CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Staf Tak Nak Annual Dinner, Bos Ganti Bagi Duit RM6k Seorang. "Pekerja Lama Atau Baharu, Semuanya Dapat Jumlah Wang Yang Sama,"

24-1-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14941| Komen: 50

Description: Kebanyakan syarikat pasti akan mempunyai acara-acara tahunan yang sering dibuat pada setiap tahun, kan? Daripada acara hari keluarga hinggalah ke annual dinner.


Kebanyakan syarikat pasti akan mempunyai acara-acara tahunan yang sering dibuat pada setiap tahun, kan? Daripada acara hari keluarga hinggalah ke annual dinner.

Walaupun tidak dinafikan acara-acara itu adalah satu peluang untuk mengenali rakan sekerja dan majikan anda dengan lebih lagi, tidak semua orang menyukainya.

Maklumlah, kadang-kadang ada antara mereka yang merupakan seorang introvert dan memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Jadi mereka mungkin tidak menggemari acara-acara tersebut.

Ada juga kemungkinan para pekerja yang sudah lali dengan majlis makan malam yang dilakukan. Mana tidaknya, konsepnya mesti sama iaitu mempunyai tema yang berlainan pada setiap tahun, ada cabutan bertuah, pakaian tercantik dan mungkin juga mempunyai pertandingan karaoke.

Kepada yang sudah bosan dengan majlis makan malam itu, anda mungkin akan teruja dengan apa yang dilakukan oleh seorang majikan ini.


Baru-baru ini, tular mengenai seorang majikan di sebuah syarikat yang telah memberikan duit kepada pekerja-pekerjanya.

Perkara itu telah diketahui melalui hantarannya di laman Facebook miliknya iaitu 楠哥哥 (NanGege). Melalui hantaran tersebut dia menyatakan bahawa dirinya telah membatalkan acara annual dinner di syarikatnya itu.

Katanya dalam hantaran itu, "Pada awal tahun ni, saya dah batalkan acara annual dinner di syarikat saya. Sebabnya adalah, pekerja saya kata mereka rasa tertekan untuk makan bersama pihak atasan yang lain,"

Dalam pada itu, dia sempat berseloroh mengenai kemungkinan para pekerjanya rasa diri mereka tidak bertuah kerana sering tidak memenangi hadiah yang lumayan dalam cabutan bertuah.

Menerusi ruangan komen hantaran itu, dia turut berkata, "Pekerja lama atau baharu, semuanya akan mendapat jumlah wang yang sama,"

Untuk pengetahuan anda, dia telah memberikan setiap pekerja sejumlah wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,667.57).

Selain itu, dia turut berkata, "Saya berfikir ia adalah sesuatu yang baik untuk mengubah syarikat ini untuk menjadi tempat kerja yang disukai pekerja,"

Wah! Tak ada annual dinner tetapi dapat duit? Mesti ramai yang teringin perkara ini dilakukan di syarikat masing-masing, kan?

Agak-agak, selain daripada majlis makan malam tahunan, acara apa lagi yang sebenarnya boleh dilakukan oleh syarikat? Cuba anda suggest sikit.

Sumber: 楠哥哥 (NanGege via Facebook

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 24-1-2024 09:27 AM
sebagai org lama dlm ofis
aku mmg prefer lah duit lagi dr dinner
tapi family day okay jgk
senang semua dh diuruskan
kau dtg bwk family je berjimba2
tp klu bdk muda sure la suka dinner
mlm kau boleh melaram dgn tema
+ boleh menang dpt duit lagi
Quote Tinot7 24-1-2024 09:29 AM
Aritu ada org nak cadang buat hari sukan interdepartmental.. iols tak berminat
Quote dua_chzy 24-1-2024 09:31 AM
chandrahusin replied at 24-1-2024 01:27 AM
sebagai org lama dlm ofis
aku mmg prefer lah duit lagi dr dinner
tapi family day okay jgk

Ex pengetua aiol punya la selfish narsisis, dia tak benarkan staf bawa family masa jamuan akhir tahun sekolah. Ntah apasal ntah. Sukor dah pindah. Semoga disusahkan di sekolah baru sebab ai binci sheols.
Quote green~tea 24-1-2024 09:34 AM
chandrahusin replied at 24-1-2024 09:27 AM
sebagai org lama dlm ofis
aku mmg prefer lah duit lagi dr dinner
tapi family day okay jgk

Dah beranak pinak anak below teens mesti prefer family day kannn....  suka tengok budak2 hepi, ada geng mak pak bleh rilek sikit.. kira quality time la

