi,Cina MCM kawan laki aku sampai 3,4 insurans,
Mungkin setengah Org suka beratur kat sepital tuggu rawatan,xbaik Lpstu salahkan takdir.
Biasanya Org anggap remeh,terbalik UTK agen insurans bila approach menolak
Sekali bila sakit baru terhegeh-hegeh call boleh x nak amik plan itu ini.
Hai hai bye bye je Org gini.
Quote cmf_conan 22-3-2016 03:49 PM
alieyrina replied at 22-3-2016 03:14 PM
Ritu dia trick aku mula2..tnya kedit kad aku aktif x..then baru kata nak juai insurans..lain kali ak ...

ni lagi satu hal..
dorg tanya gitu, aku tanya balik 'kenapa nak tahu?'
katanya nanti nak caj senang...
aku tanya balik 'bila masa aku setuju? awak tak explain2 apa lagi.. saya belom setuju apa2 lagi'
Quote abdulariff 22-3-2016 03:50 PM
fire_place replied at 22-3-2016 03:43 PM
Aku kalau Org Call ni malas layan.
Kalau secara berdepan ni aku akan layan.
Sbb skrg zaman insuran ...

3-4 insurans? tapi hakikatnya hanya boleh guna 1 insurans sahaja. Kisahnya jika berlaku kematian atau kecederaan kekal maka hanya 1 insurans sahaja yang akan membayar.

p/s: ini yang ditanya pada agent insurans sendiri.
Quote judicata 22-3-2016 04:06 PM
memang hakikatnya mcm tu la...

ejen kalau call/jumpa... kalau tak pushy, menakut-nakutkan memang tak sah. sampai iols yg interested nak amik, boleh jadi fedap pastu boikot ejen2 ni ha. sbb malas nak melayan karenah hamjad ejen.

best insurance plan so far yg mana? prudential, AIA etc? better iols gi direct ofis insurans je dr jumpa ejen2 ni....
Quote zamzarai 22-3-2016 04:09 PM
kalau org insuran kol nak promot, gitau ja kita pun keja jual insuran gak.
Quote cocorex 22-3-2016 04:11 PM
Aku slalu dpt call dari diaorg.. citer dari bonus link la etc last2 kata nk promote insurans..bila aku dh bgtau yg aku dh ada bleh plak siap suruh aku terminate ngan agen aku & amik ngan dia..mmg xreti bahasa

*agen unit trust pun aku bengang..asyik call suruh tukar agen & kata diaorg lg bagus dari agen aku..padahal agen aku skang nie adik aku..tiap2 minggu jumpa.. itu pun diaorg kata adik beradik xleh percaya..bengong tul
Quote fire_place 22-3-2016 04:18 PM
abdulariff replied at 22-3-2016 03:50 PM
3-4 insurans? tapi hakikatnya hanya boleh guna 1 insurans sahaja. Kisahnya jika berlaku kematian a ...

Xlah..boleh cover lah..fil aku meninggal dpt duit dr 3 insurans yg bbeza.setahu aku mmg boleh.tgk pengalaman org sdiri dan agen pun ckp gitu.
Quote fire_place 22-3-2016 04:22 PM
judicata replied at 22-3-2016 04:06 PM
memang hakikatnya mcm tu la...

ejen kalau call/jumpa... kalau tak pushy, menakut-nakutkan memang ...

Nak amik insurans ni bagusnya call sdiri hospital dan tanya insurans mana yg baik dan mudah urusan.tanya agen semua bual ckp dia yg tbaik.last2 banyak sangkut.kawan aku sampai gigil lagi ni kena kuar rm15k utk anak dia,gara2 satu insurans bodoh penipu ni.

Ada pro n con kalau direct.guna agent mudah org assist kita bila ada masalah,nk claim itu ini..keburukan dia,ada kemungkinan juga jumpa agent yg kaki songlap.
Quote Knowlee 22-3-2016 04:24 PM
ai punya agent, awal tahun 2015 kemain lagi datang ke office hantar organizer bagai, wish hari raya la, bla bla bla. sejak 2016, senyap toruih.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.137031 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top