CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat Tak Ada Hadiah Anniversary Pun Tak Apa, Asalkan Ada Suami Di Sisi

3-1-2024 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11963| Komen: 6

Description: Ayda Jebat mengakui lebih selesa meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga serentak kehadiran tahun baharu secara sederhana.
Ayda Jebat mengakui lebih selesa meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga serentak kehadiran tahun baharu secara sederhana.

Kata pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, 32, itu, dia tidak peduli andai tidak menerima sebarang hadiah pada hari istimewa asalkan dapat berada di sisi suami tercinta, Nabil Mahir.


Foto: IG

“Tahun baharu dan sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga makan tengah hari sambil berpantang.

“Terima kasih untuk segala-galanya, sayang. Sanggup pakai baju koyak dan seluar kotak.

“Sudah berusia (muda lagi sengaja cakap macam ini) kalau tak dapat hadiah pun tidak mengapa,” katanya menerusi Instagram.



Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui lebih mementingkan keikhlasan yang dicurahkan suami serta sikap bertimbang rasa dalam hidup berumah tangga.

“Janji pasangan ada dengan kita, kerja yang susah dia buat semua pun sudah cukup bersyukur.

“Sayang dan cinta bagi saya bukan dinilai daripada hadiah tetapi usaha untuk jaga keluarga, beri segalanya buat anak dan isteri.

“Tidak kedekut dan tak buat isteri macam pembantu rumah, tetapi itu sayalah.

“Isteri lain suami cuba tanya. Ada isteri mahukan hadiah, kecil dan murah pun tidak mengapa sebagai tanda ingatan,” ujarnya lagi.



Sementara itu, sepanjang tiga tahun berumah tangga, Ayda teruja apabila suaminya yang juga pelakon, Nabil Mahir tidak pernah mementingkan diri sebaliknya sentiasa komited menguruskan keluarga kecil mereka.

“Kalau saya dapat baju tidur pun saya menangis. Dulu macam ‘wow dapat hadiah mahal syok (seronok).

“Sekarang kita ‘Wow! Suami suruh tidur sebab dia mahu jaga anak’ ‘Wow! Suami suruh keluar dengan kawan-kawan pergi ‘me time’ (rehat).

“Namun, saya percaya suami zaman sekarang sudah terbuka minda. Kadang-kadang suami lagi pandai jaga anak,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Ayda tidak ketinggalan menzahirkan rasa kagum melihat golongan suami menghargai isteri tanpa mengabaikan tanggungjwab sebagai lelaki.

“Menakjubkan. Kalau nampak kawan lelaki pandai jaga anak terus saya rasa mereka hebat.

“Bukan suami yang pakai barang mahal, bergaya sakan tetapi bila anak menangis dia biarkan sahaja suruh isteri jaga. Dia sibuk main telefon sambil berborak.

“Semoga tahun 2024 ini kita sama-sama jadi yang terbaik untuk pasangan kita dan keluarga,” jelasnya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua zuriat iaitu Ana Nayla, 2, dan Aali Mateen yang dilahirkan pada bulan lalu. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 3-1-2024 02:36 PM
ya ampun terkezut tgk botak
terpancar betul di situ
Quote imanamsyar 3-1-2024 02:59 PM
terpaling berlaki..
ujung2 ko merempan ,post kat status, quote ayat2 laki kena hargai bini , bagi hadiah bla bla bla...
ayat2 puji laki sendiri aku aku kurang percaya sangat..kekadang yang up laki lebih2 ni sebenarnya idok la seperti yang di claim..demi nak memunjukkan lakinya terpaling berguna, terpaksa la up cerita..
Quote cikatilia 3-1-2024 04:12 PM
imanamsyar replied at 3-1-2024 02:59 PM
terpaling berlaki..
ujung2 ko merempan ,post kat status, quote ayat2 laki kena hargai bini , bagi ha ...

selalu nya begitu lah

kalau laki nya berguna betul2
idok perlu up status ke apa
aman2 aje enjoy keberadaan suami yg function tu diam2 offline
xyah selfie wefie quotes apa ponn

tak perlu tagged suami kat pos sekali pun
Quote naina 3-1-2024 04:14 PM
Terpaling ada suami baik..
Haritu kat suria kot ada slot Ayda ni
Dia boleh plak menangis terdiam sekejap siaran radio tu sebab ayda ni nangis. Sebab ayda cakap nak anak 2 je lepastu nak ikat. Nabil tak bagi sebab kalau dia mati nanti Ayda ada peluang kawen lain dan beranak lagi. Ayda terkesima, Ayda nangis terharu. Yihhhhh
Quote ezacbee 3-1-2024 04:22 PM
Nabil ni pelakon ke ? Aku ingatkan host.

Memancor kepala nabil.. putih pucat dia ni..
Quote aciksenah 3-1-2024 04:26 PM
ASal bahagia Aida oit..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.324391 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top