CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risteena Kata JAWI Tiba Di Kediaman Ruhainies Pukul 11 Malam, Bukan 3 Pagi

15-3-2024 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21075| Komen: 155

Description: MENJELASKAN situasi ketika tangkapan khalwat membabitkan adiknya, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz, Risteena Munim menunjukkan bukti dia hanya terlewat setengah jam sebelum pegawai Jabatan Agama Islam ...

MENJELASKAN situasi ketika tangkapan khalwat membabitkan adiknya, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz, Risteena Munim menunjukkan bukti dia hanya terlewat setengah jam sebelum pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tiba di lokasi kejadian iaitu pukul 11 malam, bukan 3 pagi seperti digembar-gemburkan.

Kata pelakon itu, mereka sudah berjanji untuk makan malam bersama-sama selepas Ruhainies selesai penggambaran, namun disebabkan kesesakan dia tiba di kondominium terbabit pada pukul 11.30 malam.

“Ya, saya sepatutnya berada di sana tetapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

Saya sampai di rumah Ruhainies pukul 11.30 malam. Isu 3 pagi Jawi datang rumah adalah tidak benar,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Hantaran pelakon Hantu Wangan itu dibuat beberapa minit selepas adiknya dengan Aliff berkongsi kenyataan sekitar tengah malam tadi berhubung serbuan dilakukan penguatkuasa Jawi pada 8 Mac lalu.


Menerusi perkongsian sama, Risteena yang juga isteri kepada pelakon Isa Khan turut menunjukkan tangkap layar perbualan bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.

Dalam mesej dipaparkan, pada pukul 7.21 malam, adiknya ada bertanyakan kepada Risteena sama ada akan bermalam di rumahnya atau tidak.

Ruhainies juga bertanya pukul berapa penggambaran selesai selain giliran siapa bakal memasak pada malam itu.

Malah dua beradik itu turut menyebut mengenai bahan mentah yang bakal dimasak bersama-sama pada malam terbabit.


Sekali gus paparan mesej antara mereka itu menjadi bukti kebenaran dakwaan Ruhainies mengenai tindakan membawa masuk Aliff ke dalam rumah adalah bagi menunggu kedatangan ahli keluarganya untuk makan malam beramai-ramai.

Menerusi hantaran lain, pemilik nama lengkap Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 34, itu percaya Ruhainies dan Alif menyedari kesilapan mereka dan sudah meminta maaf.


Khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan juga Aliff sedar tentang khilaf mereka. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam itu saya rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Terdahulu nama Ruhainies dan suami kepada pelakon Bella Astillah menjadi bualan hangat susulan tangkapan khalwat di kediaman pelakon itu dan kemudian mereka dibawa ke pejabat Jawi sebelum dibebaskan dengan jaminan pada hari sama.

Susulan insiden terbabit, Bella memfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu dengan sebutan kali pertama berlangsung kelmarin.

Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan atas alasan sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat yang turut menggandingkannya dengan Ruhainies. 

Sumber -HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 15-3-2024 01:17 PM
adoi lawak2.. motif ajak naik dulu baru nak masak bagai. laki orang kot ko ajak masuk rumah tu. conversation pun takat tu je ke
Quote Incanto 15-3-2024 01:23 PM
honey_yayan replied at 15-3-2024 01:17 PM
adoi lawak2.. motif ajak naik dulu baru nak masak bagai. laki orang kot ko ajak masuk rumah tu. conv ...

tak sebut plak kat kak dia...hang beli lebih sikit, aku ajak alep makan sama.
Quote matjerk 15-3-2024 01:23 PM
honey_yayan replied at 15-3-2024 01:17 PM
adoi lawak2.. motif ajak naik dulu baru nak masak bagai. laki orang kot ko ajak masuk rumah tu. conv ...

Itu lah.. laki org kot...
Yg laki org.. kebuloq sgt ke nak makan dgn kerang2 busuk mlm2???
Sedangkan anak bini ada kat rumah..kebuloq.sgt mkn pree
Sanggup la nak menunggu dorang tu smpai masak?
Pukul berapa tu balik rumah?
Klu x kena cekup... smpai rumah, bini tnya..lambat hari ni? So alep jawab baru habis shooting ke? Atau.."ooo tadi g rumah kemut... pastu tunggu kakak2 dia dtg..nak masak... duduk lah dulu, main enjit enjit semut siapa sakit, naik atas... pastu kakak dia smpai.. masak.. pastu makan... tu yg lambat tu"
Gitu ke jawapan nya?
Quote gekkou 15-3-2024 01:28 PM
dah tau x dak org lain kat rumah
awat. bagi masuk?
sah2 lah berdua-duaan

