CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazim Othman Dedah Ingin Bersara Dari Dunia Hiburan, Harap Dapat Tawaran Filem Buat Kali Terakhir

11-3-2024 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20087| Komen: 12

Description: Pelakon popular Nazim Othman telah mendedah dirinya sedia untuk menamatkan karier seninya dan beralih pada bidang yang lain. Katanya, sebagai karya terakhirnya sebagai seorang pelakon, Nazim berharap ...


Pelakon popular Nazim Othman telah mendedah dirinya sedia untuk menamatkan karier seninya dan beralih pada bidang yang lain. Katanya, sebagai karya terakhirnya sebagai seorang pelakon, Nazim berharap dapat berlakon dalam sebuah filem.

Menurut aktor berumur 40 tahun ini, dirinya enggan memberitahu sebab mengapa dirinya mengambil keputusan untuk bersara itu. Tambahnya, dia tidak akan berkongsi perkara tersbeut kepada umum apabila tibanya waktu berbuat demikian.

"Terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Bukan berkaitan dengan industri puncanya tapi lebih kepada peribadi.   Bila tiba waktu itu pun saya tak boleh kongsi, tunggu sahaja."

Pada masa yang sama, Nazim berkata dia sudah menyuarakan keputusan ini kepada beberapa rakan terdekat dan pengarah-pengarah terkenal. Aktor ini juga berharap dirinya dapat terlibat dalam sebuah filem sebelum menutup lembaran hidupnya sebagai seorang anak seni.


Selain itu, Nazim mendedahkan dia sudah pun membuat perancangan secara terperinci dengan apa yang bakal dirinya lakukan setelah bersara menjadi seorang pelakon.


"Orang-orang terdekat tahu perancangan saya ini. Saya juga pernah bercakap dengan beberapa orang pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersara".   

"Sepanjang 15 tahun, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.   


"Tentang perancangan masa depan, semua saya sudah sediakan. Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini".

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 11-3-2024 08:11 PM
semoga lepas ni jangan bagi statement
peminat tak bagi bersara
demi peminat saya cancel persaraan

Quote slyfynx 11-3-2024 08:58 PM
Menurut aktor berumur 40 tahun ini, dirinya enggan memberitahu sebab mengapa dirinya mengambil keputusan untuk bersara itu. Tambahnya, dia tidak akan berkongsi perkara tersbeut kepada umum apabila tibanya waktu berbuat demikian.


Ni ayat musibat ape ni?
Quote Perawankota 11-3-2024 11:56 PM
Tapi klu setakat dapat watak sampingan untuk movie, sanggup ke accept?
Quote cicicumel 12-3-2024 12:01 AM
Watak utama aksi polis
Quote irvene 12-3-2024 12:05 AM
ada org bela ko ke nokss? muka pun dh iras dgn alfa alha. buat dkt tempat sama ek? sek sek pondey jange pecoh.
Quote chinta89 12-3-2024 10:01 AM
gekkou replied at 11-3-2024 08:11 PM
semoga lepas ni jangan bagi statement
peminat tak bagi bersara
demi peminat saya cancel persaraan

teringat rosyam nor
Quote Kurex 12-3-2024 10:08 AM
muka pelik..
Quote orkid_amani 12-3-2024 11:05 AM
Syg nya lahai..NO ni awai2 jadi retis mmg berupa dah pun. Muka nampak jantan jugak laa..kulit pun sawa matang bukan peloles pucat mcm ni..awat jadi lagu tu? Salah pilih kawan ka?
Quote supernaturalee 12-3-2024 12:10 PM
anu dalam botol 2


plotnya pasal nk sambung balik
nak tak?

Quote akuHavocczz 12-3-2024 12:44 PM
Fans penah ship heols ngan ninja kan? Elok lah tu dua dua kaki propa
Quote farralemkova 12-3-2024 01:49 PM
byeeee
Quote ChiciLala 12-3-2024 02:14 PM
I ok je she blakon. Xdela kayu sgt. Rugila she pencen awal. Xkn nak tgk alip aziz je jd hero

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.343957 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top