CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbang Strok Haba, Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa - “Kalau Muhammad, Dia Sudah Berpuasa Penuh. Farid Memang Tegas"

15-3-2024 05:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12053| Komen: 33

Description: Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang paksaan terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan.


Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang paksaan terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

Selain tiada paksaan, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, semuanya bergantung kepada kemampuan dua anaknya untuk berpuasa penuh namun mengakui suaminya, Farid Kamil sangat tegas dalam perkara tersebut.

“Kalau Muhammad, dia sudah berpuasa penuh. Farid memang tegas dengan anak lelaki tetapi saya sebaliknya, mudah kasihan.

“Manakala, Aurora pula baru berusia lapan tahun dan dia masih mencuba serta kena fahamkan dulu maksud puasa dan kebaikannya.

“Lagipun puasa ini untuk memupuk kesabaran, toleransi dan menahan nafsu. Jadi benda-benda itulah yang kami nak buat anak-anak faham,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Akuinya, dia mudah berasa kasihan jika anaknya memberitahu tidak mampu untuk meneruskan puasa.


Tutur Diana, sebagai ibu bapa, dia perlu sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan kesihatan anak-anak sepanjang bulan Ramadan.

“Saya jenis tak boleh tengok anak-anak dalam keadaan lapar dan dahaga ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Apabila mereka pulang ke rumah dalam keadaan berpeluh-peluh, saya jadi risau.

“Mereka ada juga aktiviti luar dan tak tahu limitasi badan sendiri ketika berpuasa seperti kerisauan berlaku strok haba dan sebagainya.

“Jadi, sebagai seorang ibu, saya okey dan tidak paksa kalau mereka tak mampu untuk berpuasa penuh dan sebaliknya,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beni_nikaido 15-3-2024 09:50 AM
terbalik la DD ngan Beni. Beni tegas tapi cik abang mudah kasihan
done komen
Quote anony-mous 15-3-2024 10:35 AM
Menjadi herlok dna dia. Syg ayah dia lari tggalkan mak dia , suppose produce another dd byk2. Baka elok n baka kuat
Quote azimodin 15-3-2024 10:45 AM
Cuaca memang panas amat sekarang ni. Anak i balik sekolah hari pertama puasa tu terus demam panas. Dah bagi ubat pon lambat kebah, memang dah standby nak bawak pergi hospital. Semalam baru nampak ok sikit tapi mengadu tekak masih sakit. Dah teat covid, negative. Batuk & selsema pon xde.
Quote NazRysha 15-3-2024 11:07 AM
Tak faham yang anak umur 5 6 tahun di suruh puas apenuh
Bangga pulak tu upload dekat sosial media
Nak menunjuk ?
Sampai merangkak la si anak tu xlarat
Ajar anak solat dulu
Anak aku umur 13 tahun baru larat puasa penuh
Dengan cuaca panas dekat kedah sekarang ni
Kita dewasa pun tercungap-cungap
Quote ReginaGeorge 15-3-2024 12:03 PM
Musim panas ni aiols bekalkan anak termos kecik berisi air sejuk dan cekelet daim. Iols pesan kalu rasa nak pitam buka posa je dgn air sejuk tu ngan seketul daim. Nampak gaya monsun timur kali ni agak panjang I harap sgt pihak sekolah cakna. Jangan pula tiba2 guru pj suh budak senam robik jam 9 pon matahari garang teruk.
Quote ReginaGeorge 15-3-2024 12:04 PM
NazRysha replied at 15-3-2024 03:07 AM
Tak faham yang anak umur 5 6 tahun di suruh puas apenuh
Bangga pulak tu upload dekat sosial media
Na ...

Mak bapak korbankan anak demi nak menunjuk. Terpaling soleh solehah..
Quote ninajaybee 15-3-2024 12:09 PM
NazRysha replied at 15-3-2024 11:07 AM
Tak faham yang anak umur 5 6 tahun di suruh puas apenuh
Bangga pulak tu upload dekat sosial media
Na ...

Serupalah bukan saja level tadika dah kena totop ghambot tapi anak mula jalan je dah pakai totop ghambot.
Quote doubleA 15-3-2024 12:13 PM
NazRysha replied at 15-3-2024 11:07 AM
Tak faham yang anak umur 5 6 tahun di suruh puas apenuh
Bangga pulak tu upload dekat sosial media
Na ...

Ada yg tanya anak iols umo 4 tahun puasa tak? Hello anak iols dah la kurus tinggi kalau suruh puasa nak tinggalkan tulang ke? Tak puasa pun dia bukan makan banyak pun. Tapi tanya jela sebab kononnya ada kenalan depa yg “tegas” dah pupuk anak suruh puasa umo 4 tahun. Lantak deme la tu anak deme, deme malas nak cara makan anak suruh la anak puasa. 4 tahun ok 4 tahun

Vangang tol, dalam islam pun tak suruh budak2 puasa umo 4 tahun
Quote NuansaBiru 15-3-2024 12:27 PM
doubleA replied at 15-3-2024 12:13 PM
Ada yg tanya anak iols umo 4 tahun puasa tak? Hello anak iols dah la kurus tinggi kalau suruh puas ...