so silapnya, jawi mai kol 11 bukan kol 3
tang kena tangkap sebab berdua-duaan tu betul kan
kan kan kan
Quote scorpionkiki 15-3-2024 01:31 PM
Tak ada tarikh pun di watsup tu...
Quote chilly 15-3-2024 01:37 PM
Still nak justify perkara bodoh. Isunya sekarang otak kat mana. Dia mula dari otak je. Kalau dari awal guna otak tak jadi benda ni semua dekkkk. Halah halahhhhhh.
Quote lurve82 15-3-2024 01:39 PM
korg try la save pki nama pjg ppuan tu dgn love sekali..klu tgh wasap keluar ke penuh? try ler...tp wasap blh ke edit2?
Quote Fly_over 15-3-2024 01:39 PM
bukan berita psl pukul 2.30- 3 tu melodi jumpa bella kt jawi. masa tu dah kena angkut g jawi..
Quote Mizlyn 15-3-2024 01:42 PM
Berita tersebar kul 3 pagi lps semua ke pej jawi..  Apa lak berlaku 3 pagi.. Mesti la awal lagi..

Kenyataan Kemut takut buka pintu tu ..kelakar lak.. Aliff kat dlm tu fondan ke? X berani juga buka pintuuuu... Haha
Quote chilly 15-3-2024 01:46 PM
Backup adik-beradik tu bagus. Sape lagi nak defend darah daging khen. Tapi dekkk kau pon berlaki. Chances untuk kita semua berada di position B ni tinggi tau. Tak kisah laki tu 2B ke rambut sikat tepi ke ape ke. Dia janji dua-dua perempuan dengan lelaki tu sama-sama naik dekkk. Sama-sama 'bekerjasama' macam wonderpet. Sama-sama mengejar mimpi, sama-sama gunung di daki, sama-sama ke lembah sepi kihkihkihkih.

Ehhh kau ni la. Dok diam-diam sudah.
Quote sukanyanyi 15-3-2024 01:46 PM
matjerk replied at 15-3-2024 01:23 PM
Itu lah.. laki org kot...
Yg laki org.. kebuloq sgt ke nak makan dgn kerang2 busuk mlm2???
Sedangk ...

mungkin jawab mcmtu n belly akan ok sbb kawan yg dia kenal lama kan...
Quote scorpionkiki 15-3-2024 01:52 PM
Kenapa dlm tarikh watsup tu ada Friday which is today.Conversation ni konon hari kejadian. Kejadian ni 8hb kan...sepatutnya  keluar 8th March.
Nampak sangatlah watsup ni di edit.
Quote sofi_sofia 15-3-2024 01:55 PM
Hasil selepas 3 hari memerah otak akhirnya not bad jgk ek krg punya putar alam … kiranya kali ni bella tak jadi cerai lg ke cemana …
Quote BellaThePrinces 15-3-2024 01:55 PM
Edited by BellaThePrinces at 15-3-2024 02:05 PM
scorpionkiki replied at 15-3-2024 01:31 PM
Tak ada tarikh pun di watsup tu...

Tetiba dia bagi ada tarikh you...boleh ehh macam tu....ha..ha.....musykil kita wak....
kalau ikut style wasap ..kalau minggu yg sama..akan tertulis hari sahaja tanpa tarikh.

selepas seminggu baru akan letak tarikh sahaja tanpa hari.

(kalau ikut phone murah akak lah......)

Screenshot_20240315_090451_Instagram.jpg

Quote anilanil 15-3-2024 02:04 PM
Hey kawah bulan, dok dendiam je la. SS tu semua reveal kat court la bingai. Nak bergasak sgt dgn netizen saman je la. Dia ingat nak saman org bayar pakai daun? Hang punya previous stupid action, mengeksploitasi permit rentas negeri ingat org lupa? Ini lagi mau buat another stupid explaination?
Quote albedah 15-3-2024 02:07 PM
Buat apa nak dengar cakap Risteenah.. dengarlah cakap Jawi.... Tunggu laaàaaa hari pendakwaan nnt. Kalu tak salah takkan nak kena dakwa ristinah oi adik beradik tatau kaaaa
Quote Hypothetically 15-3-2024 02:09 PM
Takkan bini ko sanggup datang dgn pegawai tercangok depan pintu  rumah kawan ko tu tengah2 mlm tinggalkan anak2. Kalau tak betul takkan sampai bini ko minta cerai  alifff oiiii.
Quote pocongkiutss 15-3-2024 02:10 PM
If masuk court..court mesti minta tgk direct conversation dr whatsapp tu kan..mana leh screenshot² bagai..senang org nk manipulate
Quote noor2 15-3-2024 02:12 PM
BellaThePrinces replied at 15-3-2024 01:55 PM
Tetiba dia bagi ada tarikh you...boleh ehh macam tu....ha..ha.....musykil kita wak....
kalau ikut s ...

Murah ke mahal ke wasap tetap sama..terdesak sgt nampaknya...

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.054735 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top