Nampaknya kebelakangan ini nama pelakon Fathia Latif dilihat sering mencipta kontroversi yang menjadi bualan hangat netizen. Memetik Ohbulan, Fathia sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki. Menerusi hantaran di Instagram semalam, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar berpelukan dengan seorang lelaki dengan kaspyen baru berkahwin. "Just married" Hantaran tersebut telah meninggalkan tanda tanya kepada semua orang yang melihatnya. Berdasarkan pemerhatian OhBulan! rata-rata netizen teruja dengan perkhabaran tersebut, malah ada juga mendoakan semoga Fathia hidup bahagia bersama lelaki tersebut. Bukan itu saja, sesetengah netizen juga turut memberikan kata semangat kepada Fathia untuk tidak membaca komen yang tidak baik kepadanya. Apapun jika benar sudah sudah berkahwin, sama-sama kita doakan semoga Fatia dan suami kekal bahagia hingga ke jannah. Sumber : Ohbulan
|
b^lady replied at 17-1-2024 10:28 AM
Astaga..ni ka yg dia bgtau lg hensem dr aiman..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.058954 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.