CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Hanya Buat Kerja Kita.." Lakon Adegan Ranjang Bersama Afiq Shazwan, Fasha Sandha Sedia Diserang Warganet

17-1-2024 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14590| Komen: 84

Description: SEORANG Fasha Sandha memang cukup terkenal dengan disiplin serta etika kerja dalam lakonan sehingga dia tidak kisah sekiranya dikecam penonton.


SEORANG Fasha Sandha memang cukup terkenal dengan disiplin serta etika kerja dalam lakonan sehingga dia tidak kisah sekiranya dikecam penonton.

Terbaharu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, juga sudah bersedia dengan kata-kata nista warganet susulan melakonkan adegan ranjang dalam drama terbaharunya Rampas Cintaku 2.

Kata Fasha, apa dilakukan hanya sebagai menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah dan ia tidak lebih daripada itu.

"Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.

"Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri sendiri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahun.

"Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang," katanya kepada mStar.


Fasha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dalam pada itu, Fasha berkata, kecaman tidak pernah mematahkan semangatnya sebagai seorang pelakon dalam menjayakan lebih banyak watak pada masa depan.

Jelasnya, dia tidak akan berhenti daripada berlakon memandangkan itu merupakan kerjaya yang dicintainya.

Dalam masa sama, Fasha berkata, dia juga percaya setiap naskah yang dihasilkan mempunyai mesej dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladan kepada penonton.

"Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.

"Kalau tak boleh terima, terpulang kepada mereka sebab penonton ada hak untuk menilai apa yang saya cuba sampaikan," jelasnya.

Selain Fasha, Rampas Cintaku turut dibintangi oleh Afieq Shazwan, Erra Fazira, Keith Foo, Puteri Balqais, Zarul Umbrella dan Ady Mohammad.

Rampas Cintaku 2 bakal bersiaran menerusi platform Iqiyi bermula 19 Januari ini.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 17-1-2024 04:30 PM
Kenapa i tengok afiq ni tetaplah macam budak lagi..sama macam famie don..tak sesuai ngan fasha
Quote offwhite 17-1-2024 04:51 PM
Anak ikan Dan mak ikan gandingan mantap pasa..
Quote Zazama 17-1-2024 05:21 PM
Addition reminder, sila bersedia juga teguran dariNYA. Bila tu? Tunggu ajelah.. (peringatan juga utk diri sendiri).
Quote seri_mawr 17-1-2024 05:25 PM
udah namanya pelakon...ada ke deme ni kisah ..takat baring dlm selimut sama2 sambil berbaju/seluar ok lagi katanya....huhuhuhu

Quote shida81 17-1-2024 06:02 PM
Bile artis ckp kt cuma buat keje... Ak rase bodo Sgt statement tu... Otak tu Allah bg buat perhiasan... Barang kali...
Quote dua_chzy 17-1-2024 06:05 PM
Warganet yang kutuk2 tu sebenarnya teransang imagine yang bukan2 kan bila tengok adegan tu? Sebab tu kau bising? Kaaahhhhhhhg
Quote jihyomelly 17-1-2024 06:10 PM
pasha memang tak dulik apa org cakap..laki dia ok lantakkan je la..tapi kan dak syazwan tu masih la nampak pelakon budak2 hehehe walaupun dah dewasa
Quote missyL 17-1-2024 06:48 PM
Teroskn fasha
Xpe berlakon xpe
Buat ape pn xpe klo berlakon
Xdosa hehehe
Quote Antifake 17-1-2024 07:10 PM
dua_chzy: Warganet yang kutuk2 tu sebena ...
Bukan terangsang kak oiii.. Kalau kak tak takut tuhan.. kami takut.
Quote giyomi 17-1-2024 07:18 PM
tak suka tak suka tak suka...smbil duduk bucu katil....sebab mak minat afieq, mak tak rela
Quote Pak.dolla 17-1-2024 07:26 PM
giyomi replied at 17-1-2024 11:18 AM
tak suka tak suka tak suka...smbil duduk bucu katil....sebab mak minat afieq, mak tak rela

.
.
.
aku kurang berkenan dgn budak ni....dia kalau berckp suka buat mulut dan gigi mcm mana ntah...mcm perasan terpaling hensem.....
padahal muka awam je...
Quote airmineral 17-1-2024 07:26 PM
Keje ape ko buat ni woiii
Quote giyomi 17-1-2024 07:36 PM

yes, muka tak urban, very rural
Quote scarflicious 17-1-2024 07:43 PM
Dah 40an ni lain mcm pulak perangainya
Quote hollahop 17-1-2024 07:47 PM
Dia ni banyak kali i tgk. Kalau bab2 gini bab romantic geli2 mmg menjiwai sgt. Kalau dia ada perasaan malu dia xpost la aksi dia berkubang ngan somi dia dalam pool atas alasan promosi barang.
Quote linb 17-1-2024 07:50 PM
Kurusnya Fasha dalam gambar yang pakai dress pink tu.
Quote cm_vungtau 17-1-2024 07:54 PM
Heroin tua, malas nak tengok. Agittew.
Quote Yaya04 17-1-2024 08:41 PM
Jawapan standard nak menjayakan watak lah, ikut skrip lah, pengarah suruh lah. Yg namanya fasha sandha dr dulu mmg menghalalkan segalanya2.
Quote BanyuBiru 17-1-2024 08:42 PM
dah No. 2 chuolsss....lantakla sape suruh nonton yg pertama tu ahhahhaaa

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047490 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top