Melampau dah tu budak umur 4 tahun dah kena puasa
Seolah mak bapak yg tak latih anak puasa dr umur 4 tahun tak cukup isele
Quote NuansaBiru 15-3-2024 12:44 PM
Cuaca panas sgt sekarang ni. Kita yg dewasa pun rasa lebih cabarannya. Inikan pula budak2. Anak2 sedara belah suami, yg umur2 darjah 3 darjah 4 pun bila petang kena dipujuk2 utk teruskan puasa, lebih lagi bila lepas sekolah duduk rumah tak buat apa lagi terasa lambat masa berlalu. Oleh sebab rumah masing2 pun berdekatan saja kejiranannya, dan masing2 sesama sepupu pun berkawan baik, maka petang2 himpun saja kat satu rumah, main la sama2 korang. Dah dekat berbuka baru balik rumah masing2. So far ok dah sikit, bila main sesama sendiri 4,5 org aktif saja, tak pikir mana dah lapar dahaga tu, bila duk sorang tak buat apa jadi melepek tak larat    
Quote abadi84 15-3-2024 01:00 PM
Anak bujang iolls umur 10 tahun baru puasa penuh sebulan. Masa umur 10 tahun ke bawah ada yg pandang serong bila iolls cakap dia belum lagi berpuasa penuh masa umur dia 9 thn. 9 tahun tu baru peringkat ai ajar bangun sahur...  tengahari klu dia menggelupur haus, iolls bagi jer minum. Skrg ni dah 13 tahun, dia sendiri tahu konsep berpuasa dan tahu berdosa klu tak puasa.
Quote cmf_premierleag 15-3-2024 01:13 PM
ninajaybee replied at 15-3-2024 12:09 PM
Serupalah bukan saja level tadika dah kena totop ghambot tapi anak mula jalan je dah pakai totop g ...

Pastu anak tu baru 4 thn dah pandai nerakakan org lain yg tak totop ghambot
Sbb mak dia la yg ajar
Quote miss_jay 15-3-2024 01:19 PM
Anak ai sekolah rendah islam, sekolah straight 8am-4pm takde balik2 rumah, ai bekalkan je air mineral botol 500ml pesan kalau tak larat minum je. Tak daya nak paksa musim panas ni. Asalkan dia dah terbiasa bangun sahur, cuba berpuasa pon ok dah. Ada hari dia larat dia puasa je. Sekarang masih fasa training
Quote damian_lee 15-3-2024 01:24 PM
NazRysha replied at 15-3-2024 03:07 AM
Tak faham yang anak umur 5 6 tahun di suruh puas apenuh
Bangga pulak tu upload dekat sosial media
Na ...

sbrnya anak2 mcm tu kena flexible
aku pun xpaham yang duk compare and tunjuk anak puasa penuh

umu belum sekolah lagi

tapi bertandang kat rumah orang dari sebelum zohor
sampai maghrib
tak minta izin solt pun
walau tuan rumah solat
Quote nw111 15-3-2024 02:43 PM
Alaaa... budak2 kecik tak payah la suruh puasa..solat tu yg patut di tekan... anak2 i umur 9 thn baru puasa...tu pun x penuh..
I ok je...sbb masa i kecik dulu pun i puasa menipu jugak..minum air masa mandi... umur 9 or 10 tahun baru puasa tak tipu...
Quote mawarika 15-3-2024 02:48 PM
Aku tak paksa anak aku puasa. Tapi hari ni dia buka puasa lepas balik skola. Sian tgk.. mmg panas dan bahang kat luar. Tangkap migraine aku ..  
Quote doubleA 15-3-2024 03:14 PM
NuansaBiru replied at 15-3-2024 12:27 PM
Melampau dah tu budak umur 4 tahun dah kena puasa
Seolah mak bapak yg tak latih anak puasa  ...

Dan iols pun tak bungkuskan kepala anak umur 4 tahun biar lah dia tak tutup rambut pun, cuma tak la pakaikan baju seksi tu dia pun taknak. Belum baligh lagi sampai masa didikan dia nanti
Quote newyork 15-3-2024 05:12 PM
abadi84 replied at 15-3-2024 01:00 PM
Anak bujang iolls umur 10 tahun baru puasa penuh sebulan. Masa umur 10 tahun ke bawah ada yg pandang ...

Sama..anak i pun tgh nak masuk 9 thn ..puasa separuh hari ja kat sekolah....abg dgn kakak dia pun I start betul2 masa 10 thn. alhamdulillah dah faham puasa itu apa dah posa penuh skrg..
Quote ReginaGeorge 15-3-2024 05:16 PM
abadi84 replied at 15-3-2024 05:00 AM
Anak bujang iolls umur 10 tahun baru puasa penuh sebulan. Masa umur 10 tahun ke bawah ada yg pandang ...

Takpe. Memang ada budak 10 tahun dah boleh posa penuh. Ada budak yg memang tak tahan. Yg menghakimi tu biasalah… setiap kita ni ada sisi terpaling masing2. Yg penting pesan anak siap2, tak tahan jgn paksa. Anak2 iols yg besar2 tu semua, alhamdulillah posa penuh. Yang kecik ni progress dia selow sikit.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top