CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tol Percuma Sempena Perayaan Diteruskan, Hanya Kepada Kenderaan Kelas 1 Sahaja

28-3-2024 05:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8684| Komen: 9

Description: KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan had ...



KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pemberian tol percuma itu hanya diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu sahaja.

Jelas beliau, langkah itu diambil bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan ketika ini.

“Sementara untuk kenderaan kelas lain seperti kenderaan komersil, tiada sebarang pengecualian tol diberikan memandangkan harga tiket yang dibayar oleh penumpang tidak menunjukkan sebarang penurunan yang ketara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pemberian pengecualian tol bagi tahun lalu membabitkan 53.91 juta transaksi tol dan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira RM206.19 juta.


Daripada jumlah itu katanya, pampasan sebanyak RM41.21 juta diberi sempena Tahun Baharu Cina, sementara Hari Raya Aidilfitri (RM80.07 juta); Deepavali (RM42.31 juta) serta RM42.60 juta sempena Krismas.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 28-3-2024 06:12 AM
kalau ada pampasan, tak la free sgt. Duit rakyat jua... igt ke free betul2 dgn keadaan jem macam bukan lalu highway... org yg selalunya sanggup tak masuk tol pun masuk. sebab kononnya free
Quote _blackbird 28-3-2024 01:06 PM
boikot raya...!!!
Quote laksmanabentan 28-3-2024 01:25 PM
kepompong replied at 28-3-2024 06:12 AM
kalau ada pampasan, tak la free sgt. Duit rakyat jua... igt ke free betul2 dgn keadaan jem macam buk ...

pampasan uoollsss.... kalau volume traffic tak cukup pun government akan bayar pampasan uoollss...

Quote antikorok 29-3-2024 02:03 AM
Cashhh la khenn huntok pengusaha bas2 yg naekkan rege tiket cekik darah namampos waktu raya kali ni khennn
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:06 PM
ini yg rakyat mahukan
Quote intan_smsb 29-3-2024 02:22 PM
aku balik 9hb 11 mlm x merasa lah
Quote bulalof 29-3-2024 02:26 PM
peritnya beraya di tgh bulan....
Quote AreYou.69 31-3-2024 01:51 PM
intan_smsb: aku balik 9hb 11 mlm x merasa  ...


8&9 dpt sis
Quote lolipopmanish 31-3-2024 01:57 PM
8hb nak jalan2 kl dpt tol pree
Mesti ramai yg dah balik kg time tu kompem lengang jalan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.439850 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top