View: 9324|Reply: 9
|
Tol Percuma Sempena Perayaan Diteruskan, Hanya Kepada Kenderaan Kelas 1 Sahaja
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.
Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pemberian tol percuma itu hanya diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu sahaja.
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan ketika ini.
“Sementara untuk kenderaan kelas lain seperti kenderaan komersil, tiada sebarang pengecualian tol diberikan memandangkan harga tiket yang dibayar oleh penumpang tidak menunjukkan sebarang penurunan yang ketara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, pemberian pengecualian tol bagi tahun lalu membabitkan 53.91 juta transaksi tol dan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira RM206.19 juta.
Daripada jumlah itu katanya, pampasan sebanyak RM41.21 juta diberi sempena Tahun Baharu Cina, sementara Hari Raya Aidilfitri (RM80.07 juta); Deepavali (RM42.31 juta) serta RM42.60 juta sempena Krismas.
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada pampasan, tak la free sgt. Duit rakyat jua... igt ke free betul2 dgn keadaan jem macam bukan lalu highway... org yg selalunya sanggup tak masuk tol pun masuk. sebab kononnya free |
|
|
|
|
|
|
|
pampasan uoollsss.... kalau volume traffic tak cukup pun government akan bayar pampasan uoollss...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cashhh la khenn huntok pengusaha bas2 yg naekkan rege tiket cekik darah namampos waktu raya kali ni khennn |
|
|
|
|
|
|
|
aku balik 9hb 11 mlm x merasa lah |
|
|
|
|
|
|
|
peritnya beraya di tgh bulan.... |
|
|
|
|
|
|
|
intan_smsb: aku balik 9hb 11 mlm x merasa ...
8&9 dpt sis |
|
|
|
|
|
|
|
8hb nak jalan2 kl dpt tol pree
Mesti ramai yg dah balik kg time tu kompem lengang jalan |
|
|
|
|
|
|
| |
|