CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamdan Senario Kritikal, Doktor Syak Berlaku Kerosakan Pada Hati

1-1-2024 06:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29326| Komen: 31

Description: Selepas dua hari ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, keadaan pelawak Hamdan Senario dilaporkan kritikal susulan jangkitan dalam darah.Anak perempuan Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah, 2 ...
Selepas dua hari ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, keadaan pelawak Hamdan Senario dilaporkan kritikal susulan jangkitan dalam darah.

Anak perempuan Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah, 20, memaklumkan bapanya akan menjalani pemeriksaan ultra bunyi bagi mengetahui jenis kuman dijangkitinya.



"Ayah masih belum sedar sejak semalam dan doktor memberitahu keadaannya kritikal dan masih belum stabil.

"Terkini kami diberitahu doktor akan melakukan ujian ultra bunyi bagi mengetahui jenis kuman yang dijangkiti ayah.

"Apabila mereka tahu jenis kuman tersebut, barulah boleh tahu ubat apa sesuai untuk diberikan kepadanya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Natasya menjelaskan prosedur ultra bunyi itu juga dilakukan bagi mengetahui keadaan keseluruhan tubuh bapanya.

Katanya, doktor turut mengesyaki terdapat kerosakan pada hati Hamdan namun keputusan sebenar hanya diketahui selalu melakukan ujian tersebut.


"Ultrasound ini juga dibuat bagi mengetahui keadaan hati ayah sebab doktor mendapati mungkin hatinya rosak.

"Prosedur itu juga dapat mengetahui keseluruhan tahap kesihatan ayah termasuk jantungnya," ujarnya.

Senario berada di Johor Bahru bagi mengadakan persembahan di Hotel Sentral bersama semua anggota asal termasuk Azlee, Wahid, Saiful Apek, Yasin dan Illya.

Pun begitu, pada malam Sabtu lalu Hamdan mengalami cirit-birit namun menyangka ia disebabkan keracunan makanan.

Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, doktor memaklumkan pelawak itu mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu ditidurkan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DukunSentet 1-1-2024 07:35 PM
Teringat arwah ayah..bangun pagi nak ke surau..terasa mcm demam dan tak larat..solat je kat rumah pastu tidur balik..pukul 8 lebih mcm tue mak ajak ke hospital sebab nampak mcm tarik nafas pendek..adik yang duduk dekat kebetulan kena kursus..kami anak2 yang lain duduk negeri lain..ayah cakap boleh bawa kereta lagi sebab dia mcm nak demam je..xpayah nak panggil jiran ke sapa2 tolong bawa ke hospital..sampai hospital mak nak ambil kerusi roda pun tak mau duduk..nak jalan sendiri..sekali masa daftar depa buat saringan tue kelam kabut sebab oksigen dah drop..tekanan darah dah tinggi mencanak..terus tolak ke dalam kecrmasan..doktor terus inform ayah kritikal dan perlu ditidurkan untuk intubate..10 hari dlm icu..4 hari dalam wad.. ayah pergi tinggalkan kami tanpa sebarang pesan dan kata2..jangkitan kuman serta paru2 berair..mak la yang paling terasa sebab last naik keta berdua pergi hospital..rupanya nak jadi kenangan terakhir sebab masa tue ayah masih boleh cakap kat mak dok teriak pasaipa..dia demam ja..bukan nak mati lagi..
Quote Moyangkucing 1-1-2024 08:04 PM
DukunSentet replied at 1-1-2024 07:35 PM
Teringat arwah ayah..bangun pagi nak ke surau..terasa mcm demam dan tak larat..solat je kat rumah pa ...

I can feel you...
Quote cap_ayam 1-1-2024 08:08 PM
DukunSentet replied at 1-1-2024 07:35 PM
Teringat arwah ayah..bangun pagi nak ke surau..terasa mcm demam dan tak larat..solat je kat rumah pa ...

Masa tu mak ayah umur berapa

Tiba2 je ..

Quote cap_ayam 1-1-2024 08:09 PM
Semoga Allah mudahkan urusan bro Hamdan serta keluarga dia di JB..
Quote ClassicMeow 1-1-2024 08:30 PM
Edited by ClassicMeow at 1-1-2024 08:31 PM
DukunSentet: Teringat arwah ayah..bangun pa ...



Sedihnya [em:9:] saya pun sedih jugak. Ayah pergi mekah, tak kembali lagi.. semoga kita berjumpa lagi dengan ayah di syurga. Utk family pkck hamdan, semoga kuat hadapi ujian ni
Quote DukunSentet 1-1-2024 08:31 PM
cap_ayam replied at 1-1-2024 08:08 PM
Masa tu mak ayah umur berapa

Tiba2 je ..

