CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kami Tidak Menyokong Artis Kelakuan Buruk” – Tindakan Jenama Produk Kesihatan ‘Blur’ Wajah Ruhainies Dalam Video Iklan Dapat Pujian Netizen

18-3-2024 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4351| Komen: 3

Description: Tular di media sosial hari ini mengenai video ‘marketing’ produk daripada satu jenama makanan dan minuman kesihatan yang bertindak mengaburkan wajah Ruhainies telah menuai pelbagai respon dalam kala ...


Tular di media sosial hari ini mengenai video ‘marketing’ produk daripada satu jenama makanan dan minuman kesihatan yang bertindak mengaburkan wajah Ruhainies telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya.

Dalam hantaran video tersebut, jenama terkenal tersebut ada menjelaskan mengenai rakaman kempen tersebut yang dijalankan pada bulan Disember tahun lalu.


Malah, jenama itu juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terlibat dalam kontroversi.

"Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies."

"Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023."

"Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini."

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen memuji tindakan jenama berkenaan yang seolah-olah tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang berkelakuan buruk.

"Tahniah kerana tidak menyokong penyondols/penyodok dan seangkatan dengannnya."

"OMG terbaik Kitsui for blurring like that. Kite kena support Kitsui for stand up towards integrity."

Malah, ada yang meminta jenama-jenama produk yang lain yang telah mengambil aktres itu sebagai model untuk melakukan tindakan yang sama.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 18-3-2024 03:56 PM
ha cmni bru padan...kuasa netijen memboikot jangan memain keh...
Quote BoongaKertas 19-3-2024 08:31 AM
kensel culture mcm korea utk kes2 yg melibatkan moral ni iols mcm agree lah gak. tp kalau kes moral tu kes yg serius lah. kalau org tu dah insaf ke apa ke, maybe boleh consider balik.
Quote clueless_gamer 20-3-2024 07:54 AM
aku rasa netizen ni mcm overreact sikit lah kali ni.. jgn kecam aku plak okeh, personal opinion je nih

benda ni indirectly affect kt bella tu, 24 jam nak pressure dia kira kanan.. sampai terus nak fail cerai.. padahal anak kecik2 lagi, raya tak lama lagi weh..

benda tu tak habis bicara lagi.. aku tak rasa pun deme sampai naik ke katil pun, yelah.. silap mmg dia ikut naik atas sekali tulah..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049046 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top