CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Bersara, Tolonglah Panggil Saya Berlakon - Anne Ngasri

23-1-2024 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13202| Komen: 33

Description: Hanya kerana kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV), pelakon dan ahli politik Datin Anne Ngasri mengakui ramai menyangka dirinya sudah bersara daripada dunia lakonan.


Hanya kerana kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV), pelakon dan ahli politik Datin Anne Ngasri mengakui ramai menyangka dirinya sudah bersara daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 40, berkata dunia lakonan masih menjadi kecintaannya, malah belum terlintas untuk meninggalkan bidang itu yang diceburi sejak kecil.

"Ramai yang ingat saya sudah tak nak berlakon lagi. Sedangkan saya masih berlakon biarpun tak begitu kerap.

"Saya banyak terbabit dengan produksi keluarga. Drama lakonan saya pun banyak keluar di RTM.

"Mungkin sebab tak ada promosi, jadi orang ingat saya sudah tak berlakon.

"Faktor lain menyebabkan saya jarang dapat tawaran kerana sukar nak beri watak disebabkan bentuk fizikal saya," katanya kepada BH Online.

Tambah adik kepada pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri itu, dia juga bersedia untuk mempertimbangkan tawaran lakonan pada akan datang.


"Saya selalu cakap berlakon menjadi hobi saya. Kalau saya tinggal, rasa macam tak selesa.

"Sebab itulah saya mengalu-alukan tawaran lakonan. Tetapi, perlulah mengikut jadual saya.

"Memandangkan saya turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Giat Mara, jadi saya harus fokuskan kepada tanggungjawab yang diamanahkan.

"Tetapi, saya tak letak sebarang syarat berat. Jadi, tolonglah panggil saya berlakon," katanya sambil ketawa.


Anne ditemui pada tayangan perdana drama Gemersik Berbisik di Bandar Utama, baru-baru ini.

Drama bergenre seram terbitan syarikat produksi keluarganya, NS Star Studio itu ditayangkan di Unifi TV menerusi saluran Degup sejak minggu lalu.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 23-1-2024 10:32 AM
Anne ni comel sgt bila bandingkan usia nya. untuk berlakon, pengarah mungkin x tau nak letak watak apa kot
Quote kaseh80 23-1-2024 10:34 AM
Tak cukup ke dgn jawatan yg ameno bagi
Quote ezacbee 23-1-2024 10:36 AM
Buat drama sendiri. Sendiri berlakon.

Quote supernaturalee 23-1-2024 10:37 AM
madi jgk yg best
Quote rbmy 23-1-2024 10:39 AM
pengarha tak tau nak bagi watak apa. sebab muka budak2 tpi nampak can berusia. lagipun datin kan.. karang cili2 padi terus
Quote Burong_Hantuk 23-1-2024 10:40 AM
laki gundu tu dh cukup kaya,,bersara jer terus!!!
Quote sudirmanistas 23-1-2024 11:10 AM
Nak jadi mak2 nampak muda, nak jadi datin muka x berapa tua. Mungkin boleh jadi watak sampingan kawan kpd watak utama perempuan ke kan haha. Klu dlu ada neraca kisah benar, mungkin boleh selit2 jgk ni hihi
Quote mawarputih2612 23-1-2024 11:16 AM
dh jadi Datin pun msih rajin dia ye
muka maintain je
Quote beta_carotene 23-1-2024 12:05 PM
tolong bagi watak sengal2 mcm madihah dunia baru
watak makcik2 kecoh
Quote Pumpkinhead 23-1-2024 02:17 PM
belum ada watak sesuai kot...takpela dah jadi Datin cukup serba serbi
Quote Suchi 23-1-2024 05:18 PM
Iols suka dia jd madihah
Dia sebenarnya pelakon serba boleh
Masa kecik sesuai jd watak air mata ank kena dera bagai
Sesuai juga watak budak manja yg somel
Dah besar sesuai watak giler2 mcm madihah
Quote I.K.A888990 23-1-2024 05:23 PM
dia senyum nampak mcm najwa latif pulak
boleh dah bwk watak ibu2 si anne ni
Quote edayildiz 23-1-2024 05:24 PM
best madihah..i ingt...lama xtgk cite melayu sampai kdg kdg dh tak reti ckp melayu..tiber
Quote pembacagosip 23-1-2024 05:31 PM

ni win eh
Quote ohsoyaya 23-1-2024 09:24 PM
Dia blh la jd bff kepoci kpd heroin. Ala2 madi
Quote AnnaSendin 23-1-2024 09:37 PM
Comel bethol sheols cuma kroni yach dapat jadi timb pengerusi giat mara.
Quote AnnaSendin 23-1-2024 09:37 PM
Comel bethol sheols cuma kroni yach dapat jadi timb pengerusi giat mara.
Quote sleepandream 23-1-2024 11:01 PM
RTM pun best dah skrg ni...
iols kkdg saja buka cenel RTM... tengok2 melekat tengok sampai habis rancangan... iklan pun informative gitu walaupon kejap2 madani madani....
Quote syamzana 23-1-2024 11:07 PM
sleepandream replied at 23-1-2024 11:01 PM
RTM pun best dah skrg ni...
iols kkdg saja buka cenel RTM... tengok2 melekat tengok sampai habis ran ...

iols ritu tgk cerita kat rtm sembag jarak jauh. cerita lawak tp isu semasa masyarakat rumah flat pprt kot. lambat nak tggu episod seterusnya mujur ada kat youtube tp tak habis jugak mcm last epi takdak

iols suka tgk cerita yg dekat dgn kita, isu yg menjadi bualan harian.
maybe sbb iols pun bkn kaya raya jenuh nak hadap ceo megah holding keluar masuk opis tak buat keje asyik bercinta je

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.291022 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top