CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video "Yeo's, I Love Malaysia"

29-2-2016 02:06 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 4334| Komen: 0

Description: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) menganugerahkan Teh Chun Yen dan pasukannya sebagai pemenang tempat pertama bagi peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ sewaktu di majlis penya ...


Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), jenama barangan terkenal dengan nilai warisan yang kukuh dalam menghasilkan produk minuman dan makanan berkualiti tinggi serta halal di Malaysia lebih daripada 50 tahun, menganugerahkan Teh Chun Yen dan pasukannya sebagai pemenang tempat pertama bagi peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ sewaktu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ruang, Subang Jaya pada 25 Februari 2016.

 

Teh Chun Yen telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 25,000 dan juga produk Yeo’s untuk video pertaruhannya yang berjudul ‘Xie Xie’. Pemenang itu berkata bahawa dia telah dibesarkan dengan produk Yeo’s dan idea video ‘Xie Xie’ berasal daripada situasi sewaktu masa kecilnya. Teh berterima kasih kepada Yeo’s kerana memberi peluang untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni visual.



Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ yang berslogan “I am Malaysian, We love our country… What’s your story?” telah menyediakan satu landasan yang sesuai kepada bakat-bakat kreatif dan inovatif untuk memaparkan kemahiran mereka dalam meluahkan perasaan, juga kisah-kisah kecintaan mereka terhadap Malaysia melalui penghasilan video patriotik.

 

‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ mendapat sambutan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai. Setiap penyertaan adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kebolehan dalam meluahkan semangat mencintai tanah air melalui video berdurasi 60 saat dinilai oleh tiga juri arif, iaitu Naib Presiden Yeo’s Malaysia dan Indonesia, Encik Ong Chay Seng, Naib Presiden Pertama Pemasaran, Mr Vincent Chui, Pengarah filem Malaysia yang terkenal En Osman Ali, dan Encik Dick Chua.


 


“Sesetengah topik yang disampaikan adalah sangat tulen dan berinspirasi tinggi. Ini menunjukkan bahawa peserta berfikir di luar kotak. Video hasil anak tempatan ini sangat menarik dan mempunyai nilai kreativiti yang tinggi daripada peserta-peserta.” ulas En Osman Ali.

 

Manakala, Mr Dick Chua, salah seorang juri berkata, “Saya sangat kagum dengan sesetengah konsep dan jalan cerita yang dihasilkan oleh peserta melalui peraduan ini. Kebanyakan video adalah terperinci dari sudut pengambaraan dan juga suntingan. Terdapat video yang bagus walaupun dirakam dengan peralatan yang terhad, tetapi plot cerita yang disampaikan ternyata fenomena.”

 

Semasa majlis penyampaian hadiah, Yeo’s telah menyampaikan hadiah-hadiah yang sangat menarik kepada pemenang-pemenang. Senarai pemenang adalah seperti berikut:


Hadiah

Pemenang

Hadiah

Tajuk Video

Pertama

Teh Chun Yen

RM 25,000 + Produk Yeo’s

Xie Xie

Kedua

Low Tiong Lim

RM 5,000 + Produk Yeo’s

The Natural Reaction

Ketiga

Zurayah Binti Abd Razak

RM 3,000 + Produk Yeo’s

Bermulanya Sebuah Cinta

Hadiah Istimewa

(x2)

Emily Yii En Li

RM 2,000 + Produk Yeo’s

Kopitiam

Ang Yik Chuan

RM 2,000 + Produk Yeo’s

Belong

 













    

Hadiah

Pemenang

Hadiah

Tajuk Video

Most Shared Award

Foo Wei Ling

 

 

RM 1,000 +

Produk Yeo’s

I’m proud To Be Malaysia Who Loves Yeo’s Drinks

Most Patriotic Award

Zurahyah Bt Abd Razak

Bermulanya Sebuah Cinta

Most Touching Video

Ang Yik Chuan

Belong

The Most Funniest Video

Teh Rou Ning

Geh Chu Ki (Dentures)










Untuk menonton video para peserta peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’, Yeo’s mengajak orang ramai untuk ‘like’ dan mengikuti kesemua saluran rasmi sosial ‘Yeo’s Malaysia’ melalui Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram atau laman utama peraduan ini di www.yeos.com.my/ilovemalaysia-videocontest

 

8

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.050128 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top