CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Medina Dah Masuk Form 1’ – Harris Annuar Tak Kenal Isteri, Separa Sedar Sempat Fikir ‘Report Card’ Anak

20-3-2024 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10721| Komen: 30

Description: Pasangan selebriti, Harris Annuar dan Asha Merican sering kali mencuri perhatian kerana kerap memuat naik video bergurau-senda di media sosial.

Pasangan selebriti, Harris Annuar dan Asha Merican sering kali mencuri perhatian kerana kerap memuat naik video bergurau-senda di media sosial.


Terbaharu, Asha memuat naik video dirinya menyakat Harris yang di bawah pengaruh bius selepas sedar daripada pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada Isnin.

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu berseloroh mengatakan bahawa pembedahan yang dijalani suaminya itu memakan masa yang sangat lama sehinggakan anak mereka, Aura Medina sudah pun memasuki sekolah menengah.

Asha kemudiannya tidak dapat menahan tawanya apabila Harris mula risau apabila tiada siapa yang mengambil ‘report card’ Medina di sekolah.


"Medina dah naik tingkatan satu? Lamanya ‘operation’. Kenapa doktor bedah lama sangat sampai 10 tahun."

"‘Report card’ dia siapa pergi ambil? Tak ada orang nak ambil."

Lebih melucukan ialah Harris juga tidak mengenali wajah isterinya yang sedang seronok melayan karenahnya dalam keadaan separuh sedar itu.

"Awak siapa pula ini?"

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut menyatakan mereka terhibur melihat keadaan Harris tersebut.

Dalam pada itu, ibu kepada Harris yang juga merupakan usahawan kosmetik terkenal iaitu Zaiton Hassan menjelaskan anaknya itu menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada kaki kanannya selepas jatuh daripada tangga beberapa hari lalu.



Sumber: TikTok Harris Annuar/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 21-3-2024 06:23 AM
Demi content.....
Aku dah buat surgery berkali kali under general anesthesia ni... Tak pernah sekali pun bila aku sedar aku lupa kejadian keliling.. mamai tapi tak confuse dgn masa...
Quote mawarika 21-3-2024 06:40 AM
Alahai.. mcm kita ni tak pernah kena bius tido.. anak aku yg time tu 10 tahun sedar dr operation pun boleh kenal aku n ckp mommy sakit.. ni saje je nk bodo2 kan bbnu.
Quote chilly 21-3-2024 07:23 AM
Tak kenal betol-betol baru tau. Tapikan betol ke boleh jadi camni?
Quote BoongaKertas 21-3-2024 08:21 AM
lps baca komen atas, meols rasa bodo plak sbb caya content heols
Quote prince_marhaen 21-3-2024 09:21 AM
hahaha acah nak buat content omputih yang wisdom teeth anesthetic after extraction tu... walhal yang itu local anesthetic (bius dekat tempat yang akan sakit je), lepas cabut gigi dia bagi hidu sedative gas untuk tahan sakit, yang buat mamai & high...tu yang cakap merapu je... kalau surgery yang buat tido ni general anesthetic, bius satu badan, lepas sedar je normal je pening sikit sangat je pun... takde la sampai merapu macam tu....

buttt.....knowing that si botak ni drpd belum kawin suka buat content merapu...no wonder lah kan.. hhaahahahaha..
Quote MistrezHermanaz 21-3-2024 09:49 AM
dia ni mmg suka buat content merapu..tp yg iols betul2 terhibur masa dia prank mak dia yg mkn tanah tu..itu mmg lawak..
Quote deebiz14 21-3-2024 10:00 AM
Heols baru 26 tahun?
Quote pembacagosip 21-3-2024 10:25 AM
BoongaKertas replied at 21-3-2024 08:21 AM
lps baca komen atas, meols rasa bodo plak sbb caya content heols

sama nasib aku baca komen2 atas
masa kena bius operate dulu x ada nya aku nak lupa
mata ngatuk amat yela
aku nak tido jeeee
Quote slyfynx 21-3-2024 10:37 AM
"melucukan" ye.
demi sesuap clout, berlakon la jai mamai dan bodoh.
ko igt ko dpt sedative gas macam org cabut gigi ke?
Quote Cyempaka 21-3-2024 10:41 AM
serius la ada yang percaya?
derang naif ke bodo..
Quote A-Are 21-3-2024 10:45 AM
OT jap, I olls dulu pernah bergayut fon dgn ex bf sampai nak tertido or meB dah tertidur...lepas tu mcm mamai atau sempat bermimpi i olls p cakap dalam fon dkt bf i olls masa tu..."ustaz, saya ke yang kena naikkan bendera minggu ni"lepas tu bf i olls jawab huh bendera apa pulak ni
Quote vanillaninja 21-3-2024 10:56 AM
prince_marhaen replied at 21-3-2024 01:21 AM
hahaha acah nak buat content omputih yang wisdom teeth anesthetic after extraction tu... walhal yang ...

Ni video mat saleh yang mintak tengok t**s tu ke?
Quote BoongaKertas 21-3-2024 01:02 PM
pembacagosip replied at 21-3-2024 02:25 AM
sama nasib aku baca komen2 atas
masa kena bius operate dulu x ada nya aku nak lupa
mata ngatuk ama ...

tp kan, vid omputeh tu ada jer mcm ni gak. ala, senangnya meols diperbodohkan yach
Quote anilanil 21-3-2024 01:45 PM
Dik nuar, makan tak supplement yg kakton comey jual tu? Umo ko baru 26 ek? Aiols ingat dah 35 and above.
Quote Lavender_Violet 21-3-2024 02:06 PM
anilanil replied at 21-3-2024 01:45 PM
Dik nuar, makan tak supplement yg kakton comey jual tu? Umo ko baru 26 ek? Aiols ingat dah 35 and ab ...

Tak silapnya yg 26 thn bininya...bukan anak Kak Ton
Quote takayama 21-3-2024 04:00 PM
Arwah suami kaka yg operation kt otak pun bila keluar dr ICU msh igt lg bini dan anak2, eloklah buat content mcm tu jgn nnt betul2 terjd br ada akal dan rs nk insaf
Quote chikumanis 21-3-2024 04:06 PM
belum lagi bersalin, kena hidu gas bila misi suruh untuk kurangkan sakit. mamai dia daripada jerit sakit nak meneran boleh bertukar ke aksi gelak2 lagi #ytjt
Quote shernazz 21-3-2024 04:12 PM
Belum kena morphine lagi..
Iols dolu masa operate thyroid..lepas tu doc bg morphine..rasa high ke bulan.uols...
Cakap pung melayang je...
GA pung tak rasa gitu sangat...
Quote kerani_je 21-3-2024 04:12 PM
BoongaKertas replied at 21-3-2024 08:21 AM
lps baca komen atas, meols rasa bodo plak sbb caya content heols

Die ni memang kaki prank n content kan. Ada time ok la lawak jugak i layan je tengok..Ada time dah selalu sgt buat content asyik je merekod dlm rumah n di mana2 dah x nmpk natural..Nmpak mcm scripted je n dah di plan..

Bini die lawa la natural beauty pelakon baru tapi watak sampingan je biasa tgk tv..Dulu fikir kenape bini die nk kawin dgn die yg mcm tiga suku tu tak matang asyik buat content je..Tapi rupanye anak org kaya kak ton tu. patut lerr pmpuan tu nak..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.086084 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top