CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bukan Main Lagi Dekat Dapur, Aku Pun Tak Pernah Buat Dekat Situ’, Isteri Kantoi Bawa Balik Rakan Sekerja Masa Suami Outstation

24-1-2024 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13898| Komen: 47

Description: Kes kecurangan dalam rumahtangga semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja suami, malah isteri pun ramai yang curang dibelakang suaminya.
Gambar Sekadar Hiasan



Kes kecurangan dalam rumahtangga semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja suami, malah isteri pun ramai yang curang dibelakang suaminya.

Memetik OhBulan, seorang lelaki berasa kesal dan mendakwa isterinya berlaku curang ketika dia sedang bekerja di luar kawasan.

Menerusi luahan yang dikongsikan di platform X, individu tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan bersama lelaki lain.

Difahamkan isterinya membawa masuk rakan sekerja ke dalam rumah tanpa kebenarannya.

"Aku outstation lima hari dekat Langkawi. Aku ada pasang hidden camera dekat rumah dan dia (isteri) tak tahu pun dekat mana. Malam hari pertama, dia bawa kawan dia, aku faham dia sunyi tapi.."

"Hari kedua, ketiga dan keempat dia bawa seorang lelaki. Lelaki tu kawan sekerja dia. Masa hari kedua dia datang sekejap je. Hari ketiga dan keeempat mereka bermalam, sial kan?"


Tidak tahan dengan sikap isterinya, lelaki tersebut ketika ini sedang mengumpul bukti untuk membawa kes itu ke mahkamah.

"Aku tengah kumpul bukti lagi nak rujuk mahkamah. Lelaki tu pun aku tengok bukan main lagi bersama isteri aku dekat dapur, aku pun tak pernah buat dekat situ".

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam wanita berkenaan yang sanggup bermain kayu tiga semasa suaminya mencari rezeki.

Dalam masa yang sama, mereka menyokong tindakan lelaki tersebut dan mendoakannya agar urusan untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan dipermudahkan.

"Astaghfirullah, bro semoga kemenangan di pihak kau. Tolong jangan bagi muka dekat dua-dua tu , kumpul bukti, jatuhkan talak dan hantar juga bukti tu dekat syarikat dia orang kerja. Buat sampai dia orang jatuh terduduk bro".

"Lepaskan je perempuan macam tu. Tak faham aku dah ada laki nak juga ‘makan luar’, siap bawa masuk rumah sendiri pula tu tak ada rasa bersalah ke?"

"Sabar, jangan nampak stres sangat dan kekal tenang. Kumpul bahan bukti dulu lepas tu dah cukup kasi talak sama dia".

Apa pandangan korang bagi mengelakkan kecurangan dalam rumahtangga?

Sumber: Platform X

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 24-1-2024 08:54 AM
Bagus la pegi je mahkamah kalau xnak bagi peluang apa2
Quote B40tastePosh 24-1-2024 09:05 AM
Kumpul bukti...kalau dah ada bukti dia tak boleh nak tuntut harta sepencarian, tuntut hak jagaan anak dan tuntut apa apa ganti rugi .
Quote iolss 24-1-2024 09:13 AM
nauzubillahiminzalik.. smga keturunan kita dijauhkan dr hal2 mcm ni.
yg isteri tu pon,   smga keadilan dpt dituntut utk si suami tu. btabahla.
Quote Beribear 24-1-2024 09:15 AM
Hasanah???? Kau boleh je balik or call kalau nampak benda tu dari hidden camera kau kan. Dari awal kawin pon tak ada kepercayaan. Org bodoh je percaya cerita kau ni. Kalau bini kau buat sah² lah kau pon sama je. Jodoh tu cerminan diri sendiri
Quote Belibis 24-1-2024 10:30 AM
Sumber X..cerita pun xxx laaa..dah macam variasari pulak.
Quote Thunderclouds 24-1-2024 10:46 AM
Screenshot_20240121_194352_edit_7405988419593.jpg



Quote Pumpkinhead 24-1-2024 10:55 AM
bawa je bukti ke mahkamah terus
Quote SWORKS27 24-1-2024 11:01 AM
atau mungkin ini cerpen khayalan semata2 nak naik rating...
tapi, kecurangan itu benar.....
Quote seri_mawr 24-1-2024 11:10 AM
mmg ada je kes isteri curang...sejak dulu...
cuma dulu2 xde nak up dalam med sos ni...

skrg semua di hujung jari...up dulu baru amik tindakan...
semoga isteri n scandal di beri keinsafan...
semoga suami di beri kesabaran...

buat keputusan yang baik untuk kedua2nya...
tapi klu aku laki kantoi scandal...mmg tak la aku nak terima balik..sila nyah kau dari hidup aku..haa cam gitu...
Quote makadek 24-1-2024 11:10 AM
Aku penah kt dpor tgh2 masak laki aku naik gerammm situ gak aish
Quote weezerfan 24-1-2024 11:16 AM
Betina jalang mmg wujud ya..
Quote Decaffeinated 24-1-2024 11:27 AM
Siap pasang hidden camera? Sah lah hubungan memang bermasalah. Dah terlanjur bodoh kenapa tak share sekali gambar. Ada?
Quote Firenzza 24-1-2024 01:04 PM
Maybe sisuami blh bermuhasarawak diri, tgok dlm bideo tu, compare size kotey dgn brp lama bini ko &  kelig dia mendayung .......kot suma kriteria tu ko xde, baik lepaskan bini ko dgn cara baik......jgn ikut hati nak simen bini bla bla bla dh ko x kompeten kena terima la kekurangan diri......esok ko cari bini baru pun silap2 menda sama diulang
Quote nazurah 24-1-2024 01:12 PM
Firenzza replied at 24-1-2024 01:04 PM
Maybe sisuami blh bermuhasarawak diri, tgok dlm bideo tu, compare size kotey dgn brp lama bini ko &  ...


nak tersembur air kopi aku baca komen ko ni... haha
Quote miu84 24-1-2024 01:12 PM
Kenapa pasang hidden camera?
Quote akido_kido 24-1-2024 01:59 PM
Beribear: Hasanah???? Kau boleh je balik ...


Aku pun rasa.banyak media suka create story dari sumber ntah sape2.kadang tu macam cuthat ntah sendiri reka pun tak tau la..sebab berita macam ni memg netizen suka kecam
Quote gideoncross 24-1-2024 03:41 PM
Beribear replied at 24-1-2024 09:15 AM
Hasanah???? Kau boleh je balik or call kalau nampak benda tu dari hidden camera kau kan. Dari awal k ...

Kwn iol pun prnh bgithu klau kes2 cmni jgn prcya sngt, lgi2 klau stakat cmni sbb ada je yg sja2 buat crita sbb nak provok netz
Quote gideoncross 24-1-2024 03:42 PM
Belibis replied at 24-1-2024 10:30 AM
Sumber X..cerita pun xxx laaa..dah macam variasari pulak.

Aiol pun x prnh nak prcya crita cmni 100%, silap hribuln cuma nak burukkan kaum prmpuan je, biasalah kat dunia internet Meleis ni rmai sngt llaki mysogynists yg anti kat prmpuan tnpa sebab
Quote gideoncross 24-1-2024 03:43 PM
SWORKS27 replied at 24-1-2024 11:01 AM
atau mungkin ini cerpen khayalan semata2 nak naik rating...
tapi, kecurangan itu benar.....

Mmg utk rating pun, crita jnis cmni bca boleh prcya jgn

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054972 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top