CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gaji Penyampai Radio Swasta Cecah RM150,000 Sebulan? RM5,000 Hingga RM40,000 Itu Biasa - Fauziah Nawi

17-1-2024 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12510| Komen: 96

Description: Sejak kebelakangan ini kecoh diperkatakan mengenai penyampai radio dan timbul juga persoalan berapa jumlah gaji seorang DJ?


Sejak kebelakangan ini kecoh diperkatakan mengenai penyampai radio dan timbul juga persoalan berapa jumlah gaji seorang DJ?

Memetik Ohbulan, Isu itu turut menarik perhatian bintang veteran, Datuk Fauziah Nawi untuk bersuara juga.

Menerusi ruangan komen, Fauziah mendakwa gaji yang dibayar kepada penyampai radio boleh mencecah RM150,000 sebulan. Malah, dakwa Fauziah, kebiasaannya gaji deejay di stesen swasta bermula daripada RM5,000 sehingga RM40,000.

"Ada yang RM150,000 sebulan. Ada yang lebih (gaji RM150,000). RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk radio swasta."

Bagaimanapun, aktres berumur 71 tahun memberitahu bayaran penyampai radio di stesen radio kerajaan paling rendah.



Pada minggu lalu, Tyzo, 47, memberitahu ketiadaannya di Suria FM bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri. Susulan penamatan kontrak itu, DJ Lin diserang teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati.

Nampaknya bukan sikit ya gaji DJ, lepas ni mesti ramai pula bercita-cita nak jadi DJ?



Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 17-1-2024 09:22 AM
pergghhhh....wa underestimate...apakan daya mulut ku tak petah berbicara.....huhuhu
Quote razzia 17-1-2024 09:52 AM
ya ka gaji sampai beratus2 k kalah menteri,tak caya la aku
Quote menjad 17-1-2024 09:59 AM
yang aku tau masa zaman SY memuncak slot pagi dulu gaji dia 25k
Quote lilacomot 17-1-2024 09:59 AM
sape yg gaji beratus k tu...johan ke
Quote prince_marhaen 17-1-2024 10:02 AM
Betul, DJ RTM ikut gred, biasanya paling last sebelum pencen, paling tinggi pun B51/52 B53/54, paling last lah cecah tembok, penerbit rancangan "..Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00)." Tapi biasanya kalau kau dah gred 48-54 ke atas kau dah tak DJ dah... relaks2 tggu report rating je...Kalau lantikan tetap ada pencen, macam Acik Fauziah ada pencen sebab sheols memang asal keja RTM daripada awal, DJ, jawatan sheols Artis Budaya, pastu last jadi pensyarah kat ASWARA. Sheols pencen pilihan umur 50an kalau tak silap.

*Skim B = Bakat

Kalau swasta, dia demand by hours, by current popularity, status & rating. Kalau stesen sanggup, go for it.
Dia merapu 2-3 jam , kau suka ke tidak dia tetap dapat duit... bila stesen kata, ok you're done, seminit sebelum keluar suara (suara berbayar), pun kau boleh kena terminate.
Quote abangadek 17-1-2024 10:03 AM
Tak silap masa nana mahzan join era lps habis akedemi fantasia pn gaji 10k kan, tu gaji belas2 tahun lepas.. now mesti up lg la kan
Quote honey_yayan 17-1-2024 10:20 AM
Kalah la gaji menteri..pm pun gaji 20k je kan.agaknya berapa pulak gaji dj kj.kira tak rugi la dia tak jadi menteri
Quote misspokoyo 17-1-2024 10:21 AM
razzia replied at 17-1-2024 09:52 AM
ya ka gaji sampai beratus2 k kalah menteri,tak caya la aku

mmg btl pon.. ada dj sinarfm... dpt gaji 100k... pepandai lah teka sendiri sape.
Quote GegarVaganja 17-1-2024 10:39 AM
honey_yayan replied at 17-1-2024 10:20 AM
Kalah la gaji menteri..pm pun gaji 20k je kan.agaknya berapa pulak gaji dj kj.kira tak rugi la dia t ...

KJ jugak untung. Tak jadi menteri pun, dapat job gaji puluh2 ribu yang masuk konti seminggu sekali.
Done dengki

Quote vanillaninja 17-1-2024 10:48 AM
Johan ke yang paling tinggi?
Quote ujio 17-1-2024 10:53 AM
Bukan dulu pernah keluar cerita gaji dj paling mahal tu paknil..? Skrg ni mcm johan je gayanyaa...
Quote MissYouSayang 17-1-2024 10:59 AM
Tapi bila2 mase je kena tendang kuar kalo company tibe bajet ciput ke ,popularity merudum  or kena pendajal dgn djlin
Quote emera 17-1-2024 10:59 AM
150k tu ngarut sgt..
Quote emera 17-1-2024 11:01 AM
ujio replied at 17-1-2024 10:53 AM
Bukan dulu pernah keluar cerita gaji dj paling mahal tu paknil..? Skrg ni mcm johan je gayanyaa...

Johan tu sampah sgt..
Quote adiksha 17-1-2024 11:50 AM
kat mane boleh apply?
mulut aku rajin menceceh [em:22:]
Quote MistrezHermanaz 17-1-2024 11:54 AM
misspokoyo replied at 17-1-2024 10:21 AM
mmg btl pon.. ada dj sinarfm... dpt gaji 100k... pepandai lah teka sendiri sape.

serious ke ni u..mmg gaji 100k..iols ingat paling tinggi puluh2 k je, yg ni mmg tau
Quote areyam 17-1-2024 11:55 AM
rezeki mulut pandai celoteh... DJ kawin pun boleh buat duit...
Quote noell 17-1-2024 11:59 AM
cantthinkofany replied at 17-1-2024 09:22 AM
pergghhhh....wa underestimate...apakan daya mulut ku tak petah berbicara.....huhuhu

bkn pasai cakap kena petah tp gelak tuh kena gegaq gempita tuh kriteria utama dia lagi kuat lg mahai depa kata
Quote chandrahusin 17-1-2024 12:00 PM
ujio replied at 17-1-2024 10:53 AM
Bukan dulu pernah keluar cerita gaji dj paling mahal tu paknil..? Skrg ni mcm johan je gayanyaa...

dgr Pak Nil dulu2 RM45k sebulan jd DJ

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072613 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top