CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Hakim Ridza ‘Bersara’ Sementara Dari Dunia Lakonan, Kini Jadi Kontraktor Rumah Pula

11-3-2024 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22320| Komen: 10

Description: Pelakon kacak sensasi, Aiman Hakim Ridza memaklumkan dia kini sedang sibuk menyiapkan rumahnya dan sanggup berehat sementara daripada mana-mana tawaran berlakon selama 6 bulan.

Pelakon kacak sensasi, Aiman Hakim Ridza memaklumkan dia kini sedang sibuk menyiapkan rumahnya dan sanggup berehat sementara daripada mana-mana tawaran berlakon selama 6 bulan.

Ujar Aiman, dia sendiri kini menjadi kontraktor mengubahsuai rumah setelah tidak berpuas hati dengan hasil kerja pihak yang dipertanggungjawab untuk menyiapkan urusan itu.

Lebih mengutamakan keselesaan keluarga apatah lagi isterinya, pelakon Zahirah Macwilson kini sedang hamil anak kedua, Aiman mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran berlakon serta projek raya.


"Dah pindah lama tapi rumah baru saja siap diubahsuai sepenuhnya. Alhamdulillah, ini rezeki anak juga la. Sebenarnya mula-mula kami memang ada kontraktor dan site superviser."

"Tapi kami tak berapa gembira dengan kerja dia. Jadi, saya buat keputusan untuk buat sendiri memandangkan saya ada la sedikit ilmu. Saya tak ambil sebarang shooting selama enam bulan untuk fokus pada rumah.

"Sepatutnya saya ada terlibat dengan projek raya tetapi saya terpaksa tolak semua. Saya utamakan keluarga, nak mereka duduk rumah itu dalam keadaan selesa."

Dia dalam pada itu turut mengakui ada menanggung kerugian namun menganggapnya sebagai satu pengajaran hidup.


"Rugi itu memang tidak boleh kita nak nafikan. Tapi walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.

"Kita pun belajar silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar. Kita patut belajar daripada apa secara pun. Rugi itu tak penting. Yang penting, kami selesaikan benda itu."

Aiman juga enggan memanjangkan isu tersebut kerana merasakan media sosial bukanlah jalan terbaik untuk meluahkan sebarang perkara.


SUMBER : ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bergosip 11-3-2024 06:37 PM
tolak job berlakon tapi job model, photoshoot dan brand ambassador masih ada
Quote Kancilkering 11-3-2024 06:57 PM
bağış aiman…kang x sara keluarga kena tny pula di akhirat…
Quote sleepandream 11-3-2024 07:15 PM
tetibe teringat rumah banglo lan solo... dah siap ke rumah heols?
Quote pocongkiutss 11-3-2024 07:31 PM
sleepandream replied at 11-3-2024 07:15 PM
tetibe teringat rumah banglo lan solo... dah siap ke rumah heols?

Banglo kt puchong tu ke..Dah lama gak siap kan..dh show opp bagai
Quote belilies 11-3-2024 08:35 PM
BODOH betul author artikel ohbulan tulis ni, menyusahkan diri nak guna BERSARA. Ko kata jelah BEREHAT SEBENTAR!
Quote ReginaGeorge 11-3-2024 08:45 PM
Nasib baik tak kena tipu. Kalau kena kotraktor schawal, mark adam, nekta.. lagi naya. Satu lagi.. amar..
Quote azimodin 11-3-2024 08:48 PM
Bergosip replied at 11-3-2024 06:37 PM
tolak job berlakon tapi job model, photoshoot dan brand ambassador masih ada

Berlakon penat, shooting lama.. kadang2 kena shooting jauh. Elok jadi ambassador je macam amera rosli/hamster & schawal. Muka eman anak beranak sedap mata memandang, terus tergoda nak beli kasut clark walaupon workmanship dah kureng.
Quote babynina30 11-3-2024 10:46 PM
sleepandream: tetibe teringat rumah banglo l ...


Dh siap. Menang kt besau. Deco beso saja. Ala2 nilai 3
Quote ninajaybee 12-3-2024 01:06 AM
Bagus Aiman tak meroyan pasal rugi kena tipu kontraktor.
Quote Lumeiy 14-3-2024 10:58 PM
ReginaGeorge replied at 11-3-2024 08:45 PM
Nasib baik tak kena tipu. Kalau kena kotraktor schawal, mark adam, nekta.. lagi naya. Satu lagi.. am ...

Dah kena tipu la tu kan
Tu yg dia take over tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.493910 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top