CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Road To Bertiga,"Izzue Islam

3-1-2024 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17607| Komen: 55

Description: Memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.
Memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bagaimanapun menjelaskan kata-kata 'road to bertiga' sekadar azam bagi permulaan tahun 2024 bersama isteri iaitu Awin Nurin.


Foto: IG

"Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri.

"Setiap tahun azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua. Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak.

"Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Izzue memaklumkan dia tidak pernah mengambil anak angkat seperti diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.



Sebaliknya kanak-kanak di dalam videonya sebelum ini merupakan anak saudaranya.

"Ambil anak angkat pun tidak lagi, mungkin ada netizen salah faham dengan video itu.

"Itu video lama, budak dalam video itu anak saudara saya dan dia sekarang pun dah berumur empat tahun," jelasnya.

Sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, Izzue dan isteri masih belum berputus asa mendapatkan cahaya mata malah sudah mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Antara saranan diberikan adalah dengan mengurangkan waktu kerja dan menjaga kesihatan sebagai antara usaha mendapatkan zuriat.

"Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki.

"Boleh jadi juga sebab sibuk berkerja sampai tidur tak menentu. Kalau nak buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) memang kami kena bercuti dan berehat. Makan dan kesihatan memang kena jaga dengan baik," kongsinya.

Sebelum ini, tular di media sosial video Izzue bersama isterinya Awin membeli barang keperluan mereka di sebuah pasaraya.

Namun ruangan kapsyen aktor berkenaan seakan memberi bayangan dirinya bakal bertiga tidak lama lagi.

"2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualikum 2024, bismillah #roadtobertiga," ujarnya.

Untuk rekod, Izzue bernikah dengan Awin Nurin yang juga pengurusnya pada Jun 2013.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 3-1-2024 02:21 PM
Yg penting freezekan dulu embrio wife ko tu dik..simpan dulu
Quote vanillaninja 3-1-2024 02:24 PM
Dah nak masuk 11 tahun ye theyols kahwin.
Quote aikee04 3-1-2024 02:47 PM
Moga berjaya dlm misi 2024...insyaAllah
Quote mizruncing 3-1-2024 03:05 PM
habis tu dah tak bersungguh2. siap ckp tangguh bab anak sbb jadual padat la ape laa. dia klu bab2 ni jgn laa terlalu merancang. dah takde kita juga yg stress
Quote NazRysha 3-1-2024 03:12 PM
kenapa la beria2 orang nak buat ivf ni
enjoy je la hidup berdua
Quote anony-mous 3-1-2024 03:16 PM
Xde ank pon xpe la asalkan korang hepi. Dah byk sgt2 i tgk org nk ank, dah ada ank , xlama tu cerai, pijo-mawar, ms nina-noh, wn syuhada-pex, ada lg tp xingat. Ank tu bkn penentu kebahagiaan. Ank tu penambah rasa je. Klau dah mmg hepi, xde ank pon xpe, tp klau dah mmg berantakan, ank ank berjujut mcm adira pon boleh cerai
Quote sayurmayur88 3-1-2024 03:38 PM
NazRysha replied at 3-1-2024 03:12 PM
kenapa la beria2 orang nak buat ivf ni
enjoy je la hidup berdua

hidup diorang, kehendak diorang.
ada jer yg mmg nak zuriat dari benih sendiri.
Quote Nenolen 3-1-2024 03:51 PM
Moga ada rezeki kamu suami isteri mendapat zuriat tahun ini, amin.
Quote Lavender_Violet 3-1-2024 03:53 PM
Kesian aku dengan couple ni
Semoga ada berita gembira untuk diorang tahun ni
Maybe by Izzue punya caption tu mmg betul Awin dah preggy tapi Izzue x mo kecoh2, so deny dulu
Quote lavendermiz 3-1-2024 03:56 PM
semoga mendapat apa yang diidamkan...aamiin
Quote exclusive_vvip 3-1-2024 03:56 PM
kat tempat keje iols, yg 3-4 orang yg bercerai berai tu yg ada anak..set2 yg takde anak pulak yg aman bahagia..
Quote KamikuP 3-1-2024 04:45 PM
Moga abe ju dan juga forumer kat sini beroleh zuriat . AAmin
Quote cupu 3-1-2024 04:51 PM
Klu nk anak biar nmpak effort tu.macam elizad.Tgk muka dia pun org blh terbayang how she eager nakkan anak. ikhtiar mcm mcm..Cuma Allah blm izin. Smg yg impikan anak akan dpt anak tahun ni. Termasuk biras aku.Kerja gaji dkt 10k sbln bhenti sbb nk usahakan dpt anak.
Quote iluma 3-1-2024 04:52 PM
budak office aku
wife dia baru bersalin
13 tahun xde anak
Quote rosevelvet 3-1-2024 04:53 PM
pocongkiutss replied at 3-1-2024 02:21 PM
Yg penting freezekan dulu embrio wife ko tu dik..simpan dulu

So dorang sbnrnya blum buat lg ivf ke? Syglah kalau x cuba
Quote rosevelvet 3-1-2024 04:54 PM
mizruncing replied at 3-1-2024 03:05 PM
habis tu dah tak bersungguh2. siap ckp tangguh bab anak sbb jadual padat la ape laa. dia klu bab2 ni ...

Betul. Org bsungguh ni lain. Mcm2 cara dia buat.
Quote rosevelvet 3-1-2024 04:55 PM
anony-mous replied at 3-1-2024 03:16 PM
Xde ank pon xpe la asalkan korang hepi. Dah byk sgt2 i tgk org nk ank, dah ada ank , xlama tu cerai, ...

Sapa wan syuhada
Quote TerataiMelur02 3-1-2024 05:14 PM
exclusive_vvip replied at 3-1-2024 03:56 PM
kat tempat keje iols, yg 3-4 orang yg bercerai berai tu yg ada anak..set2 yg takde anak pulak yg ama ...

Member iols bengkak mata nangis sebab ada macik belah asbennya cakap rugi tak beranak nanti laki cari lain. Dah la laki berpangkat besar.
Iols yang dengar rasa nak cili kan je mulut manusia gitu
Quote TerataiMelur02 3-1-2024 05:16 PM
Nenolen replied at 3-1-2024 03:51 PM
Moga ada rezeki kamu suami isteri mendapat zuriat tahun ini, amin.

Aamiin…
Semoga ada rezeki buat elizad juga

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.148850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top