CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tiada Katil & Aircond”- Individu Rakyat Malaysia Luah Rasa Terkejut Harga Bilik Sewa ‘Kosong’ Di Singapura Naik Hingga RM2K

19-2-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26166| Komen: 54

Description: Melalui satu hantaran di Facebook baru-baru ini, tular perkongsiaan seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila sewa sebuah bilik di Singapura dinaikkan dengan sangat ketara.

Melalui satu hantaran di Facebook baru-baru ini, tular perkongsiaan seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila sewa sebuah bilik di Singapura dinaikkan dengan sangat ketara.

Difahamkan dari laporan MS News, keluhan individu itu diserta dengan gambar bilik yang tiada katil dan hanya dilengkapi dengan tilam sahaja.


Individu identiti yang tidak didedahkan itu berasa terkejut apabila harga sewa melonjak daripada S$500 kepada S$650 sebulan (RM2,300).

Biarpun harga sewa dinaikan secara mendadak, penyewa itu pasrah dan terima seadanya sambil menyatakan “ini adalah satu-satunya cara untuk bekerja keras di bandar ini di mana setiap inci tanah adalah seperti emas.”


Sekadar info, bilik berkenaan tidak mempunyai kemudahan asas seperti rangka katil atau penghawa dingin dan hanya dihiasi dengan cadar dinasour serta permaidani Mickey Mouse.

SUMBER : MS News

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayangselamah 19-2-2024 11:53 PM
Oklah tu kata gaji rm10k sebulan tolak sewa rm2300.banyak lagi balance
Quote pearl.silver 20-2-2024 01:05 AM
Untuk org sgpore sendiri, nilai sgd650 tu tinggi ke tak?
Quote kotakbaju 20-2-2024 01:13 AM
Kalau setakat tido sorang, kalau iols ok je la. Tak kisah la atas katil ke, atau atas lantai ke, yang penting buleh tido lena recharge tenaga balik untuk bangun keje esok tu.

Kalau tido atas katil tilam empuk ada ekon pun, kalau asyik stress mikior hal keje, sampai jadik burung hantu pun tak guna jugak.
Quote batmana 20-2-2024 06:02 AM
Sebab tu Bangla bilik cmni muat 3,4 org
.pstu bole anta duit rm4k.sebulan kt keluarga dia.
Quote Tinot7 20-2-2024 06:04 AM
Baper sewa sana? Mmg lagu ni ka?
Quote sayurmayur88 20-2-2024 07:36 AM
okay le kot, dah nak dapat gaji tinggi kan??? itulah harga yg harus di bayar...
Quote shernazz 20-2-2024 07:37 AM
Dari ulang alik Awal pagi Sampai Malam...
Baik dok bilik tu.tapi kalau iols .MCM tak berapa kalau tido atas lantai begitu .
Better letak karpet beso n.letak tilam.di atas nya...huhu
Quote green~tea 20-2-2024 07:42 AM
Gaji 65k sebulan tak luak lah kalo takat sewa bilik lagu ni.. cari le bilik elok sikit... singapore tu sekangkang kera je.. duduk celah bedah mana pun dekat ada public transport acces ke ofis...
Quote little_sis 20-2-2024 08:04 AM
Permaidani mickey mousenya kecik benar.. ke alas kaki..
Quote cmf_premierleag 20-2-2024 08:07 AM
Mcm rumah urut yg kene serbu dgn 999 tu je
Quote cm_vungtau 20-2-2024 08:35 AM
Ler memang gitu la harganya dari dulu pun. Tetiba aje nak terkejut
Quote ninja boy 20-2-2024 08:53 AM
Katil portable byk di pasaran
katil dan perabot permanent tuan rumah tiada kerja angkat atas keluar duit angkat turun keluar duit juga
Quote LadyCarefree 20-2-2024 09:06 AM
cm_vungtau replied at 20-2-2024 07:35 AM
Ler memang gitu la harganya dari dulu pun. Tetiba aje nak terkejut

Kan? Naiklah sewa sbb Msian pun asyik flex konon kerja sana gaji besar dapat nyimpan banyak. Better tuan2 rumah sana charge lebih.
Quote ketambangkang 20-2-2024 09:12 AM
sbb tu rakyat msia yg keje SG byk sewa bilik/rmh kat jb je..cari yg berdekatan dgn BSI
Quote ninja9 20-2-2024 09:20 AM
cm_vungtau replied at 20-2-2024 08:35 AM
Ler memang gitu la harganya dari dulu pun. Tetiba aje nak terkejut





Quote ezacbee 20-2-2024 09:25 AM
Gaji besar kann... Cukup bulan kita enjoy!!!

Quote songket_merah 20-2-2024 09:27 AM
ketambangkang replied at 20-2-2024 09:12 AM
sbb tu rakyat msia yg keje SG byk sewa bilik/rmh kat jb je..cari yg berdekatan dgn BSI

BSI tu apa nama? teruk tak keje kat spore?
Quote prettyuglybabe 20-2-2024 10:13 AM
standard la tu harga bilik sewa..
jangan convert la..
kat sini kalau condo area mahal pun sama je..
lagi mahal dari kat sg..
nak murah flat sarang burung je..
dalam 800 900 dapat la satu rumah..
kalau pandai cari and deal dengan owner terus, boleh la dapat murah..
tu pun kalau owner jenis tak berkira dari rumah kosong takde hasil..
Quote aechae 20-2-2024 10:21 AM
Apa beza dgn sewa bilik kt sini serupa stor caj 400-500 sebulan or sewa 400 dpt bilik balkoni...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066346 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top