CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cuma 30 Minit, Bukan Tiga Jam. Kami Hanya Kawan" - Ruhainies

11-3-2024 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24130| Komen: 83

Description: "Kami hanya kawan." Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon, Aliff Aziz selepas kedua-dua mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah kondominium pada Jumaat ...

"Kami hanya kawan." Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon, Aliff Aziz selepas kedua-dua mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah kondominium pada Jumaat lalu.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, hubungannya dengan Aliff hanyalah sebagai rakan artis sejak sekian lama dan kini sama-sama menjalani penggambaran drama.

"Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

"Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

"Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti," katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies, 32, juga menegaskan bahawa ada beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka seperti yang diuar-uarkan, sekali gus menimbulkan lebih banyak spekulasi.


"30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. "Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai," katanya. Ruhainies turut mendakwa dia belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk memberikan kenyataan rasmi berhubung dakwaan khalwat dengan pelakon kelahiran Singapura itu, Ruhainies berkata, dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila tiba masanya.

"Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KellyCho 11-3-2024 06:43 PM
Dia kannnnn....kalau org x salah, dia x pelrukan masa yg lama utk keluarkan kenyataan sbb dia mmg bercakap benat. Tp org yg salah ni, dia kena susun strategi, susun ayat. Gituuuuu I'm judging sblm masuk magrib Ramadhan
Quote red_velvet 11-3-2024 06:45 PM
Edited by red_velvet at 11-3-2024 06:47 PM

Kalau tak buat salah apa2, 30 minit tu pun dah kira lama  untuk kau sidai JAWI  kat luar.. sampai terpaksa call bomba bagai...macamana plak ngan team melodi yg dah tunggu seawal 11 malam kat situ sementara JAWI raid korang??   So kalau dah kenal 10 tahun dikira halal la nak berdua2an la dlaam rumah ye?? Aku ada kawan lelaki sejak sekolah , kalau ikut teori ko ni kira bolehla aku berdua2an dalam satu rumah ngan kawan laki aku tu tanpa pengetahuan bini dia.. camtu ke???
Quote Barebow77 11-3-2024 07:20 PM
Lah 30 minit..awat tak 3 minit jer kalau x salah or buat apa2..

Quote kucing_gebu 11-3-2024 07:30 PM
Kalau 30 minit buat apa sampai panggil bomba
Quote naina 11-3-2024 07:34 PM
Edited by naina at 11-3-2024 09:06 PM

30 minit tu masa bersama ko dengan dia..
3 jam tu masa jawi datang ketuk, lepastu xmau buka tunggu bomba..lepastu reporter,Bella, family kau semua datang..jadilah 3 jam..gitu la aku faham
Quote naina 11-3-2024 07:36 PM
Apa pun alasan..memang tak boleh laki prmpuan bukan mahram berdua2 an..hatta seminit pun..ni 30 minit. Haishh macam2 tau boleh jadi.
Quote nena9042 11-3-2024 07:45 PM
30minit tu lama
Kalau tak salah apasal tak bukak terus je lepas kena ketuk
Alahai tepung (ini panggilan warga tiktok untuk kemut)
Quote Rogue98 11-3-2024 07:46 PM
Sebab korang buat2 tak dengar masa pihak jawi datang ketuk pintu tu kan... Bila Bomba datang baru korang kalut nak bukak pintu. Malu lah kat jiran2 kalau pintu rumah sewa pecah.
Quote cik_ingeniare 11-3-2024 08:11 PM
Kau sidai sampai 30 minit tu memang lama la cik kak oii.. kalau tak salah, the moment pihak JAIS ketuk pintu korang dah bukak.. ni pehal sampai bomba kena datang pecahkan pintu?
Quote anilanil 11-3-2024 08:16 PM
Hallah kalo dah saiz minimalist 10 min je kot..
Quote krustykrab 11-3-2024 08:17 PM
naina replied at 11-3-2024 07:34 PM
30 minit tu masa bersama ko dengan dia..
3 jam tu masa jawi datang ketuk, lepastu cmau buka tunggu b ...

Kira betullah tu
30 min mendayung.
Tak sempat klimaks org ketok pintu.
Shhh diam, kita jgn jawab nanti diorg blah la.
Alamak dah 45 min ni alip, apo kito nak buek haa?
Aku buka pintu la.
Jgn lip jgn, rosak reputasi i.
Ok kita tunggu lagi.
Oii org di dalam, org di luar nak masuk ni. Dah 3 jam nunggu ni, kita dh panggil bomba nk pecah kan pintu.

Lipbata mengalah...
Quote ReginaGeorge 11-3-2024 09:00 PM
Pasal yg 30 minit ni, dia bg statement kat mana? Dgn wartawan mana?
Quote doubleA 11-3-2024 09:02 PM
Akhir zaman, tiada sifat malu, maksiat berleluasa. Kalau ye pun nak auta netizen jawi/bomba tak bangang
Quote Aneem 11-3-2024 09:13 PM
krustykrab replied at 11-3-2024 08:17 PM
Kira betullah tu
30 min mendayung.
Tak sempat klimaks org ketok pintu.

Terbayang muka kemut terkemut kemut dan gabra mcm wataknya yg selalu dalam drama picisan.
Quote Hoola 11-3-2024 09:27 PM
fmly ko ada sama tak dlm tu sptmana ada yg kata mcm tu???????????

walau apaun yg blaju, ssmmmgnya donia tnh melayu hari ini jantan betina serumah
siang mlm dh dianggap biasa
kena cekup br nk gegarrrr
tu pun still xmngaku salahsilapdosa

setan tersenyum sinis
sblm kena ikat sebln
Quote Madel 11-3-2024 09:33 PM
3minit ka, 13minit ka, 30minit ka, 3jam ka
khalwat tetap khlwat la samdol.
Nko ingat Jawi ngan bomba tu suka2 nak gi terjah nko.
Quote azimodin 11-3-2024 09:33 PM
30 minit tu lama ya
Boleh masak ikut resepi 30 hari khairulaming
Boleh tengok 2 episode web drama mainland china
Boleh basuh kasut sekolah anak
Boleh kemas kandang kucing
Dan bergantung kepada tahap horny, boleh ngeseks 1-2 round.

Kalau x salah kenapa sidai Jawi sampai kena panggil bomba. Menyusahkan orang. It's ok kalau rupa x berapa nak ada tapi kalau bodoh memang x boleh nak tolong.
Quote matjerk 11-3-2024 09:34 PM
Edited by matjerk at 11-3-2024 09:35 PM
ReginaGeorge replied at 11-3-2024 09:00 PM
Pasal yg 30 minit ni, dia bg statement kat mana? Dgn wartawan mana?


Edited

Tu dia kabo thru harian metro.. harian metro tnya dia personally kot
Quote lee_sakura 11-3-2024 09:38 PM
Rogue98 replied at 11-3-2024 07:46 PM
Sebab korang buat2 tak dengar masa pihak jawi datang ketuk pintu tu kan... Bila Bomba datang baru ko ...

kalo ddk kondo ni, pintu pakai loceng sbb jarak antara pintu kayu dgn grill tu mau nk dkt 6 kaki, lainla duduk ppr...kompom jawi tekan loceng byk kali..pekak ke dua2 ekor ni...kalo sampai jawi panggil bomba tu dh kira kes berat la tu

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.185468 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top