CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel runtuh, 11 terkorban

9-7-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1822| Komen: 1

Description: MUMBAI - INDIA.Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 14 cedera apabila hotel dua tingkat runtuh di Secunderabad, selatan India, semalam.


MUMBAI - INDIA.  Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 14 cedera apabila hotel dua tingkat runtuh di Secunderabad, selatan India, semalam.

Pegawai polis tempatan, B Surender berkata, runtuhan membabitkan Hotel City Light berusia 80 tahun itu dipercayai berpunca daripada struktur bangunan yang sudah terlalu lama.

"Kami menjangkakan lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Premis berhampiran juga mengalami kerosakan teruk akibat daripada gegeran runtuhan," katanya.

Kira-kira 10 jentera dan lebih 50 anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat termasuk anak pemilik bangunan berkenaan.

Saksi berkata, sebelum kejadian, petugas melihat kesan retakan dan merasai gegaran.

"Mereka bertindak melarikan diri. Namun, bangunan itu ranap sekelip mata," katanya dipetik Al- Jazeera

Sementara itu, Pesuruhjaya Perbandaran Hyderabad, Krishna Babu berkata, sebilangan besar bangunan di wilayah selatan negara itu diklasifikasikan sebagai berusia dan pemilik bangunan telah diberi notis mengenai risiko runtuhan.

April lalu, seramai 74 orang maut dalam insiden sama tengah Mumbai.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 9-7-2013 10:26 AM
tu la tahan sekejap...bukan warga indonesiaraya yg buat bangunan ni...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.099324 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top