CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Allah Masih Tutup Aib Anda.. Jika Ingin Menghina… Hinalah Kami Kerana Kami Ibu Dan Ayah” – Ibu Aliff Aziz

20-3-2024 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6771| Komen: 41

Description: Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza mendedahkan dirinya banyak menerima kata-kata hinaan dari netizen selepas kontroversi membabitkan anaknya bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.


Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza mendedahkan dirinya banyak menerima kata-kata hinaan dari netizen selepas kontroversi membabitkan anaknya bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, kata-kita hinaan itu turut juga dilemparkan kepada ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia. Allahu, janganlah sampai macam itu!



"Ramai yang mesej saya dan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya. Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada."

"Hanya kami mohon pada saudara seislam hentikanlah kata-kata kesat ke atas Allahyarham ibu dan ayah saya dan juga Allahyarham orang tua suami saya.


Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini. "SubhanAllah."

Bukan tu jer, ibu Aliff Aziz itu juga berkata yang dia dan suami akan berlapang dada menerima setiap kata-kata yang dilontarkan netizen dan sudah pun memaafkan mereka walaupun menghantar mesej sebegitu.

"Jika ingin menghina… hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah."

"Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

"Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita."

Kredit: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 20-3-2024 12:08 PM
Tingkah laku anak2 adalah cerminan didikan ibubapa. Itu sebab ada pertanyaan orang "anak sape tu", bila ada cerita nakal kanak2 dn tak elok oleh anak2.  Masyarakat menyindir sedemikian bagi anak2 yg dibawah umur atau yg masih dlm jagaan ibubapa, tapi bagi mereka yg sudah  cukup dewasa, dah berkahwin dn berkeluarga, tanggungjawab ibubapa sudah selesai.

Mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia?
Quote Sunkiss8999 20-3-2024 12:13 PM
Rasanye makcik ni da boleh stop buat ape2 statement atau post pasal kes ank dia ni kot..tak kira la ank tu salah ke tak salah..ank ko di position yg orang npk 99.9% mmg ank ko salah..nak buat org percaya ank ko x slh tu mmg susah..berhenti la jd ibu terpaling ank x bersalah..ank terpaling teraniaya..pdahal ni bukan kali pertama ank buat hal cmni..5 kali kot mencurang..
Quote doubleA 20-3-2024 12:32 PM
Taksub pada manusia nak kata netizen yg carut dia taksub kt nabelah ke?
Quote Cyempaka 20-3-2024 12:39 PM
amende la makcik ni...
asyik nak guna nama Allah je. ada ke orang keji tok nenek alip? setakat ni aku xjumpa la lagi. malah mak bapak dia pun xde sapa keji.
alip tu dah tua bangka beranak pinak.. kejadah apa kau nak bertanggungjawab atas kelakuannya blablablabla
aahh drama la kau
Quote Shayang 20-3-2024 01:04 PM
doubleA replied at 20-3-2024 12:32 PM
Taksub pada manusia nak kata netizen yg carut dia taksub kt nabelah ke?

Bengang kot kali ni dorang plak kena kecam selalunya nantu dia tu je kena kecam.
Tp sbb kali ni nantu tak bekap anak dia malah g minta cerai plak

Dia pun dah penat acik asik kena kecam, asik membekap, dah cuci semua taik, dah kasi wangi
Eh dia main taik lagi
Penat acik duk ulang2 cuci taik yg main taik plak bukan baby lagi dahh
Quote laksmanabentan 20-3-2024 01:06 PM
Sunkiss8999 replied at 20-3-2024 12:13 PM
Rasanye makcik ni da boleh stop buat ape2 statement atau post pasal kes ank dia ni kot..tak kira la  ...

over sgt kann.... yang nak melayan sgt social media tu da kenapa?
tak paham...
Quote Shayang 20-3-2024 01:08 PM
Cyempaka replied at 20-3-2024 12:39 PM
amende la makcik ni...
asyik nak guna nama Allah je. ada ke orang keji tok nenek alip? setakat ni ak ...

Apsal asik org lain je yg nak kena selesaikan?
Yelaa sblm ni binik yg kena amik tanggungjawab
pulihkan keadaan, lawan kecaman netizen

Sampai kawan baik pun risau dia buat yg bukan2 bagai
Weh dia dh terlalu dewasa utk dirisaukan lagi, org lain umur 18 dah buat keputusan sendiri kot



Quote bungalisa 20-3-2024 01:26 PM
sedih ibu yang melahirkan dan  sedih isteri yang tersakiti.. ruhainis harap amik iktibar.. dan semua orang patut amik iktibar, mintak jauh dari keluarga kita... kalau boleh elak-elakkan la pekara yang boleh mengundang..
Quote justchu 20-3-2024 01:29 PM
Shayang replied at 20-3-2024 01:04 PM
Bengang kot kali ni dorang plak kena kecam selalunya nantu dia tu je kena kecam.
Tp sbb kali ni na ...

mak dia bangga sgt kan anak tu
mana boleh anak kebanggaan kena kecam
dgn parents skali kena kecam
penat maknya portray gud2 mom kat ig

jilaker btl dpt anak mcm alep ba ta
Quote heythere123 20-3-2024 01:33 PM
wrong timing la acik nak menunggang pakai nama agama pulak

nyampah much
Quote marchikobonzo 20-3-2024 01:50 PM
Acik diam je cik, jangan buat apa2 statement..orang tak mengata sangat
Quote cranell 20-3-2024 02:24 PM
tu bukan budak-budak, tu bapak budak.
Quote gideoncross 20-3-2024 02:27 PM
Smoga yg baik2 sja & smua urusan d lancarkan, netz biasalah, diam slah, bunyi pun slah
Quote menjad 20-3-2024 03:22 PM
Nasihatkan lah anak ko tuh acik. Teghuk sngat buat bini ngan anak2. Berkali2 pulak tuh
Quote emera 20-3-2024 03:37 PM
Ko layan anak ko tu mcm dia belum baligh.
Quote sayurmayur88 20-3-2024 03:37 PM
cringe nyer....iolls yg malu
Quote Cikgu_Azie87 20-3-2024 03:39 PM
Benda ni dia akn sedar klu si ecah tu kne curang bkali2 tp ecah ni bodo nk lg kt laki dia.. Lps tu, mntua slhkn ecah xreti jga btg suami dia.. Masa tu, dia nk ckp apa bila ank sdri kena mcmni?
Quote Noraniza_Iblis 20-3-2024 03:39 PM
Cyempaka replied at 20-3-2024 12:39 PM
amende la makcik ni...
asyik nak guna nama Allah je. ada ke orang keji tok nenek alip? setakat ni ak ...

kang die gune name jesus christ kau plak yg terperanjat beruk..
Quote Manjahati 20-3-2024 03:44 PM
Acik duduk dendiam je kat sin tu boleh x.?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.188041 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top