CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada Pasangan Untuk Saya Kongsi Apa Sahaja..” – Angeline Tan Kini Semakin Bahagia & Tenang, Sabri Yunus Penyeri Hidup

18-3-2024 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6190| Komen: 18

Description: Sejak kebelakangan ini, isu tentang kemelut rumah tangga selebriti sering menjadi perhatian rakyat Malaysia. Namun, disebalik itu ada juga yang merasakan keindahan rumah tangga lagi-lagi mereka yang m ...

Sejak kebelakangan ini, isu tentang kemelut rumah tangga selebriti sering menjadi perhatian rakyat Malaysia. Namun, disebalik itu ada juga yang merasakan keindahan rumah tangga lagi-lagi mereka yang masih baru bergelar suami isteri. Itulah yang dirasakan oleh pasangan pelakon, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang berkongsi kebahagiaan mereka.

Ketika ditemu bual oleh Majalah Wanita, Angeline Tan mengakui kini hidupnya lebih sempurna dengan kehadiran suaminya. Pelakon ini turut menyifatkan rumah tangganya lebih lengkap dan stabil apabila ada peneman yang sentiasa bersama dikala susah dan senang.

"Sekarang ada pasangan jadi ada seseorang yang jujur dan ikhlas untuk saya kongsi apa sahaja suka atau duka. Itulah yang membuatkan saya lebih tenang."

"Saya rasa lebih lengkap dan kehidupan saya lebih stabil serta sempurna sekarang."
   
"Walaupun kadang kala mood saya berubah-ubah, sekurang-kurangnya ada suami yang tolong saya untuk saya balance semula. Saya rasa bersyukur."




Tambahan pula, Angeline juga turut bersyukur dengan kehadiran Sabri yang ada untuk memastikan dirinya sentiasa berada dalam kondisi yang baik meskipun mempunyai sebarang masalah.

Sekadar info, Angeline dan Sabri telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di Perlis pada 14 Oktober tahun lalu,

Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof sebelum Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser. Hasil perkahwinan tersebut, Sabri dikurniakan tiga cahaya mata.

Selain itu, Angeline juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan dua orang anak.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_ingeniare 18-3-2024 03:37 PM
Alhamdulillah.. moga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat
Quote Mamason 18-3-2024 03:56 PM
Alhamdulillah.. moga kekal bahagia till Jannah.
Quote yeos 18-3-2024 04:10 PM
ALHAMDULILLAH... semoga terus berbahagia till jannah, lovely couple
Quote I.K.A888990 18-3-2024 05:53 PM
suka tgk aunty ni dgna bg dia hehe
happy je dia
Quote azimie 18-3-2024 06:58 PM
nmpk bhgia sungguh wajah kedua duanya
Quote ninajaybee 18-3-2024 06:59 PM
Baguslah nek jelin. Jgn over2lah nanti jd annoying.
Quote azimodin 18-3-2024 07:23 PM
Rezeki. Poster promo watson untuk bulan puasa pon muka dorang jugak.
Quote gideoncross 19-3-2024 12:30 AM
Cara nak stay relevant kat Msia, tunjukkn psl hal pribadi
Quote airmineral 19-3-2024 07:01 AM
Ada juga cerita hepi
Alhamdulillah
Quote imanjannah 19-3-2024 08:40 AM
alhamdulillah..
Quote vanillaninja 19-3-2024 09:35 AM
Acik Lucy memang dah bertudung ye?
Quote mamajawie 19-3-2024 04:11 PM
vanillaninja replied at 19-3-2024 09:35 AM
Acik Lucy memang dah bertudung ye?

pok ya dok bagi mek lucy freehair..tapi ghaso dok pakso gitu cumo ghaso mek lucy dok paka sampa loni..gittuhhh betul x ayat sskjp iollss ni??ahahhhaaaha

Quote kepompong 19-3-2024 05:35 PM
umur dah menopos tak wajib pakai tudung pun
Quote Alvida 19-3-2024 10:26 PM
kepompong replied at 19-3-2024 05:35 PM
umur dah menopos tak wajib pakai tudung pun

kau ni anut agama apa yer terlampau jahil sgt..pandai2 jer kata tk wajib..sekolah tk ni????
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/3296-tashih-al-mafahim-12-benarkah-perempuan-yang-sudah-tua-tidak-diwajibkan-untuk-memakai-tudung
Quote Hoola 19-3-2024 10:32 PM
one of my fav couple
Quote kepompong 19-3-2024 11:05 PM
Alvida replied at 19-3-2024 10:26 PM
kau ni anut agama apa yer terlampau jahil sgt..pandai2 jer kata tk wajib..sekolah tk ni????
https: ...

i belajar kat sekolah agama kerajaan johor begitu lah... kitab mut'la al badrin
Quote vanillaninja 20-3-2024 08:06 AM
mamajawie replied at 19-3-2024 08:11 AM
pok ya dok bagi mek lucy freehair..tapi ghaso dok pakso gitu cumo ghaso mek lucy dok paka sampa lo ...

Kisahnya. Alhamdulillah. Lulus kot chuols I pun bukan asal Kelate duduk Shah Aley.. dok boleh verify
Quote lavendermiz 20-3-2024 08:13 AM
alhamdullillah..sweetnya couple ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054819 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top