CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Artis Tak Perlu Terburu-Buru Kendali Krisis, Minta Pandangan Pihak Lain’ - Neelofa Dan Awal Sependapat

17-1-2024 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9750| Komen: 44

Description: Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.



Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.

Menurut Neelofa, 35, artis harus mendapatkan pandangan orang lain sebelum memberikan maklum balas terhadap sesuatu isu atau kontroversi. Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia akan memastikan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya situasi itu berjaya dikawal.

"Sebagai selebriti, kita tak lari daripada kontroversi namun kita harus tahu jalan terbaik untuk mengendalikan krisis. Sebelum menjawab atau memberi respons, saya selalunya akan mendapatkan pandangan orang lain.

"Saya kena bertindak mencari jalan terbaik dan tidak boleh memberi maklum balas secepat mungkin. Jika saya pantas menjawab, mungkin ia akan dipengaruhi emosi sendiri, jadi pandangan pihak lain sangat diperlukan".

Manakala, bagi Awal pula, selebriti perlu lebih berhati-hati kerana sentiasa ada mata memerhati. Kata pengacara berumur 42 tahun, dia akan meminta pandangan daripada isteri, Scha Alyahya sebelum memberi jawapan balas.

"Sebagai selebriti, kita menjadi perhatian ramai. Artis perlu memberikan contoh baik dan artis juga mempunyai imej yang harus dijaga. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan krisis kerana jika silap langkah, pastinya ia akan memburukkan reputasi.

"Bertanya kepada orang sekeliling atau mereka yang lebih pakar. Seperti saya sendiri, saya akan sering merujuk kepada isteri, Scha Alyahya. Selain itu, saya juga merujuk kepada rakan-rakan wartawan yang lebih arif".

Neelofa dan Awal ditemui pada acara Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Bangi pada Isnin.

Menjadi ahli panel untuk program terbabit, Neelofa dan Awal turut ditemani oleh Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.

Kehadiran Neelofa, Awal dan Raqim dalam program bual bicara ini untuk melengkapkan keperluan kursus Komunikasi Krisis pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi.

Selain Neelofa, Awal dan Raqim, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Kaka Azraff selaku penyanyi jemputan menyampaikan lagu Bawa Aku Pergi.


Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 17-1-2024 09:32 AM
Mohon tidak menyondol sesuka hati dgn isu semasa...tidak menunggang isu....
Tidak juga memerli pihak2 lain dgn alasan classy kononnya
Quote awex^returns 17-1-2024 09:54 AM
tak faham lah pakai baju gelebeh² tapi nampak bentuk lengan tu
nampak bentuk bahu
tak boleh ke kalau nak pakai muslimah pakai bebetul macam MissNina atau Lisa SUrihani tu
ni pon penjilat lobenaks buta mata
Quote adiksha 17-1-2024 11:48 AM
lah...baru umo 35?? [em:8:]
aku ingatkan 45 [em:1:]
Quote Tudungpink 17-1-2024 11:58 AM
Dua2 kuat sentap takde panel lain ke dlm Malaysia ni ..
Quote ReginaGeorge 17-1-2024 12:06 PM
apa neelofa cakap tu betul. bukan artis je. kita ni yg mesekin bipoti pon patut berfikir panjang, dan rujuk org lain dalam memberi respon kpd apa2 kemelut kontrobersi peribadi, terutama yg melibatkan maruah keluarga. kita dlm keadaan yg emosi, selalu btindak terburu2. bukan mjerihkan keadaan, malah membuat kita terjerumus kpd masalah yg lebih besar.
Quote Realpeople17 17-1-2024 12:11 PM
Satu ketuka dulu katanya tak nak satu frame dgn lelaki bukan mahram. Siap kluar statement psl tu. Ni dia sorang pompuan dgn tiga laki bukan mahram. Ape cer ni hajjah? Ckp cam keling arr
Quote missHaidiD 17-1-2024 12:16 PM
Sado betol lengan jah
Quote missHaidiD 17-1-2024 12:17 PM
Jah kejap nipis kejap teballll
Quote chinta89 17-1-2024 12:22 PM
Realpeople17 replied at 17-1-2024 12:11 PM
Satu ketuka dulu katanya tak nak satu frame dgn lelaki bukan mahram. Siap kluar statement psl tu. Ni ...

aku baru nk komen benda ni. mas atu dia x nk dh bergandingan dengan nabil ke sape ek, rancangan meletop ke ape (sori aku xde astrok).

