CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Aziz Tenang Selepas Perbaiki Solat

1-1-2024 03:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 33083| Komen: 22

Description: Belajar memantapkan solat sejak setahun lalu memberi impak besar buat penyanyi asal Singapura Aisyah Aziz dalam mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.Aisyah atau Nur Aisyah Aziz, 30, berkata, di ...
Belajar memantapkan solat sejak setahun lalu memberi impak besar buat penyanyi asal Singapura Aisyah Aziz dalam mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.

Aisyah atau Nur Aisyah Aziz, 30, berkata, dia juga tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.



"Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.

"Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.

"Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa," katanya.

Aisyah menulis luahan tersebut menerusi Instastory miliknya pada Ahad bersempena membuka lembaran baru tahun 2024.


Dalam pada itu, Aisyah berkata, sepanjang proses itu juga dia lebih mengenali erti kesederhanaan dan tidak lagi mengejar duniawi.


Lebih manis, hubungan dengan kedua ibu bapanya juga bertambah erat selain dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada hujung tahun lalu.

"Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.

"Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun," ceritanya.

Penyanyi asal Singapura ini juga dilihat manis dengan penampilan baharu yang tampil mengenakan hijab.

"Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja," ujarnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freekey 1-1-2024 05:26 PM
sapa lelaki sebelah dia ni..







Quote slyfynx 1-1-2024 05:29 PM
BTW, aku suke je suara die ni.
Teringat masa duet dgn Sufi lagu seluruh cinta.
Mmg jauh die tinggal sufi
Quote sarah_ary2 1-1-2024 05:35 PM
Aisyah ni ada pakej sore sedap dan cantik sgt harap dia dapat lagu yg lebih menyerlah tahun ni
Quote opie5662 1-1-2024 10:02 PM
Slowly but surely.. Semoga dipermudahkan
Quote selipar_hijau 1-1-2024 10:46 PM
Adik aliff aziz ke?
Quote LadyCarefree 1-1-2024 10:49 PM
Mula dah kapsyen alim bragging serupa mak dia.
Quote sukacactus 1-1-2024 11:21 PM
freekey replied at 1-1-2024 05:26 PM
sapa lelaki sebelah dia ni..

Lamanya xnampak freekey kat forum ni
Quote hyie 1-1-2024 11:24 PM
freekey replied at 1-1-2024 05:26 PM
sapa lelaki sebelah dia ni..

tak silap Danish Suffian, penyanyi bbnu jugak...eh sedangkan aisyah aziz dah tinggi 185cm macam tu, tinggi lagi dak laki tu ye? 200cm apa? atau aisyah tengah duduk
Quote marchikobonzo 2-1-2024 09:45 AM
suara dia ni soothing betul!!
Quote jemahjacjon 2-1-2024 10:12 AM
Laaa bertudung ke? Muka lawa gaya sexayy suara sedap. Nmpk urban

Bertudung dah beliau
Quote dewi_rina 2-1-2024 10:14 AM
Alhamdulillah semoga istiqamah, sedang ramai retis tercabut tudung masih ada yg ingin perbaiki diri

Si mawar sejak tudung terbang makin nampak huduh ye, muka pun dah lain buruk betul tengok nya..
Quote aemon 3-1-2024 08:50 AM
Adik
Adik makin baik..abgnye?
Quote pocongkiutss 3-1-2024 09:06 AM
Dia ni ada kembar rupanya
Quote deebiz14 3-1-2024 09:20 AM
Tiber bila sheols bernyanyi berpakaian camni, nampak wow sangat. Lagi lah nak dengar suaranya tu.

Good for her. Kalau itu naitnya, smoga dipermudahkan. Sememangnya sheols tersangatlah urbanista sblumnya, kekadang naik seram meols nengok.

Quote sayurmayur88 4-1-2024 07:19 AM
suara dia best didengar...klasik
Quote Burong_Hantuk 4-1-2024 11:07 AM
alhamdulillah
Quote Suchi 4-1-2024 11:16 AM
Edited by Suchi at 4-1-2024 11:17 AM

Dia ni mcm buat hal sendiri je tak kacau org so iols ok je ngn dia
Walau sblm ni nampak seksi dan urban pesyen dia tp dia bukan retis yg suka timbulkan masalah, kaki gaduh ke apa.

Dia pun tak umumkan pun dh pakai tudung ke apa, cuma nampakla pelan2 nk kearah tu walau blm sempurna.
Time dgn famili dia mmg pakai tutup elok dah, tp bila nyanyi lum tutup abis lagi.
Gitulaah bak kata dia sukar nk lepaskan duniawi ni itulah ujian depa sbg artis ni.
Kalau nk kejar akhirat dorang mmg kena log out terus dr dunia seni penuh lagha ni.

Quote gigahertz 7-1-2024 08:49 PM
aemon: Adik Adik makin baik..abgnye?

abg dia siapa
Quote stingergrumpy 7-1-2024 08:54 PM
Edited by stingergrumpy at 7-1-2024 08:57 PM
LadyCarefree replied at 1-1-2024 10:49 PM
Mula dah kapsyen alim bragging serupa mak dia.


Ko ni kalo selain tomok...ada je yg tak kena dek mata ko...macam aku nak  SMEG Fridge je....

Kahkahkahkah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050977 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top