CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suria FM Umum Barisan Dj Radio Bagi Tahun 2024, Fizz Fairuz Antara 3 Penyampai Baharu

22-1-2024 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39101| Komen: 149

Description: Selepas DJ Tyzo tidak lagi disambungkan kontrak bersama Suria FM, rata-rata menantikan siapakah barisan DJ radio terbaru yang bakal menghiasi Suria FM.

Selepas DJ Tyzo tidak lagi disambungkan kontrak bersama Suria FM, rata-rata menantikan siapakah barisan DJ radio terbaru yang bakal menghiasi Suria FM.

Menerusi TikTok Live Suria FM, pihak mereka telah mengumumkan seramai lapan DJ yang bakal menghiasi Suria FM bagi tahun 2024.

Menerusi pengumuman yang baru sahaja dibuat, DJ Lin yang merupakan penyampai radio veteran dan juga general manager Suria FM kekal di radio ini. Selain itu, Cik Piah dan Kak Rara turut dikekalkan.

Chiwan yang sebelum ini hadir sebagai penyampai radio sementara berjaya mengekalkan tempatnya untuk digandingkan bersama Kak Rara dalam segmen Suria Petang.


Bagi segmen Morning-Morning Suria pula turut menyaksikan empat orang DJ ke udara iaitu Ajak, Suraya, Khai dan juga Dato’ Fizz Fairuz.

Nama yang mengejutkan ramai sudah tentunya Dato’ Fizz Fairuz yang sebelum ini lebih popular sebagai pelakon. Barisan DJ ini dilihat sebagai langkah strategik Suria FM dalam menarik lebih ramai pendengar mendengar radio ini.

Sumber : TheVocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 22-1-2024 07:09 PM
baik ambil jaafar onn lagi best
Quote samshik 22-1-2024 07:17 PM
Ini yg terpaling hebat???ohemgee
Quote ilacantik 22-1-2024 07:25 PM
samshik replied at 22-1-2024 07:17 PM
Ini yg terpaling hebat???ohemgee

Terpaling hebat mungkin tak. Tapi terpaling murah dan terpalinh cut cost, mungkin ya.
Quote Piramida 22-1-2024 07:37 PM
Fizz?
Euwwwww.
Quote Kancilkering 22-1-2024 07:39 PM
dato tu x best lah
Quote ezacbee 22-1-2024 07:40 PM
Balik2 retis jadi dj. Dahler kebanyakan merapu. Bahasa pun tonggang langgang.

Quote sleepandream 22-1-2024 07:47 PM
kenapa keluar sorang masuk 3 orang?
Quote lostnfaun 22-1-2024 07:51 PM
Pagi sampai 4 org? Makin terlungkup la suria fm nie.

Power jgksi JJ tue, dia cdg FF jd dj yg lain ikut jer.
Quote 800214 22-1-2024 07:57 PM
Serabut telinga i pagi tadi. Tidur lagi bagus. Laki xmau tukar radio
Quote Belibis 22-1-2024 08:02 PM
Ramai2 dalam konti..buat serabut jer.nanti berebut nak bercakap,ketawa tanpa hujung pangkal.
Quote Ayda89 22-1-2024 08:37 PM
Peh sampah je semua. Ambil la yg berilmu dlm bidangnya
Quote alesandra 22-1-2024 08:45 PM
Slot pagi tu aku x paham kenapa perlu ramai2. ada survey  yg mengatakan the more the merrier ke?bagi  aku aman telinga ni dengar 2 org je
Quote sukebintang 22-1-2024 08:59 PM
macam mana boleh terfikir nak amik fizz fairuz utk lawan KJ..
Quote damian_lee 22-1-2024 09:06 PM
kalau tgk komen FB yang spill betul
la kan?

katanya nak amik piz peruz. tapi alasan dalam komen fb tu katakya nak lawan KJ … sbb tu recruit another “Dato” …..

kalau nak lawan KJ amiklah partner podcast KJ …
or totki barulah boleh pull crowd lawan KJ … tapi impossible tokti nak kan sbb dj ni kena pegi konti and ada kesibukan lain …..

selain dari tu bakalan sendu
lagi2 piz peruz mcm sejenis ac mizak
lawak tersangat try hard ….
Quote prizadane 22-1-2024 09:06 PM
sukebintang replied at 22-1-2024 08:59 PM
macam mana boleh terfikir nak amik fizz fairuz utk lawan KJ..

Fizz tu dato. KJ bukan dato… kahkahkah. Win kat situ je la kot. Apo da suria ni
Quote rosevelvet 22-1-2024 09:06 PM
800214 replied at 22-1-2024 07:57 PM
Serabut telinga i pagi tadi. Tidur lagi bagus. Laki xmau tukar radio

I try dgr dlm 10 minit lg nk abis sesi pg td. Tok piz mcm xde idea nk bckp
Quote delia3003 22-1-2024 09:06 PM
Edited by delia3003 at 22-1-2024 09:13 PM

Nampak sangat suria takde budget, fizz fairuz je yang mampu diorang ambik? Dah sah la tak boleh lawan top 3, era hot sinar.

Ramai2 dalam konti semak je. Tak boleh ke max 2 je? Berebut2 nak bercakap lepas tu ketawa terbahak2 dengan lawak bodoh, macam syok sendiri je.

Ini secara general je, I tak dengar suria.
Quote neo_5050 22-1-2024 09:14 PM
Fizz ni vibe kg.com kuat sangat.
Quote kepingbewok 22-1-2024 10:21 PM
minta naik gaji rm500 kena tendang.tp yg masuk sampai tiga org.tak fahammm akum

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069852 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top