Alih2 ehhh herlok lak bagi talk mcm nih ngn ajnabi
Quote Tudungpink 17-1-2024 12:23 PM
Realpeople17 replied at 17-1-2024 12:11 PM
Satu ketuka dulu katanya tak nak satu frame dgn lelaki bukan mahram. Siap kluar statement psl tu. Ni ...

ko harapkan ape dr jah ..lepas dia buat statement tu pun dia selfie berdua dengan si khir ..rapat pulak tu..
Quote Piramida 17-1-2024 12:24 PM
"Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia akan memastikan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya situasi itu berjaya dikawal."

Really?

Bkn sejenis ignorance? All abt me...
Quote Piramida 17-1-2024 12:27 PM
Sejarah membuktikan hajjah bungkus adalah seorg yg paling suka/ byk create isu/ krisis.
Pandai cakap pandai betul berpura2.
Dulu dan sekarang.
Quote Realpeople17 17-1-2024 01:12 PM
chinta89 replied at 17-1-2024 12:22 PM
aku baru nk komen benda ni. mas atu dia x nk dh bergandingan dengan nabil ke sape ek, rancangan me ...

Kekelingan itu sgt nyata kn. Ni la org kata lidah bercabang. Hari ni ckp lain. Esok ckp lain. Lusa ckp lain. Apa la yg dia pikir masa buat statement mcm tu dulu.
Quote jihyomelly 17-1-2024 01:15 PM

hmmmm
Quote Realpeople17 17-1-2024 01:20 PM
Tudungpink replied at 17-1-2024 12:23 PM
ko harapkan ape dr jah ..lepas dia buat statement tu pun dia selfie berdua dengan si khir ..rapat  ...

Sejak azali tak mengaharapkan apa2 bila dia ni bukak mulut. Sbb mmg dia dari dulu lidah brcabang. Cuma heran camne benak dia msih mmpu hadap idolat jnis ckp tak serupa bikin ni
Quote Realpeople17 17-1-2024 01:22 PM
Piramida replied at 17-1-2024 12:27 PM
Sejarah membuktikan hajjah bungkus adalah seorg yg paling suka/ byk create isu/ krisis.
Pandai caka ...

Jgn lupa dulu dia join kempen cyberbully yg tok hans anjurkan di kala benak2 peliharaan dia tgh menggila membuli seteru laki bini. Beria dia nasihatkan psl cyber bully sedangkan anjing2 dia sndiri tgh kokak org lain masa tu. Puihhh sgt.
Quote Lailawati 17-1-2024 01:23 PM
"Saya kena bertindak mencari jalan terbaik dan tidak boleh memberi maklum balas secepat mungkin. Jika saya pantas menjawab, mungkin ia akan dipengaruhi emosi sendiri, jadi pandangan pihak lain sangat diperlukan".


Yelah...time ko dh kawin ngan piyu, mmg lah ko ckp mcm ni...cuba ko x kawin ngan piyu, ntah2 statement apa ntah keluar dari mulut ko...mcm lah org x tau perangai ko, jah
Quote Manusiabesa 17-1-2024 01:24 PM
Ot... awal dh 42.. dh tua ya.. rasa mcm masih 30 an.
Quote Kangkung1M 17-1-2024 01:27 PM
Tudungpink replied at 16-1-2024 11:58 PM
Dua2 kuat sentap  takde panel lain ke dlm Malaysia ni ..

Itulah, takde panel lain ke dalam Malaysia ni.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/Cds4JxXl4Bu/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/p/CdvUMNJLX7G/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.253715 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top