Ayah dah tua..74 tahun..tapi masih steady..ala kira mcm sihat org tua tue..aktif politik..mesyuarat politik..kenduri kampung mmg mesti hadir..ptg2 wajib mengopi..naik.moto sana sini atur kedai kopi..kami ingat mcm dalam drama tv tue..ayah akan sakit tua..terlantar pastu kami adik beradik lawan bergaduh pasal sapa nak jaga ayah sakit..kira mcm ada drama la sapa terpaling sibuk kerja nak lepas tangan tak boleh nak jaga ayah..Allah mudahkan..Ayah pergi pagi ahad  2/7/2023..Alfatihah untuk ayahku..
Quote takayama 1-1-2024 08:32 PM
Semoga dipermudahkan buat Hamdan dan family, risau sekrg ni demam biasa pun berhari2 x pg batuk selsema bagai.
Quote enot_sibudak 1-1-2024 08:42 PM
DukunSentet replied at 1-1-2024 08:31 PM
Ayah dah tua..74 tahun..tapi masih steady..ala kira mcm sihat org tua tue..aktif politik..mesyuara ...

awk sekeluarga diuji mcm ni kehilangan ayah..dan x smpat diuji mcm awk citer mcm dlm drama..ank2 mmg akan diuji semasa mak ayah sakit.. keluarga sy skrg tgh diuji.. mmg muncul perangai sorg2 yg sebenar.. siapa yg terpaling sibuk wpn dia suri rumah..siapa yg paling rajin kena hntr kursus..hahahaha..bertabah la..
Quote cap_ayam 1-1-2024 08:55 PM
DukunSentet replied at 1-1-2024 08:31 PM
Ayah dah tua..74 tahun..tapi masih steady..ala kira mcm sihat org tua tue..aktif politik..mesyuara ...

Masa dia dah sampai.. tabahlah ye.. kesian mak .. harap2 perasaan dah mula pulih dari sedih berpanjangan.
Quote Zazama 1-1-2024 10:05 PM
Semoga direzekan Allah jalan utk kesembuhan buat Hamdan.
Quote syafarah_2k 1-1-2024 11:06 PM
enot_sibudak replied at 1-1-2024 08:42 PM
awk sekeluarga diuji mcm ni kehilangan ayah..dan x smpat diuji mcm awk citer mcm dlm drama..ank2 m ...

Ini saya rasa 2 thn lepas.. 5 6 tahun jaga ayah sakit..lepas tu mak pula sakit..adik beradik keluar perangai masing2 dengan pelbagai masalah lagi..org ni tolak sini..org ni tolak sana..mintak jaga  3 hari pun susah..betapa stressnya Allah je tau bila kau yg kena handle parents sakit setiap hari..both my parents meninggal 2 thn lepas dibulan syawal selang 2 minggu saja.
Quote sukacactus 1-1-2024 11:34 PM
ClassicMeow replied at 1-1-2024 08:30 PM
Sedihnya [em:9:] saya pun sedih jugak. Ayah pergi mekah, tak kembali lagi.. semoga kita berjumpa  ...

Sama la situasi kita
Arwah abah meninggal masa buat haji jg
Tp sblm berangkat, sempat kami tido 3 beranak (aku, mak, abah)1 katil
Kenangan betul…dlm 6 beradik, aku sorang je dpt peluang gitu

Semoga dipermudah Allah segala urusan saudara hamdan ni
Quote Blessed_Servant 2-1-2024 01:00 AM
Sepsis.Memang bahaya.Semoga body dia kuat utk lawat infection tu.Jumpa depan2 mmg peramah n suka bergurau orangnye
Quote doubleA 2-1-2024 01:35 AM
Semoga dipermudahkan urusan hamdan dan family. Tabah la
Quote Notificationlol 2-1-2024 02:18 AM
DukunSentet replied at 1-1-2024 07:35 PM
Teringat arwah ayah..bangun pagi nak ke surau..terasa mcm demam dan tak larat..solat je kat rumah pa ...

Abah sy pun meninggal sepsis... 3 hari je masuk hospital, meninggal sblm subuh...
Quote Buritan 2-1-2024 04:40 AM
enot_sibudak replied at 1-1-2024 08:42 PM
awk sekeluarga diuji mcm ni kehilangan ayah..dan x smpat diuji mcm awk citer mcm dlm drama..ank2 m ...

Betul tuu.. nak tau the true color.. time mak pak sakittt.. aku pun tgh alami laa nii.. time ni ade ugame ke takde ugame baru nmpk.. abg aku tuuu ceewahh  bab hugame tera.. tapiiii....?????.. betullla ilmu agama tuu ade tapi iman yilek..
Quote Burong_Hantuk 2-1-2024 08:07 AM
moga dipermudahkan urusan
Quote renko 2-1-2024 08:31 AM
DukunSentet replied at 1-1-2024 07:35 PM
Teringat arwah ayah..bangun pagi nak ke surau..terasa mcm demam dan tak larat..solat je kat rumah pa ...

sedihnya baca
salam takziah
Quote enot_sibudak 2-1-2024 09:40 AM
syafarah_2k replied at 1-1-2024 11:06 PM
Ini saya rasa 2 thn lepas.. 5 6 tahun jaga ayah sakit..lepas tu mak pula sakit..adik beradik kelua ...

sedihkan..gitu la uollss...hati perut adik beradik keluar la...xnak jga mengelat la apa la..lps tu kita yg jga ni dikatanya lg..xpa kita fikir pahala kita dh la.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049263 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top