Sejak penyampai radio terkenal, Tyzo diberhentikan daripada Suria FM, bermacam perkara diperkatakan netizen antaranya termasuklah mengenai teka teki berkenaan gaji seseorang DJ radio. Memetik OhMedia, kini hangat pula diperkatakan di media sosial kononnya gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu sebulan. Ada juga DJ yang dikatakan dibayar sehingga RM150,000. Biar betul? Penyampai radio terkenal, Linda Onn tampil bersuara selepas seorang netizen mendakwa gaji yang diterimanya ketika berkhidmat di Suria FM sebanyak RM45,000. Kata Linda, dia tak pernah mendapat gaji sebanyak itu di mana-mana stesen radio meskipun namanya ketika itu gah dan memenangi banyak anugerah. Penyampai ini secara jujur berkata, gajinya tidak sampai RM10,000. Linda juga meluahkan rasa beruntung jika benar gaji DJ sekarang cecah ratusan ribu ringgit. Namun, dia sedar kualiti dan pendekatan DJ sekarang berbeza dengan dahulu. Kehendak pendengar dan stesen radio pun dah lain, jadi tak mustahil kalau ada yang dapat gaji sebanyak yang diperkatakan. Harap ada DJ lain pula sudi komen mengenai gaji yang hangat diperkatakan ini. Kredit: Facebook Linda Onn/Ohmedia |
naina: Seriusla Linda gaji ko rm10k pun tak cecah dulu? Tak sangkanya..ku sangkakan puluh2 K dgn nama,bakat dan anugerah2 yang dia ada. Dia profesional kot. ...
chacon replied at 17-1-2024 03:19 PM
aku tak rasa banyak pun melainkan influencer yang memang ramai follower jadi dj...atau pelakon. ka ...
Themilo replied at 17-1-2024 03:54 PM
kalau dikira dengan inflasi, gaji RM10k pada 1998, untuk 2023 adalah sekitar RM16k je.
Diamondmoney replied at 17-1-2024 04:41 PM
Sapa ritu kt gaji johan cecah 500k.
Entah la nok.sukar nk caya
naina replied at 17-1-2024 03:09 PM
Seriusla Linda gaji ko rm10k pun tak cecah dulu? Tak sangkanya..ku sangkakan puluh2 K dgn nama,bakat ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.158190 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.