CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Binaan Jadi Individu Pertama Di Terengganu Kena Sebat Sebab Khalwat

20-2-2024 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22385| Komen: 35

Description: Kuala Terengganu: Buruh binaan menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu yang dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, ]hari ini.


Kuala Terengganu: Buruh binaan menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu yang dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, turut didenda RM3,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Keputusan dibuat Hakim Syarie Hamidi Shafie selepas lelaki itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002 kerana berkhalwat.

Hukuman sebat dikenakan berikutan ia kesalahan kedua tertuduh dan akan berlangsung di penjara selepas tamat tempoh rayuan.

Tertuduh juga dihantar ke penjara kerana gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Muhamad Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.


Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Affendi didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita berusia 30-an di sebuah premis kosong di Kemaman antara jam 1.10 pagi hingga 2.15 pagi, 25 Januari lalu.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 20-2-2024 06:53 AM
Kalau yg kena tangkap, mesti yg b40 ke bawah kan. Yg atas2 berkhalwat ????
Quote shernazz 20-2-2024 07:30 AM
Lampin Anak Jadi mangsa ..
Jenuh nak Cari tu
Quote arareez 20-2-2024 09:06 AM
Sebat hudud ni sama mcm sebat kes jenayah ke? Yg sebat jenayah sampai hancur bontot
Quote ninja9 20-2-2024 09:18 AM
arareez replied at 20-2-2024 09:06 AM
Sebat hudud ni sama mcm sebat kes jenayah ke? Yg sebat jenayah sampai hancur bontot

aku ingat tak sama tetapi kena sebat depan ramai orang.. ada perisa cili api disitu
Quote LadyCarefree 20-2-2024 09:18 AM
Mengarut betul. Benda mcm ni xkan berlaku kat Perlis.
Quote abas8888 20-2-2024 09:32 AM
yg pempuan tu kenapa tak kena apa2? Ke tak masuk berita je? Non muslim ke?
Quote ifanonline 20-2-2024 09:41 AM
alhamdulilah, sebat ikut undang2 syariah
Quote oilumiun 20-2-2024 10:20 AM
Sangat bagus untuk kembali ke tapak anda berikutan ketidakhadiran yang berlarutan.

fnaf
Quote Thunderclouds 20-2-2024 10:25 AM
Mat sabu sinnyumm sinis
Quote supernaturalee 20-2-2024 10:32 AM
shernazz replied at 20-2-2024 07:30 AM
Lampin Anak Jadi mangsa ..
Jenuh nak Cari tu

habis la x boleh tdo budak tuuuuuuuu




Quote asmurai 20-2-2024 10:39 AM
Kensel aku nak balik duduk Terengganu. Susah kalau nak buat apa apa urusan kerja macam ni, kalau ada emergency ke hape ke, ada ular masuk dalm rumah, minta tolong orang tangkapkan ular ke apa ke, dah kena tangkap pulak. Ada saja mata yang duk perati, duk skodeng kita buat apa, nak mengenakan kita. Serba tak kena dibuatnya. Breach of personal privacy.
Quote krustykrab 20-2-2024 10:42 AM
felinecat replied at 20-2-2024 06:53 AM
Kalau yg kena tangkap, mesti yg b40 ke bawah kan. Yg atas2 berkhalwat ????

Yg atas² dikecualikan krn mereka kebal dan tiada yg berani  menghukum mrk even mufti sekalipun.
Quote krustykrab 20-2-2024 10:44 AM
abas8888 replied at 20-2-2024 09:32 AM
yg pempuan tu kenapa tak kena apa2? Ke tak masuk berita je? Non muslim ke?

Biasa kan dok tayang muka & nama pesalah pompuan je..ni bior le jantan ni sorg malumaluin..aku sokong je tak dedahkn wanita tersebut.
Quote Sakiyurai 20-2-2024 10:45 AM
Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.


Oooh, pernah buat sebelum ni. Memang kena sebat laa sebab degil.
Quote KiddInc 20-2-2024 10:51 AM
alhamdulillah...meskipun xbyk n x berat hukumannya...setidak2 nya telah dikuatkuasakan ikut undang2 syariah tempatan...lagipon ini kali kedua kan buat onar...yg penting pesalah dah dihukum di dunia x kira la hukum syariah atau takzir...
Quote CARI-HBZ 20-2-2024 11:36 AM






Kuala Terengganu: Buruh binaan menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu yang dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.


Tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, turut didenda RM3,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.


Keputusan dibuat Hakim Syarie Hamidi Shafie selepas lelaki itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002 kerana berkhalwat.


Hukuman sebat dikenakan berikutan ia kesalahan kedua tertuduh dan akan berlangsung di penjara selepas tamat tempoh rayuan.


Tertuduh juga dihantar ke penjara kerana gagal menjelaskan denda.


Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Muhamad Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.


Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.


Mengikut pertuduhan, Mohd Affendi didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita berusia 30-an di sebuah premis kosong di Kemaman antara jam 1.10 pagi hingga 2.15 pagi, 25 Januari lalu.


Sumber : Harian Metro
Quote Skuau 20-2-2024 11:45 AM
orng suh kawad la bkn khalwat..kan dh kena..
Quote Samerosie 20-2-2024 11:57 AM
pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002 kerana berkhalwat.

Hukuman sebat dikenakan berikutan ia kesalahan kedua tertuduh dan akan berlangsung di penjara selepas tamat tempoh rayuan.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Ini bukan hudud der...hukuman takzir jenayah syariah kan.  Kena sebat sebab committed the offence twice.

Quote Decaffeinated 20-2-2024 12:29 PM
Offer la pemandulan percuma. Separuh masalah dunia selesai.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.124535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top