CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasih ibu tak pernah luntur

5-7-2013 03:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2717| Komen: 16

Description: BUNTONG – “Seminit pun saya tak pernah lepaskan dia dari pandangan mata, pergi kerja pun saya kendong…,” itu perumpamaan kasih sayang yang diberikan Erny Yusnita Kamaludin kepada anak kelimanya da ...
111.jpg

BUNTONG – “Seminit pun saya tak pernah lepaskan dia dari pandangan mata, pergi kerja pun saya kendong…,” itu perumpamaan kasih sayang yang diberikan Erny Yusnita Kamaludin kepada anak kelimanya dari enam beradik yang mengidap penyakit kepala besar (hydrocephalus) sejak lahir.

Erny, 36, berkata, anaknya, Dennis Eqwan Adif Affendy, 5, kini hanya terlantar dan tidak mampu bergerak aktif seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa membawa bersama Dennis ke tempat kerjanya setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 5 petang.

“Kalau saya tak kerja, mana cukup untuk tampung pendapatan keluarga, mahu atau tidak saya terpaksa bawa Dennis bersama ke tempat kerja, mujurlah saya mendapat majikan yang baik dan sangat memahami,” katanya ketika ditemui sempena kunjungan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Perak di kediamannya di Rumah Pangsa Taman Harmoni, di sini, semalam.

Erny yang bekerja sebagai pencuci rumah di Taman Meru berkata, sepanjang tempoh lima tahun ini, tidak banyak karenah yang ditunjukkan Dennis, hanya kadangkala mengalami kejang dan sawan.

“Demam, batuk itu biasalah, Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa kompilasi teruk yang berlaku kepadanya, setiap empat bulan saya akan bawanya untuk rawatan,” katanya.

Erny berkata, dia dan suami pernah berhasrat menghantar Dennis untuk menjalani pembedahan membuang lebihan air dalam kepala, namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan.

Erny berkata, pendapatan suaminya, Affendy Abd Hamid, 32, yang bekerja di bengkel besi tidak cukup untuk menampung keperluan mereka sekeluarga, apatah lagi, empat dari enam anaknya masing-masing berusia antara 10 hingga 7 tahun sudah bersekolah.

Dengan pendapatan RM20 sehari yang diperolehi serta gaji RM700 suaminya, Erny mengakui ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut semata-mata bagi memastikan keperluan rawatan dan makanan Dennis mencukupi.

“Perkara paling sedih bila saya tak dapat belikan keperluan susu untuk Dennis, saya terpaksa beli susu murah harga RM6 sebab waktu tu duit tak cukup, tak kan nak minta tolong jiran dan saudara..mereka pun sudah banyak membantu,” katanya.

Bagaimanapun Erny berkata, bantuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung.

“Saya pernah juga mohon bantuan lain, tetapi tak berjaya, secara jujur kami tak pernah rasa pengalaman dikunjungi dan diberikan perhatian seumpama ini, apa-apa pun terima kasih,” katanya.

Berdasarkan laporan perubatan, keluarga ini dimaklumkan, Dennis yang membesar dengan bergantung kepada susu khas hanya mampu bertahan sehingga usianya mencecah tujuh tahun.

“Kami sikit pun tak pernah rasa susah atau terbeban dengan keadaan Dennis, dialah penghibur buat kami sekeluarga..ajal maut semua di tangan Tuhan, kalau boleh kami nak sentiasa bersama,” katanya.

Erny berkata, ketika lahir, Dennis mempunyai berat 5.4 kilogram dengan ukur lilit kepalanya 41 sentimeter.

“Kalau diikutkan otak Dennis kini hanya sebesar 50 sen sahaja,” katanya.

Tuah pakai baju pertubuhan

Pertemuan antara keluarga Erny bersama Pertubuhan Masyarakat Prihatin Perak berlaku tanpa dirancang apabila salah seorang ahli jawatankuasa mereka memakai pakaian rasmi pertubuhan itu ketika sedang bertugas.

Bendaharinya, Sunny Choo berkata, peristiwa berkenaan berlaku di sebuah bank apabila seorang pelanggan tampil melontarkan pertanyaan sama ada pertubuhan berkenaan dapat membantu mengetengahkan masalah yang dihadapi Erny.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan segera membawa masalah keluarga Erny ke perhatian pihak berkaitan untuk bantuan sewajarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi Erny di talian 01111182880 atau melalui akaun bank BSN miliknya bernombor 08103-41-00004778-4.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 5-7-2013 09:36 AM
kesian nyer..
bertabah la..stiap org ada msalah yg berbeza beza..
Quote ell768 5-7-2013 09:40 AM
semoga adik ni cepat sembuh..
Quote poyohabis 5-7-2013 09:41 AM
yg sayang anak memang mcm nie...kalo boleh jd mcm kanggaro gendung anak kehulu kehilir...yg tak sayang anak tu buat sakit hati kita jer mendengarnye dera anak tak abis2...
Quote izamahmed 5-7-2013 09:41 AM
cariklah bini yg baik yg cekal macam ibu ni
Quote ciklipoo 5-7-2013 09:41 AM
kesiannya adik ni....mesti ada hikmah...bertabahlah si ibu...
Quote ssr 5-7-2013 09:42 AM
semoga hidup mereka bertambah berkat & rahmat dari-Nya
Quote anilza10 5-7-2013 09:45 AM
kesiannye adik nie... sedih tgk die.. tabah la wahai ibu... ade ganjaran bsr buatmu di sisi Allah kerana menjaga amanahNye...
Quote Mizlyn 5-7-2013 09:55 AM
Kalau la Dato Rozali dpt derma sikit dari 33j yg bakal he dapat... alangkah bertuahnya..

Bertuah she dpt majikan yg memahami...
Quote izamahmed 5-7-2013 10:15 AM
rindu kat ibu bila berulang kali baca topik kasih syg ibu...
Quote tongkatwaran75 5-7-2013 10:25 AM
betul kasih ibu takkan luntur...
wlupun taruk klorok...


p/s ingat hanya sebagian ibu...
Quote izamahmed 5-7-2013 10:29 AM
tongkatwaran75 posted on 5-7-2013 10:25 AM
betul kasih ibu takkan luntur...
wlupun taruk klorok...

dlm situasi begini memang "sebahagian"
Quote myakayina 5-7-2013 10:36 AM
Subhanallah..mmg ibu yg sejati.. semoga Allah memberi ganjaran untuk akak ni kerana menjaga anaknya yg sakit..
Quote Leyla 5-7-2013 12:02 PM
Mizlyn posted on 5-7-2013 09:55 AM
Kalau la Dato Rozali dpt derma sikit dari 33j yg bakal he dapat... alangkah bertuahnya..

Bertuah  ...

ni la.. org yg patut dpt derma cam aku tulis kat page sebelah..


Quote mak_wa95 5-7-2013 01:46 PM
ujian hidup masing-masing.....ibu ini sangat tabah.....
Quote Mizlyn 5-7-2013 02:25 PM
Leyla posted on 5-7-2013 12:02 PM
ni la.. org yg patut dpt derma cam aku tulis kat page sebelah..

  

semoga keluarga ni tabah

Quote kegimaru 5-7-2013 02:52 PM
ya Allah, permudahkanlah kehidupan mereka sekeluarga

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060311 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top