CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Sky Musallah’, Surau Tertinggi Dalam Dunia Kini Dibuka Di Arab Saudi

24-1-2024 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9049| Komen: 15

Description: Untuk makluman ramai, Jabal Omar Makkah membuat pengumuman bahawa ruang solat tertinggi menghadap Kaabah telah pun dibuka.


Untuk makluman ramai, Jabal Omar Makkah membuat pengumuman bahawa ruang solat tertinggi menghadap Kaabah telah pun dibuka.

Ruang solat yang digelar sebagai Sky Musallah itu merupakan surau tertinggi dalam dunia dan ia diikhtiraf oleh Guinness World Records.

Berjaya memasuki rekod dunia terkemuka, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Jabal Omar meluahkan rasa bangga dengan pencapain tersebut.

"Dengan lokasi utamanya yang berpusat di menara berkembar hotel, Sky Mussallah benar-benar mempesonakan dan mesti dikunjungi oleh semua orang yang melalui bandar ini".



Difahamkan, ruang solat Sky Musallah ini mampu memuatkan seramai 520 orang yang mahu menunaikan solat pada bila-bila masa.


Bahkan, surau yang mempunyai ketinggian 483 meter ini juga menyajikan pemandangan eksklusif iaitu Kaabah serta mercu lain di Mekah.

"Ia telah direka khas untuk menawarkan hubungan yang tulus dengan persekitarannya yang suci, memberikan pemandangan Masjid Al-Haram dengan pemandangan penuh Kaabah di mana seluruh bandar menjadi hidup setiap tahun semasa musim Haji dan Umrah".

Tambahan lagi, design kaligrafi Arab juga menakjubkan kerana setiap kaligrafi yang dicoretkan menceritakan kisah tentang nama-nama Allah SWT yang berbeza.

SUMBER : Arab Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-1-2024 06:34 PM
Sokmo lah nak kena telan air liur dak?
Sebab tinggi sangat...huhu
Quote stingerpressor 24-1-2024 06:38 PM
shernazz replied at 24-1-2024 06:34 PM
Sokmo lah nak kena telan air liur dak?
Sebab tinggi sangat...huhu

Lebih tinggi bermaksud bila solat, you are closer to your Creator, Arasy Nya...fahaman terkehel anak jiran aku yg 3 tahun...

Quote alesandra 24-1-2024 06:58 PM
Satu soklan yg mungkin xde kena mengena.raja salman tu dah mati ke?
Quote Rogue98 24-1-2024 09:59 PM
Takper lah...aku gayat....solat kat bawah jer lah
Quote syamzana 24-1-2024 10:15 PM
dgn harapan doa cepat naik kelangit ke caner???
Quote sharlenetexas 24-1-2024 11:40 PM
Kenangan kat surau tower 2 twin tower. Level 42 kot. Tak ingatlah. Rasa tenang kat situ. Masa Asar, Maghrib intai2 kat tabir kalau2 saf lelaki sembahyang jemaah boleh join sekali. Kadang2 terus Isyak. Lepas tu makan. Balik rumah mandi dan tido

Quote ninja boy 25-1-2024 12:17 AM
X tinggi, view bagus
Quote Sazreena 25-1-2024 12:36 AM
Kiamat makin dekat...
Quote Buritan 25-1-2024 06:01 AM
sharlenetexas: Kenangan kat surau tower 2 twi ...


Tak gayat kee.. Aku hari tuu kat genting depa bg tingkat 40 mcm tuu laa.. Aku tak boleh jln.. Aku merangkak.. Ujung ujung amik tingkat 10 mcm tu laa.. Siap kena isi  borang tak leh claimn duit.. Tingkat 40 tuu bilik mahai
Quote Kurex 25-1-2024 08:06 AM
sharlenetexas replied at 24-1-2024 11:40 PM
Kenangan kat surau tower 2 twin tower. Level 42 kot. Tak ingatlah. Rasa tenang kat situ. Masa Asar,  ...

Iols semedang kena jadi imam utk jantan2..
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:36 AM
fuh! surau with a view
Quote Decaffeinated 25-1-2024 01:47 PM
PNB118 tu bangunan isle mesti ada surau. Silalah panggil Guinness mai check boleh sailang title.
Quote sharlenetexas 26-1-2024 08:51 PM
Buritan replied at 25-1-2024 06:01 AM
Tak gayat kee.. Aku hari tuu kat genting depa bg tingkat 40 mcm tuu laa.. Aku tak boleh jln.. Aku  ...

Best sangat sis. Kalaulah iols ada peluang lagi untuk merasanya.

Quote antikorok 27-1-2024 12:04 AM
Misleading yakmat!
Cuma 161 meter ketinggian dari aras tanah jahhh. 483 meter ​tu dari aras laut.

Kalu gitu tanah ayer ni pun boleh pecah rekod buat ruang solat kat kat Guncak Gunong Jerai, lagi tinggi daripada sky musalla ni kalu ukor dari aras laut.

Title yang sebetolnya dapat hadalah, world's highest suspended prayer area (ruang solat gantung tertinggi di dunia), bukan ruang solat tertinggi di dunia dari aras laut. Yihh.

Siakap Keli jugekk yg spesifik lapor yg lebih tepat.

Arab Saudi Buka Ruang Solat Gantung Tertinggi Di Dunia
https://siakapkeli.my/2024/01/23/arab-saudi-buka-ruang-solat-gantung-tertinggi-di-dunia/
Quote Buritan 27-1-2024 09:41 AM
sharlenetexas replied at 26-1-2024 08:51 PM
Best sangat sis. Kalaulah iols ada peluang lagi untuk merasanya.

Oklaa mcm tu.. aku ni gayat

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053265 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top