CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan lari bertempiaran

9-7-2013 03:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3308| Komen: 14

Description: SELAYANG - Pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai makan di Selayang Indah di sini, bertempiaran lari selepas terlihat kepulan asap dari ting ...


SELAYANG - Pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai makan di Selayang Indah di sini, bertempiaran lari selepas terlihat kepulan asap dari tingkat atas kediaman itu.

Penolong Bomba Kanan 11 Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azman Mahat berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, rumah itu yang dipercayai dihuni seorang pemilik kedai kasut itu hangus sepenuhnya dipercayai berpunca daripada tindakan salah seorang anaknya bermain api dalam kediaman tersebut.

Menurutnya, salah satu bilik yang dijadikan stor penyimpanan barangan hasil kerjanya yang rata-ratanya berunsur getah turut musnah menyebabkan api cepat marak.

“Penghuni gagal menyelamatkan harta benda.

“Keadaan lalu lintas yang sesak juga menjadi punca bomba lambat tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa kurang 30 minit dan keadaan rumah yang terletak di tengah menyebabkan unit bersebelahan turut terbakar sebahagian.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam operasi menyelamat itu Azman berkata, sebanyak tiga jentera digunakan melibatkan 30 anggota dari Balai Bomba Selayang, Jinjang dan Rawang.

9

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-7-2013 12:18 PM
alahai kesiannya

sure penuh rumah ni dgn barang niaga...
Quote cmf_rambutan 9-7-2013 12:20 PM
makan freelah yg lari bertempiaran itu....
Quote alepmama 9-7-2013 12:30 PM
boleh ke rumah diubahsuai jadi kedai makan
salah kan?
MPS biasa la makan gaji buta
Quote johnazizul 9-7-2013 12:30 PM
Kejadian ni menyebabkan aku terpaksa pusing ikut jalan ipoh semata2 ank amik bini aku kat sekolah jalan 29 selayang baru... Ditambahkan dgn projek2 menurap jalan, semua kenderaan kena divert... Bikin panas je... Kot ye pun tengah hari nak menurap nye... Jln dah la sempit plus busy... Hadoi...

Rasanye ni kedai makan indon ni..
Quote wak_karman 9-7-2013 01:41 PM
ini..ada kelulusan ke tak ni...
ubah suai kediaman jadi kedai
Quote lavacall 9-7-2013 01:52 PM
la....potong stim betul la...

ingatkan cerita pasal pelanggan rumah urut lintang pukang lari kena rush...
Quote boyagombak 9-7-2013 01:58 PM
kedai makan dan rumah yg disewa oleh tukang kasut ni dekat pasar malam Selayang Indah. Ini kedai kasut kulit terutamanya capal dan dia juga amek upah repair kasut.
Pemiliknya sudah berusia emas dan juga rasanya orang jowo
Kedai makan tu pemiliknya minang caprut dan banyak masakan ala2 minang, tapi rege mmng agak mahal. Sekali dua je boya pergi makan.
Sebelah kedai makan tu adalah kedai mekanik motor Melayu abang Ali. selalu gak antar repair moto kat situ. dia pun amek upah cat mengecat muto dan keta.
kebanyakkan kedai dkt Selayang ni diubah suai dari rumah kediaman menjadi pelbagai kedai. cuma ada satu deretan bazar Melayu di sebelah kanan menghala kepasar Borong Selayang sahaja yg memang adalah gerai-gerai makanan dll.
Time bulan pose ni adalah juga deretan gerai2 menjual juadah berbuka puasa.
Quote silenceprotess 9-7-2013 02:12 PM
jawa dan minang caprut gigih mencari mencari rezeki.. melayu tulin masih mencari2..
Quote seroja_luvU 9-7-2013 03:35 PM
area situ mmg bnyk tngk bdk2 main2 bakor2....aritu ada bdk main bako kucing...kang kita xde kt umh...diorg main bakor2 pulakkkk!!!:
Quote izamahmed 9-7-2013 03:36 PM
seroja_luvU posted on 9-7-2013 03:35 PM
area situ mmg bnyk tngk bdk2 main2 bakor2....aritu ada bdk main bako kucing...kang kita xde kt umh.. ...

kucing? mak bapak tak pantau ke.
Quote Al-Patih 9-7-2013 03:44 PM
SELAYANG - Pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai makan di Selayang Indah di sini, bertempiaran lari selepas terlihat kepulan asap dari tingkat atas kediaman itu.


rumah kediaman ...diubah jadi kedai makan ...macam mano bulih dapek kelulusan ...dari pikahak tempatan ...
Quote shernazz 9-7-2013 03:48 PM
gile lah
dasat sunggoh
kedai jual mi bakso, mi ayam ke?

Quote izamahmed 9-7-2013 03:55 PM
kedai kasut. bahan bakar tu
Quote prettyuglybabe 9-7-2013 04:03 PM
Al-Patih posted on 9-7-2013 03:44 PM
rumah kediaman ...diubah jadi kedai makan ...macam mano bulih dapek kelulusan ...dari pikahak te ...

takde yang pelik kat selayang ni.. kat selayang baru pun ada rumah jadi restoran cina. besor, 2 ke 3 tingkat. rumah yang jadi spa dengan kedai used car pun ada. kat selayang mall.. MPS?? hmmm.. kalu berfungsi, takde la myanmar penuh kat pasar borong tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.358259 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top