CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andai Zaman Dahulu Ada Tiktok, Rosyam Noor Tetap ‘Sorok’ Isteri, Anak - "Ini Cara Saya, Artis Lain Tak Perlu Pun Ikut"

18-3-2024 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5808| Komen: 30

Description: Selebriti popular Datuk Rosyam Nor mengakui prinsip melindungi keluarga dengan cara tidak mendedahkan wajah mereka sejak dahulu berbaloi apabila isteri serta anak-anaknya dapat menjalani kehidupan bia ...

Selebriti popular Datuk Rosyam Nor mengakui prinsip melindungi keluarga dengan cara tidak mendedahkan wajah mereka sejak dahulu berbaloi apabila isteri serta anak-anaknya dapat menjalani kehidupan biasa.

Kata pemilik nama lengkap Mohamed Noor Shamsuddin itu, dia tetap berpegang dengan pilihan enggan berkongsi gambar insan kesayangan walaupun Instagram atau TikTok wujud pada awal pembabitannya di arena lakonan.

“Memang sejak dulu saya minta media tidak rakamkan gambar ketika bersama ahli keluarga dan mereka pun hormati permintaan ini kerana memahami niat saya.

“Ada saja saya bawa anak isteri keluar, cuma bukan kongsikan foto dengan khalayak sampailah wujudnya era media sosial, pendirian saya tetap sama. Saya yang jadi pelakon, biarlah anak-anak jalani hidup macam budak lain.


“Bahkan, kalau ada media sosial pada era saya dulu pun saya tetap dengan prinsip tak kongsi wajah ahli keluarga,” kata Rosyam, 57, pada perasmian Meriahnya Raya bersama PKNS, di Datum Jelatek, baru-baru ini.

Menurut Duta Keusahawanan PKNS itu, sebelum ini pernah sekali dua dia memuat naik gambar bersama cucu sulung yang disifatkan sebagai perkongsian kegembiraan bergelar seorang datuk.

Katanya, selepas itu laman sosialnya kembali kepada perkongsian berkaitan kerjaya seni, aktiviti harian, bisnes Rosyam Mart serta promosi pembabitan sebagai wajah beberapa jenama.

"Ini cara saya, artis lain tak perlu pun ikut atau tak bermakna pilihan saya ini saja yang betul. Kongsi atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.

“Adalah sekali dua saya masukkan gambar cucu pertama. Datuk mana tak gembira dianugerahkan cucu penyambung generasi? Selepas itu sudah tak ada saya kongsi,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 18-3-2024 12:28 AM
Edited by kerani_je at 18-3-2024 12:29 AM

Duk dendiam je la tok syam. Dah bukan zaman ko dah sekarang. Sape je heran nk nengok anak,  cucu n bini ko sekarang. Budak sekarang sibuk kan merqeen, hun haqeem atau nadhir. Ko hero kertu tak usah la sibuk bagi statement.

Jaga cucu je la ko sekarang. Tak pyh mencapub.
Quote dua_chzy 18-3-2024 04:37 AM
Aznil pun sembunyi anak.
Quote red_velvet 18-3-2024 04:57 AM
Bagusla tu . Klo tak malu anak bini orang kenal.. mana nak sorok muka dapat laki/bapak mulut laju dulu dari otak
Quote cmf_jeangrey 18-3-2024 05:22 AM
One thing i puji toksyamdanish...jenis jaga privasi family dia dan anak bini pun sejenis senyap bila ada kes2 melibatkan toksyam...bukan gila publisiti


Quote cm_vungtau 18-3-2024 06:26 AM
Kadang2 kalau lelaki taknak tunjuk anak bini sesuatu sangat
Quote watachiwa 18-3-2024 07:37 AM
bini dia lawa la jugak kan.
mmg dia kalo tgh jln2 dgn famili n ade pemenat nak bgambor, mmg dia sorg2 je akan g bgambor dgn pemenat tu.
anak2 n bini x msk frame.
oke jek bg sis.

drpd ade artis lain yg bini dlebih sudu dr kuah. tu belum citer bini jd manager ke ape lg kannn
Quote chinta89 18-3-2024 08:13 AM
watachiwa replied at 18-3-2024 07:37 AM
bini dia lawa la jugak kan.
mmg dia kalo tgh jln2 dgn famili n ade pemenat nak bgambor, mmg dia sorg ...

cth nya siapa yg bini lbh sudu dari kuah tu?

yg jd manager tu bini siapa. amboi kemain jugak eh hehe
Quote cik_ingeniare 18-3-2024 09:09 AM
bagus la tok syam jaga privasi family.. masa zaman kegemilangan tok syam pun depa tak masuk campur sama.. so anak anak pun tak terganggu masa zaman membesar..
Quote katnissE 18-3-2024 09:22 AM
Ini satu benda yang aku puji Rosyam ni.

Tak perlu pun dedah anak bini semua.

Sekarang artis guna keluarga dan famili sebagai konten.  Bila orang kejii, dikejinya netizen balik.  Sedangkan sendiri yang expose.
Quote edayildiz 18-3-2024 09:25 AM
suka tgk dia usik ank dara dia time live
Quote tulip-rain 18-3-2024 09:29 AM
Tapi skrg kata2 dia sendiri yg memalukan isteri dan anak2 perempuan dia.
Dan anak dia pun ade yg tonjolkan diri dkt public jugak kan. Yelah dah besar.
Quote iznanaziz 18-3-2024 09:50 AM
cm_vungtau replied at 18-3-2024 06:26 AM
Kadang2 kalau lelaki taknak tunjuk anak bini sesuatu sangat


mcm2 la ko ni
Quote lee_sakura 18-3-2024 11:50 AM
bab sorok anak bini dr media ni aku sokong...bab lain aku xsokong
Quote Belibis 18-3-2024 12:14 PM
dua_chzy: Aznil pun sembunyi anak.

Anak2 duk dengan dia ke??kot semua duk dengan ex bini.
Quote vanillaninja 18-3-2024 12:28 PM
Anak perempuan heols tu dah besar baru I tau anak Rosyam Nor. Ramai kawan2 influenza jugak kekdahnya. Tengok cara sheols carry herself pun nampak macam sheols dibesarkan dengan mewah jugak la dengan Rosyam.
Quote cruz2 18-3-2024 01:08 PM
Dh betul la dia ckp dia pilih tk tunjuk fmly kat soc med atau mana2 dan artis lain tk perlu pon ikut cara dia.
Ada yg bitter sgt ni kenapa?
Benda yg dia buat tk betul boleh la kita pakat kutuk. Ni sekadar dia bgtau pendirian dia yg melibatkan soal fmly dia hormat jer lah
Quote Lily_Elizabeth_ 18-3-2024 01:55 PM
Itu keluarga lopak ramai family. Satu keluarga tahu pasal.depa. geli nokks.
Quote BellaThePrinces 18-3-2024 03:12 PM

tapi anak dara toknil tu chubby betul ehh...sedangkn mak n paknya idoklah besar mana.

mungkin sbb tu kena sembunyi


Quote ketambangkang 18-3-2024 03:30 PM
ye dulu masa zmn URTV, Media Hiburan, Mangga time2 dekat nak raya ni artis2 semua pakat kuar cite psl raya dengan baju raya bersama family masing2

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055025 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top