CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong KL Lemas Ditarik Ombak Di Pantai Batu Burok

18-2-2024 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14262| Komen: 171

Description: KUALA TERENGGANU – Keseronokan seorang lelaki bersiar-siar bersama keluarganya di gigi pantai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok di sini hari ini ...

KUALA TERENGGANU – Keseronokan seorang lelaki bersiar-siar bersama keluarganya di gigi pantai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.31 pagi tersebut, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditarik ombak besar musim tengkujuh itu sambil disaksikan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44, dan dua anak mereka.

Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusmizan Yusof berkata, sepasukan 13 anggota bomba termasuk
pasukan penyelamat di air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes lemas tersebut.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama keluarganya berasal dari Kuala Lumpur yang bercuti di negeri ini sejak Jumaat lalu sedang berkelah di tepi pantai berkenaan.

“Mereka dikatakan kemudiannya bersiar-siar di tepi pantai sebelum tiba-tiba datang ombak besar yang menarik mangsa ke tengah laut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.


Yusmizan berkata, gerakan mencari Zulkarnain sedang giat dilakukan dalam radius 20 meter dari kawasan pesisir pamtai.

Tambah beliau, setakat ini, operasi menumpukan pencarian di permukaan air.

“Kita berdepan cabaran dalam pencarian di air ini ekoran ombak besar dan arus kuat pada penghujung Monsun Timur Laut ini,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-2-2024 07:12 PM
Ayoyo
Bior betul bersiar2 boleh kena Tarik...
Tapi iols pung mmg takkan Mandi sini..sebab takut..haha...
Jalan2 tepi tu Ada lah...
Quote tumpanglalu74 18-2-2024 07:20 PM
ATTENTION!

Pantai Ganu memang takleh mandi..  Batu Burok ni lagi la terok.  
Quote krustykrab 18-2-2024 07:23 PM
Tertarik dgn nama bini arwah..mcm tajuk  novel
Quote Perawankota 18-2-2024 07:24 PM
Klu tgk gambar bini arwah, dia pakai baju renang muslimah tu.. agaknya memang dorg Mandi lah tu… musim2 monsun ni elakkanlah mandi2 Kat laut..
Quote delia3003 18-2-2024 07:29 PM
Ingatkan mandi, jalan tepi2 je.

I balik kg bulan 12 hari tu, ombak kuat, cuma boleh tengok pantai dari jauh je.
Quote noor2 18-2-2024 07:34 PM
Knp la x serik2 dgn kisah kematian org lain...dah la bawak anak2...ombak kat batu burok tu mmg ganas..kat itm dungun pun sama..mmg bukan tempat untuk beriadah atau berkelah apatah lagi mandi
Quote putericahaya999 18-2-2024 07:59 PM
Pantai batu buruk bukan utk mandi
Nak mandi kena g pantai kekabu
Quote imanjannah 18-2-2024 08:13 PM
innalillahwainnalillahirojiun..
Quote 18-2-2024 08:17 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

kalau tengok ombak mmg tak boleh dekat2 pantai tu.kenapa la berani sangat
Quote dagusengett 18-2-2024 08:18 PM
Innalillah
Masih tenkujuh kan
Lepas bulan 3 baru ok cuaca nanti
Quote cikmouse 18-2-2024 08:21 PM
Tgk ombak pun dh takot...apa tah lgk nk g bjalan kt tepian pantai...huuuuuuuu...apa2 pun...salam takziah...
Quote little_sis 18-2-2024 08:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat, semoga isteri & anak2 beliau tabah..
Quote insulin 18-2-2024 08:36 PM
delia3003 replied at 18-2-2024 07:29 PM
Ingatkan mandi, jalan tepi2 je.

I balik kg bulan 12 hari tu, ombak kuat, cuma boleh tengok pantai  ...

Kg dekat mana?
Quote noor2 18-2-2024 08:38 PM

[youtube]yfuq7J1Uy4Q?si=DVHoWWShp1Z9SdaY[/youtube]
Quote Manusiabesa 18-2-2024 08:43 PM
Lah ada pulak hotel tepi laut tu?? Aku p last year tp laut lain, batu pelanduk dan penarik. Serius aku xnmpk ada hotel pun
Yg ada cuma rumah penduduk kg. Laut mcm laut public so xda hotel pun.

Innalillah..
Time aku p last year mmg bulan 2 jugak..mmg tgh angin monsun.... dh nengok laut nya ombak tinggi dan kuat, onglen pun xda yg mandi, so aku xmndi la.. even xda signboard larangan, tp ko ada otak ko pkir la situ kira safe ke x...xda org tu maknanya xleh mandi. Rajin jln jauh sikit, jumpa laut lain yg landai, org ramai, mandi la situ...nk men pasir ke apa ke ber aktiviti di situ.
Quote noor2 18-2-2024 08:44 PM

[youtube]LSgJ287oLAM?si=j9w62panhdq3Grqt[/youtube]
Quote noor2 18-2-2024 08:46 PM
Manusiabesa replied at 18-2-2024 08:43 PM
Lah ada pulak hotel tepi laut tu?? Aku p last year tp laut lain, batu pelanduk dan penarik. Serius a ...

Ada la hotel...resort situ ada..bukanla hotel mewah..ada swimming pool juga kat hotel tu....hotel batu burok beach resort
Quote Zack8hunter 18-2-2024 09:13 PM
teringat dulu berita psl bakal pengantin yg lemas kt pantai ganu belakang resort yg dia duduk..padahal dah nk kawen esok harinya
Quote sakitperut 18-2-2024 10:15 PM
Pantau Ganu mmg x leh mandi. Kalau nak mandi gi teluk.

Lihat semua komen(171)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.072274 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top