View: 9959|Reply: 15
|
‘Sky Musallah’, Surau Tertinggi Dalam Dunia Kini Dibuka Di Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Untuk makluman ramai, Jabal Omar Makkah membuat pengumuman bahawa ruang solat tertinggi menghadap Kaabah telah pun dibuka.
Ruang solat yang digelar sebagai Sky Musallah itu merupakan surau tertinggi dalam dunia dan ia diikhtiraf oleh Guinness World Records.
Berjaya memasuki rekod dunia terkemuka, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Jabal Omar meluahkan rasa bangga dengan pencapain tersebut.
"Dengan lokasi utamanya yang berpusat di menara berkembar hotel, Sky Mussallah benar-benar mempesonakan dan mesti dikunjungi oleh semua orang yang melalui bandar ini".
Difahamkan, ruang solat Sky Musallah ini mampu memuatkan seramai 520 orang yang mahu menunaikan solat pada bila-bila masa.
Bahkan, surau yang mempunyai ketinggian 483 meter ini juga menyajikan pemandangan eksklusif iaitu Kaabah serta mercu lain di Mekah.
"Ia telah direka khas untuk menawarkan hubungan yang tulus dengan persekitarannya yang suci, memberikan pemandangan Masjid Al-Haram dengan pemandangan penuh Kaabah di mana seluruh bandar menjadi hidup setiap tahun semasa musim Haji dan Umrah".
Tambahan lagi, design kaligrafi Arab juga menakjubkan kerana setiap kaligrafi yang dicoretkan menceritakan kisah tentang nama-nama Allah SWT yang berbeza.
SUMBER : Arab Times |
|
|
|
|
|
|
|
Sokmo lah nak kena telan air liur dak?
Sebab tinggi sangat...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 24-1-2024 06:34 PM
Sokmo lah nak kena telan air liur dak?
Sebab tinggi sangat...huhu
Lebih tinggi bermaksud bila solat, you are closer to your Creator, Arasy Nya...fahaman terkehel anak jiran aku yg 3 tahun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu soklan yg mungkin xde kena mengena.raja salman tu dah mati ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takper lah...aku gayat....solat kat bawah jer lah |
|
|
|
|
|
|
|
dgn harapan doa cepat naik kelangit ke caner??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan kat surau tower 2 twin tower. Level 42 kot. Tak ingatlah. Rasa tenang kat situ. Masa Asar, Maghrib intai2 kat tabir kalau2 saf lelaki sembahyang jemaah boleh join sekali. Kadang2 terus Isyak. Lepas tu makan. Balik rumah mandi dan tido
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Kenangan kat surau tower 2 twi ...
Tak gayat kee.. Aku hari tuu kat genting depa bg tingkat 40 mcm tuu laa.. Aku tak boleh jln.. Aku merangkak.. Ujung ujung amik tingkat 10 mcm tu laa.. Siap kena isi borang tak leh claimn duit.. Tingkat 40 tuu bilik mahai |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 24-1-2024 11:40 PM
Kenangan kat surau tower 2 twin tower. Level 42 kot. Tak ingatlah. Rasa tenang kat situ. Masa Asar, ...
Iols semedang kena jadi imam utk jantan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
PNB118 tu bangunan isle mesti ada surau. Silalah panggil Guinness mai check boleh sailang title.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 25-1-2024 06:01 AM
Tak gayat kee.. Aku hari tuu kat genting depa bg tingkat 40 mcm tuu laa.. Aku tak boleh jln.. Aku ...
Best sangat sis. Kalaulah iols ada peluang lagi untuk merasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Misleading yakmat!
Cuma 161 meter ketinggian dari aras tanah jahhh. 483 meter tu dari aras laut.
Kalu gitu tanah ayer ni pun boleh pecah rekod buat ruang solat kat kat Guncak Gunong Jerai, lagi tinggi daripada sky musalla ni kalu ukor dari aras laut.
Title yang sebetolnya dapat hadalah, world's highest suspended prayer area (ruang solat gantung tertinggi di dunia), bukan ruang solat tertinggi di dunia dari aras laut. Yihh.
Siakap Keli jugekk yg spesifik lapor yg lebih tepat.
Arab Saudi Buka Ruang Solat Gantung Tertinggi Di Dunia
https://siakapkeli.my/2024/01/23/arab-saudi-buka-ruang-solat-gantung-tertinggi-di-dunia/ |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 26-1-2024 08:51 PM
Best sangat sis. Kalaulah iols ada peluang lagi untuk merasanya.
Oklaa mcm tu.. aku ni gayat |
|
|
|
|
|
|
| |
|