CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Cabar Peguam Negara Bersumpah

16-2-2016 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6000| Komen: 29

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan Al-Quran bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara ...


Oleh : TS LOo


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan Al-Quran bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara dalam isu derma RM2.6 bilion tidak mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah.


Dalam tulisan di blognya semalam, Mahathir berkata, Peguam Negara sudah tiada kredibiliti apabila beliau menolak laporan SPRM dan Bank Negara.


"Sebagai orang Islam yang baik, beliau sepatutnya bersumpah dengan Al-Quran di masjid dan disaksikan pegawai masjid serta orang ramai bahawa laporan itu tidak mengaitkan Najib dalam apa cara pun."



Peguam Negara pada 26 Januari lalu mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan SPRM.


Dalam pada itu, Mahathir turut mendakwa seolah-olah terdapat usaha oleh kerajaan untuk menangkap beliau.


“Ketua Penerangan (Umno) yang baharu (Tan Sri Annuar Musa) menyatakan saya berbuat begini (mengkritik kerajaan) kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas satu amaran dengan hasrat untuk menahan saya,” katanya.


Sebelum ini, Annuar berkata, tindakan berterusan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.- CARI Infonet



sumber : Sinar Harian
26

Bagus
32

Marah
38

Terkejut
29

Sedih
31

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 16-2-2016 10:43 AM
Kalau pegi sumpah di Mekah macam Sayfool tu pun hape kesannye? Bontot heshe terbakar ker kena tulah Ilohim?
Quote iznanaziz 16-2-2016 10:47 AM
what u give, u get back...
mungkin masa zaman Anwar Ibrahim....pnh berbuat sesuatu yang tidak baik...
Quote gaara_X 16-2-2016 11:01 AM
tu laa...apa pun ambo sonok tengok deme bergolak....
Quote qronaldo7 16-2-2016 11:02 AM
masing2 nak tunjuk power
Quote hest 16-2-2016 11:05 AM
tun..tun... apa tun merepek ni tun.. nak suh diorang angkat sumpah plak..




tun ingat diorang berani???? kompem le tak akan punyaaaaa
Quote huJanBaTu 16-2-2016 11:06 AM
kasihan tun.. he live long enough to see the nation that he build stumble upon his face..
wah macam english aku band6 IELTs je kan..
Quote melia_star 16-2-2016 11:06 AM
Tangkap aje la...kasi duk sebelah Nuwart...bleh jadi teman dikala duka....
Quote lazim 16-2-2016 11:10 AM
pejuang nuar cb mncuri perhatian
Quote turboturtle 16-2-2016 11:14 AM
melia_star replied at 16-2-2016 11:06 AM
Tangkap aje la...kasi duk sebelah Nuwart...bleh jadi teman dikala duka....

teman liwart...
Quote an2toncit 16-2-2016 11:16 AM
cian madey....desperate sampai suruh org bersumpah lak ...
Quote bluehedgehog 16-2-2016 11:17 AM
apandi bersumpah dgn pegang kad keahlian umno
Quote kentel 16-2-2016 11:24 AM
apa yang pelik???

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
Quote NAT_11 16-2-2016 11:31 AM
APA ADA PADA SUMPAH............?????
Tengok Najib sanggup bersumpah Wabillah, Walilah kat Mesjid, tak ngaku dia
terlibat dengan pembunuhan Altuntya, alih-alih si Sairul kata YA......(kehkehkeh)
Memang Syarul dalam video kata TAK LIBATKAN NAJIB tapi bila Syrul kata,
TAK LIBATKAN NAJIB, memang  sah Najib terlibat, otherwise apasal dia nak
sebut TAK MELIBATKAN NAJIB, padahal ada Razak Baginda, ada Rosmah,
ada Azalia, ada ASP Muasa, ada P.Balasundram, dll.............??????
Nak hencap, hencaplah aku.
Aku memang tak caya dengan sumpah-sumpah ni.
Lebih baik buat ujian polygraph - - Lie detector tests.
Quote an2toncit 16-2-2016 11:35 AM
NAT_11 replied at 16-2-2016 11:31 AM
APA ADA PADA SUMPAH............?????
Tengok Najib sanggup bersumpah Wabillah, Walilah kat Mesjid, t ...

dulu sepol sumpah ko caya je apsal najib sumpah x leh caya lak ?
Quote NAT_11 16-2-2016 11:48 AM
an2toncit posted on 16-2-2016 11:35 AM
dulu sepol sumpah ko caya je apsal najib sumpah x leh caya lak ?

Sebab, semua orang yang bersumpah tu takda apa-apa kesan pun........
Quote melia_star 16-2-2016 12:10 PM

aku x sebut yer...ko tanggung sendiri....aku ckp teman berduka tu bleh la borak2 taklah boring dlm sel tu...drg kan kwn seangkatan dulu2...
Quote zuliana29 16-2-2016 12:15 PM
NAT_11 replied at 16-2-2016 11:31 AM
APA ADA PADA SUMPAH............?????
Tengok Najib sanggup bersumpah Wabillah, Walilah kat Mesjid, t ...

betol tu... sumpah2 ni xde maknanya...
bkn mcm kisah si tanggang batu belah batu betangkup time tu jugak ko kene bala...

Lie detector test tu skadar kt drama je ade ke? Kt mesia mcm xnah dgr pon penggunaannya....

Quote namirulmukminin 16-2-2016 12:21 PM
Apa mahadet merepek ni?? Mahadet suda masuk PAS ka??
Quote minahmanja 16-2-2016 12:47 PM
huJanBaTu replied at 16-2-2016 11:06 AM
kasihan tun.. he live long enough to see the nation that he build stumble upon his face..
wah macam ...

hahahhahahah... ok yg ni lawak... uols nk pi further kat obersee ke...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.104898 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top