View: 16141|Reply: 19
|
Isteri Shuk Sahar Dinasihat Gugur Kandungan Sebab Masalah Jantung
[Copy link]
|
|
SUSULAN masalah jantung dihidapinya, isteri pelawak Shuk Sahar dinasihatkan menggugurkan kandungannya yang kini sudah mencecah lima bulan.
Meletakkan soal ajal di tangan Allah, Fara, 33, tetap dengan pendirian mahu mempertahankan kandungannya walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.
“Selepas berbincang dengan mak dan ayah serta pihak hospital, saya menolak ‘membuang’ kandungan ini apatah lagi janin sudah semakin besar.
“Saya sanggup teruskan walaupun risikonya adalah kematian atau bayi dilahirkan pra matang.
“Ada rezeki dapatlah saya tengok anak ini nanti. Apa pun saya mahu selamatkan anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Berkongsi tentang kesihatannya, Fara memberitahu ketika ini keadaannya kurang baik dan terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Malah kata Farah, dia sekali lagi dikejarkan ke hospital pada pagi Jumaat disebabkan masalah jantung dihidapinya.
“Saya masuk wad 7 Februari lalu disebabkan pendarahan dalam rahim, daripada situ doktor mula mengawasi kandungan saya dengan teliti.
“Alhamdulillah pendarahan sudah okay tetapi sekarang masalah jantung saya pula… Hari ini (Jumaat) sudah tiga kali saya masuk hospital kerana masalah jantung,” ujarnya.
Ditanya tentang Shuk, Fara memberitahu pelawak itu mengetahui masalah kesihatan dihadapi namun tidak pernah ambil peduli tentangnya.
Bagaimanapun kata Fara, dia enggan menghubungi Shuk kerana tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan mereka suami isteri.
“Saya sendiri tidak hubungi dia sebab dia sendiri pun tak mahu ambil tahu fasal saya.
“Bila berhubung akan mengeruhkan keadaan. Tanya khabar pun paling-paling kena tengking, kena caci sahaja,” katanya.
Pada November tahun lalu, Fara mendedahkan mempunyai masalah jantung dan terkejut apabila dia disahkan hamil ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
Kata Fara, dia sepatutnya menjalani operasi pembedahan jantung, namun prosedur itu ditangguhkan.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Sumber: mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
adakah kurma seperti iklan yusof taiyoob sempena ramadhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Esok puasa. Malas nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la nanti boleh la guna anak untuk psiko2 ugut2 Shuk kan kataku jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
kena bawa bertenang
jangan dok ngamok2 gaduh2
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-3-2025 04:02 PM
Ye la nanti boleh la guna anak untuk psiko2 ugut2 Shuk kan kataku jahat.
Exactly..iols terus terfikir camni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 5 bulan ke gambar p europe tu nampak macam dah 6-7 bulan bulat dah perutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan ni pernah menipu kata dia ada sakit kronik, pernah menipu kata dia pregnantkan anak Kecik, pernah menipu dah kawin kat Siam dgn Shuk etc etc. Siapa percaya dia bodoe |
|
|
|
|
|
|
|
Bullshit. Nak tarik perhatian laki dan nampak lemah dan innocent di mata masyarakat je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo kiranya dia dah lama la ada masalah jantung? Tp xtakut pon buat maksiat sblm kahwin tu? Dan xfikir pon psal jantung masa ngambik barang?? |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 2-3-2025 12:08 AM
Pompuan ni pernah menipu kata dia ada sakit kronik, pernah menipu kata dia pregnantkan anak Kecik, p ...
Betul tu. Track record buruk macam minah ni baik tak payah percaya la. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 2-3-2025 02:05 AM
Oo kiranya dia dah lama la ada masalah jantung? Tp xtakut pon buat maksiat sblm kahwin tu? Dan xfiki ...
mengandung je dpt tau mcm2 msalah kesihatan...xda nya hari2 biasa nak g medical checkup... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo org lain mybe la rasa kesian..
Tp dgn ko ni google nama je mcm2 keluar dr dulu..cmna la parents ko hadap sanak saudara org kampung, tabah betul diorg..sayangi la parents ko tu..buat masa I'm sure diaorg je sentiasa ada utk ko |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh hidup mcm cerita dlm novel. |
|
|
|
|
|
|
|
kira dia tak kawin ke dengan syuk?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|