CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Simpanlah Duit Ini. Jadikan Ibu Duit Supaya Duit Baby Saya Boleh Beranak-Pinak," Uyaina Arshad Dapat Hadiah Daripada Raja Permaisuri Agong ...

18-1-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14160| Komen: 74

Description: Bertuah sungguh pelakon dan pengacara Uyaina Arshad apabila menerima hadiah wang daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu menerima kunjungan Diraja di Media Prim ...




Bertuah sungguh pelakon dan pengacara Uyaina Arshad apabila menerima hadiah wang daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu menerima kunjungan Diraja di Media Prima, semalam.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, dia terkejut diberi hadiah wang tunai oleh Raja Permaisuri Agong selepas memberitahu dia sedang hamil lima bulan.



Kata Uyaina, dia tidak mahu menggunakan wang tersebut dan akan menyimpannya dalam akaun simpanan anaknya.

"Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Nak simpanlah duit ini. Jadikan ibu duit supaya duit baby saya boleh beranak-pinak," katanya.


Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan kehormatan atas anak keduanya itu.

"Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang saya mengandung.

"Masya-Allah rezeki baby Alhamdulillah. Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya... Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah," ujarnya.



Pada 31 Disember lalu, Uyaina memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua yang kini memasuki fasa trimester kedua.

Uyaina berkongsi berita gembira itu dengan perasaan teruja kerana bakal menambah seorang lagi ahli dalam keluarga kecil mereka.

Pada Mei tahun lalu, Uyaina membuat kejutan buat suami ketika bercuti di Anantara, Desaru, Johor bagi memaklumkan dirinya sedang hamil.

Bagaimanapun kata Uyaina dia mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.


Sumber ; mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 18-1-2024 08:17 AM
Permaisuri agong mmg jenis pemurah, tiap kali tgk dkt video selalu nampak dia pegang sampul duit nak bg mana2 rakyat yg dia nampak...
Quote syabee 18-1-2024 08:25 AM
bestnya dpt bersedekah... bestnya jd org kaya yg 7 keturunan duit tak abis..semoga aku kaya dan dpt byk lg bersedekah
Quote wanokakaka 18-1-2024 08:32 AM
A-Are replied at 18-1-2024 08:17 AM
Permaisuri agong mmg jenis pemurah, tiap kali tgk dkt video selalu nampak dia pegang sampul duit nak ...

betul permaisuri agong sgt pemurh.. lagi2 if u pregnant and dia ada kt situ,, dia mmg akan sedekah dkt u duit..
lgpn tgk org ramai syg jgk dkt agong ni sbb dieorg mmg all out la rakyat nampak dieorg ni dkt dgn rakyat..
lgpun umo dieorg ni masih muda dan ok lg utk pergi sana sini jumpa rakyat dan tak kisah nk bergaul rapat dgn rakyat..
lg 1 org gila2 sbb agong sekarang anaknya ensem2 mengedik2 la chiki2 perasan nk jadi menantu agong...
Quote offwhite 18-1-2024 09:26 AM
Untung la baby uyai.. Royal gift tu..
Quote babelina 18-1-2024 09:31 AM
Alhamdulillah rezki Allah.. mmg pemurah Permaisuri Agong nie.. suka bg2 jer duit.. tingat masa kt sabah ke swak tu.. dia pn kuar duit dari purse bg jer..masa tu Permaisuri dlm kete..
Quote Carcosa 18-1-2024 09:46 AM
Kenapa muka dia bermekap dlm semua gambar kat atas tu, menyeramkan?
Quote A-Are 18-1-2024 10:02 AM
wanokakaka replied at 18-1-2024 08:32 AM
betul permaisuri agong sgt pemurh.. lagi2 if u pregnant and dia ada kt situ,, dia mmg akan sedekah ...

ya dekat dgn rakyat...anak comei2 jenis sporting...
Quote ketambangkang 18-1-2024 10:09 AM
boleh ke percaya pd ibu duit sema tu??
Quote nightwinkle 18-1-2024 10:12 AM
staff media prima yg chinese pun dpt duit gak..untung dia
Quote sofi_sofia 18-1-2024 10:14 AM
teringat ada satu mamat tu yg sesajer jer tweet nak kirim jersey mu time permaisuri agung bg tau nak berangkat ke london ... sekali betul2 permaisuri belikan kurier straight forward drp istana negara ... lompat bintanglah mamat tu ... ada kat yt story dia ...
Quote Kancilkering 18-1-2024 10:16 AM
sofi_sofia replied at 18-1-2024 10:14 AM
teringat ada satu mamat tu yg sesajer jer tweet nak kirim jersey mu time permaisuri agung bg tau nak ...

best nye moment ni…. yg x leh belah dlm ig tu org tu panggil tengku zizi ni sis je….taruk belacan


Quote zuriey 18-1-2024 10:26 AM
Bodo nya pemikiran ko khurafat syirik
Quote nini_azmi 18-1-2024 10:37 AM
wanokakaka replied at 18-1-2024 08:32 AM
betul permaisuri agong sgt pemurh.. lagi2 if u pregnant and dia ada kt situ,, dia mmg akan sedekah ...

Hahah...yg last tu mmg expected. Tp i kurang gemar jenis muka hassanal tu sbb muka lembut2 cam anak manja gitu
Quote nini_azmi 18-1-2024 10:39 AM
sofi_sofia replied at 18-1-2024 10:14 AM
teringat ada satu mamat tu yg sesajer jer tweet nak kirim jersey mu time permaisuri agung bg tau nak ...

Omg...bestnya moment..moga permaisuri agong dirahmati dan dilindungi Allah.
Iols kalu ingat tunku azizah ni, iols terbayang sedihnya hati dahla tak ngandung lg, belum ada anak, laki pun kawin baru...sape je pompuan tak sedih woiii
Quote Cleocatra 18-1-2024 10:42 AM
A-Are replied at 18-1-2024 08:17 AM
Permaisuri agong mmg jenis pemurah, tiap kali tgk dkt video selalu nampak dia pegang sampul duit nak ...

Ohh ye ke... padan la bff dia pondan terpaling alim tu buat jugak
Quote tompie 18-1-2024 10:55 AM
ketambangkang replied at 18-1-2024 10:09 AM
boleh ke percaya pd ibu duit sema tu??

Ibu duit as in seed money untuk start savings apa salahnye..
Bukannye Ibu duit buat upacara khurafat tarik duit bagai..

Quote rbmy 18-1-2024 10:56 AM
berapa dia kasi tu mau2 2,3 ratus kan
Quote nanasno 18-1-2024 11:05 AM
tengok queen bagi dekat chinese pregnant tu mcm ratus2. tapi uyaina tengok queen selak2 duit tu mau lebih 500 tu
Quote de_ikea 18-1-2024 11:13 AM
Apa pun, iols suka dgn ydp agong n permaisuri ni punya upbringing pd rakyat. Esp masa wartawan tunggu depan gate istana masa bbrapa kali tukar piyem. Iols salute.

Diorg dah set benchmark tersendiri utk agong2 pasni.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top