Budak2 bujang or makpak anak2 besor suka dinner sbb nak sewa baju bagai2 and mekap sekati amek gambo bebanyak, buat kenangan...
Quote midori888 24-1-2024 09:43 AM
sebagai seorg yg introvert, meols tak pnh attend company punya annual dinner, kalu stakat gathering dinner or farewell for meols punya dept jer, ada jugak...last year dept meols ada buat team building sessions, meols tak join pun...dah tua, tak kuasa nak buat activity lasak kat luar lagi...boss pun takde bunyi suh meols attend, org lain semua compulsory...
Quote Yoonggi 24-1-2024 09:45 AM
kalau aku diberi pilihan, ofkos laa aku pilih duit tu dr annual dinner. mgkn sbb aku ni introvert kot
Quote She-Ra 24-1-2024 09:54 AM
chandrahusin replied at 24-1-2024 09:27 AM
sebagai org lama dlm ofis
aku mmg prefer lah duit lagi dr dinner
tapi family day okay jgk

iols pun sama lebih prefer holiday!!!
kt office lama iols dulu, masuk tahun kedua, kekami (tea lady cum pa system boss) bersepakat mohon kt boss2 utk tukar acara tahunan kebiasaan berhibur bersama retis ke sponsor kami pergi bercuti. alhamdulillah permohonan kami diperkenan
dpt la merasa disponsor percutian dalam dan luar negara selama berkhidmat tu
Quote card_reader 24-1-2024 10:02 AM
aku suka dinner....boleh makan2, melaram mmg x la
Quote venom1 24-1-2024 10:08 AM
Tak pernah bertuah dalam Cabutan Bertuah. Daripada patah hati baik tak payah pergi acara-acara macam tu
Quote Suchi 24-1-2024 10:15 AM
chandrahusin replied at 24-1-2024 09:27 AM
sebagai org lama dlm ofis
aku mmg prefer lah duit lagi dr dinner
tapi family day okay jgk

Family day leh bawak family okla tp ada company buat family day tp staff tu je yg leh dtg takleh bawak family dia
Hanya boss je boleh bawak anak bini diaa hahaha
Gitulaah selalunya

Quote cantthinkofany 24-1-2024 10:24 AM
terbaekkkk.....not 100% staff mendapat manfaat dari company dinner...ada lucky draw...yg lucky je....baik bagi duit...ikut aku la nak manfaatkannya....tapiiiiiiiiii....yg sakitnya....company kena senaraikan dalam payslip...dah kena cukai la pulak.....
Quote Suchi 24-1-2024 10:31 AM
card_reader replied at 24-1-2024 10:02 AM
aku suka dinner....boleh makan2, melaram mmg x la

Iols pun serabut melaram2 ni tp mcm opis suami iols kalau company wat dinner kan taktau la style cina kot biasanya mkn2 ngn cabutan bertuah jelaa
Takde la beria nk kena melaram ikut tema itu ini, seingat iols sekali je kot depa kena melaram tu pun takde la beria sngat yg lelaki pakai blazer laa masa tu
Pastu biasanya pakai je biasa2 hat pakai baju keje pun ada hat mana lupa bawak baju tu sbb time ada dinner bukan cuti pun staff kat opis mungkin la santai2 hari tu tp yg duk kt site tetap keje mcm biasa, dah abis keje singgah la kat hotel/restoran tu kadang ade je yg sampai lambat sbb keje kat site ni tak tentu masa time nk balik tiba kang  ada masalah plak.

Quote reen8601 24-1-2024 10:37 AM
sejak PKP terus company tak buat Dinner,bestnya kalau bos bagi macam ni ganti Dinner
Quote shop_girl 24-1-2024 10:42 AM
Rezeki tu..iols dinner suka, holiday suka, duit lagi la suka..haha..dari tak dapat langsung apa2
Quote Thunderclouds 24-1-2024 10:42 AM
dua_chzy replied at 24-1-2024 09:31 AM
Ex pengetua aiol punya la selfish narsisis, dia tak benarkan staf bawa family masa jamuan akhir ta ...

Opis laki aku sama.
Annual dinner no family.
Ada tema² lak tu dh kna kluaq modai tiap thn
Tp lucky draw dia best² dpt moto beso amongst other things yg juga best² mcm mekbook ipong bgai so without fail dia p ngn harapan dpt moto free. KahKah..
Tp depa ada family day sama so ok la. Suma merasa
Quote krustykrab 24-1-2024 10:43 AM
dua_chzy replied at 24-1-2024 09:31 AM
Ex pengetua aiol punya la selfish narsisis, dia tak benarkan staf bawa family masa jamuan akhir ta ...

Kitaorg swasta ni pun kalau annual dinner mana blh bawak spouse, family bagai.
Dulu² zaman kegemilangan ekonomi negara, blh la lagi bawa spouse,  bila ekonomi negara tunggang langgang kena dtg single je.
Quote chandrahusin 24-1-2024 11:12 AM
dua_chzy replied at 24-1-2024 09:31 AM
Ex pengetua aiol punya la selfish narsisis, dia tak benarkan staf bawa family masa jamuan akhir ta ...

semoga disusahkan org yg tak suka menyenangkan org lain iteww
Quote chandrahusin 24-1-2024 11:16 AM
green~tea replied at 24-1-2024 09:34 AM
Dah beranak pinak anak below teens mesti prefer family day kannn....  suka tengok budak2 hepi, ada ...

betul!
paling best family day sekali dgn dinnerhotel semua provided
dulu2 selalu la ofis kami buat tu
pegi Genting, Sunway, A Famosa
skrg tinggal kenangan yg best
Quote chandrahusin 24-1-2024 11:17 AM
She-Ra replied at 24-1-2024 09:54 AM
iols pun sama lebih prefer holiday!!!
kt office lama iols dulu, masuk tahun kedua, kekami (tea la ...

best kan holiday freeokay la bos ikut cadangan

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.185451 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top