CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dikecam Persoal Konvoi ATM Guna Lorong Kanan

18-2-2024 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7413| Komen: 46

Description: PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mempersoalkan konvoi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan laluan paling kanan di lebuh raya menerima kecaman orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mempersoalkan konvoi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan laluan paling kanan di lebuh raya menerima kecaman orang ramai.

Melalui sebuah video berdurasi satu minit 34 saat yang tular di media sosial, memaparkan lelaki berkenaan yang sedang memandu telah merakam beberapa kenderaan milik ATM yang memandu secara perlahan di lorong kanan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku.

“Bang, nak konvoi memang duduk sebelah kanan ya? Tak boleh duduk lorong tengah ya? Kasihan orang belakang nak memotong tak boleh.

“Nak tanyalah, aku tak tahu undang-undang jalan raya. Kau orang memang boleh duduk lorong kanan ke?,” soal lelaki itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan tidak menghormati pasukan ATM yang sedang melaksanakan tugas mereka.


“Untuk pengetahuan mudah, jika ATM ikut lorong kiri, maka sentiasa berlaku untuk memotong lori awam di hadapan. Maka boleh membahayakan pengguna jalan raya lain kerana ATM perlu bergerak secara berkumpulan,” kata Khalifah.

“Pada perakam, tak perlu faham undang-undang, tetapi cukup menjadi rakyat yang faham tanggungjawan dan kepentingan barisan hadapan yang siap-siaga menjaga keamanan negara,” kata Mohd. Azizan.

“Bukan hari-hari nak kena ikut belakang konvoi ATM. Yang kamu merakam semasa memandu boleh ke? Tanya saja,” kata Firdaus.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 18-2-2024 09:25 PM
Lerrrr so stupid mamat ni. Where did this idiot come from.
Gitu lah jadi askar. Buat keje kena hamun, x buat keje pun kena hamun.

Sabar jer lahhhh.
Quote Decaffeinated 18-2-2024 09:39 PM
Betul la dia persoal. Ko askar ka polis ka kalau slow ikut lah kiri, ambulan nak laju ikut kanan.

Apa kena mengena dengan front liner bagai.
Quote Carcosa 18-2-2024 09:41 PM
Bebal punya jantan.
Kau laju2 nak pegi mana? Halah setakat pakai MyBabi, nak laju mana lah pun kan? Acah2 je laju, sbb body pakai tin Milo, tu yg bila tekan minyak, rasa laju sgt2, sbb melayang. Hentam batu sikit, dah berkedut Body mcm kulit nenek 90 tahun
Quote VespaSilbe 18-2-2024 09:43 PM
Kenderaan berat ikut kiri kan..
Quote Triple_8 18-2-2024 09:49 PM
Ramai pengundi PH tak baca habis artikel.
Quote hyie 18-2-2024 10:49 PM
citer dia, orang ni persoal dah kenapa truck tu semua duduk lane paling kanan kalau dah tahu nak bawak slow gitu...orang patutnya slow gitu duduk lane paling kiri atau lane tengah at least.

Disebabkan truck ni semua, orang belakang semua jam pastu trafik slow.

so orang tu pun buat video la untuk tanya secara terus, kenapa diorang tu semua duduk kat lane paling kanan?

aa gittew citer dia nokss
Quote ujio 18-2-2024 10:55 PM
Ada video abg askar dh menjwbbb...marah diaa...

[youtube]7wewZGkuiek?si=-XyK2pATxjaDbtxc[/youtube]
Quote kitaserupaaa 18-2-2024 11:28 PM
Bukan setakat konvoi atm yg guna trak / lori askar je mcm ni, konvoi bas2 yg bawak polis, askar beramai2 mcm masa perarakan hari merdeka pun konvoi lorong kanan. Pasrah je la
Quote tumpanglalu74 18-2-2024 11:29 PM
Sora pon macam mabok ketom ade hati nak bertanye..  Ini musti spesis yang hengat abam2 askar udah tak dapat pencen ni lalu sesenang je ko pandang dorang sebelah mata.
Quote scorpionkiki 18-2-2024 11:39 PM
Tak sedar diri...negara kita aman ni sbb askarlah jaga sempadan...jgn take them for granted. Kalau tak appreciate depa pun jgn mengutuk depa. Bnyk depa berkorban utk kita senang dlm rumah kita ni
Quote jejai 19-2-2024 12:39 AM
Bodoh.macam la hari2 askar konvoi.dorang siang makm tak tidur jaga negara itu pun nak bising
Quote FOTHER-MUCKER 19-2-2024 02:05 AM
Oh baru saya tau berbeza dengan uk

[youtube]H-_4bFbAigE?feature=shared[/youtube]
Quote sayurmayur88 19-2-2024 07:30 AM
dia tanya jer kot(?) sebb mmg normalnya kenderaan berat di arah ikut lorong paling kiri kan?
Quote pokokmeranti 19-2-2024 07:37 AM
Nie rasanya area slim river nie. Mcm I kena hari tu. Mmg slow pergerakan. Ada amaran 'bawa muatan bahan letupan'.. mungkin ini kejadiannya.
Quote snowflakes 19-2-2024 07:41 AM
Tapi kan kalau dah tahu nak bawa slow, apa salahnya drive sebelah kiri... nak exit pun belah kiri juga nanti... kan elok tunjuk contoh yang baik atas jalanraya... kanan untuk memotong atau laju... kiri untuk slow... ego manusia ni kadang2 tak rasional
Quote azimodin 19-2-2024 08:20 AM
Aku biasa drive highway arah PD Nilai. Jarang nampak geng2 ni duduk kanan sekali. Selalunya lorong tengah la. Yang lorong kanan tu laju juga, xde la slow sangat. Masa musim rehearsal merdeka lagi la kerap nampak geng dorang ni tapi aku xde rasa menyusahkan pon. Lagi menyusahkan lori purple Nozom* yang selalu bawak macam pelesit. Aku bawak 120 kat lorong tengah pon dia hon2 & high beam. Hanat sangat
Quote zasrfikri 19-2-2024 08:52 AM
org duk persoal nape trak tentera lane kiri tu bodoh & selfish. bukan hari2x tu lalu situ. maybe ada reason berkaitan keselamatan & etc which is sometimes public x perlu tahu pun sbb public ni kecoh je lebih dan tak membantu pun. facts. trak tentera besar kut & lazimnya jalan konvoi. bagus jugak dapat elak kete kete & lori halanat bawa laju & potong macam pelesit. kalau ada ambulans, takdenya trak tentera lalu situ pun.
Quote aLieNzDaToR 19-2-2024 10:03 AM
Edited by aLieNzDaToR at 19-2-2024 10:05 AM

Mungkin ini sebabnya. Kadang2 ada konvoi tentera yg berada di lane tengah dan kiri. Utk kes ni, berada di lane kanan

Quote kucingitam 19-2-2024 10:48 AM
betullah tu dia tanya gitu..rakyat malaysia masa belajar memandu pun diberitahu kenderaan berat ikut kiri... jujurnya aku pun tak tau ada pengecualian pada trak tentera etc.. sbb yg kita tau, lorong kanan tu lorong memotong, lorong laju..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059663 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top