CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Dilayan Macam Puteri, Suami Buat Kejutan Hantar 2 Buah Trak Kuda Di New Zealand

31-12-2023 05:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 40898| Komen: 6

Description: Ingin membahagiakan isteri tersayang, suami pelakon Datin Intan Najuwa menyewa dua trak dipenuhi kuda ke sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata, kuda ...
Ingin membahagiakan isteri tersayang, suami pelakon Datin Intan Najuwa menyewa dua trak dipenuhi kuda ke sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata, kuda berkenaan berkenaan dibawa ke tepi pantai bagi membolehkan mereka menunggang selain bermain polo di tepi pantai.



Kata Najuwa dia teruja dengan percutian yang dirancang suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang penuh dengan kejutan.

"Suami saya membawa dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.

"Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok," katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya menunggang kuda di persisiran pantai tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan kehidupan baharu yang dimiliki oleh Intan.

Malah mereka juga menganggap Intan dilayan seperti puteri raja oleh suaminya.

"Impian setiap wanita, betul duit boleh beli kebahagiaan.

"Doa apa ya nak guna untuk dapatkan hidup macam ini?

"Bestnya kaya unlimited. Memang kena gunakan dengan sebetulnya," antara komen netizen.

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.

Pada majlis tersebut, Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 31-12-2023 06:05 PM
Life begini sepatutnya si Lilofah tu yang merasa hurkeh!
Quote munahminah 1-1-2024 10:03 AM
Laki dia keje apa ?
Quote iolss 2-1-2024 01:58 PM
hantaran 222k? fuhh..kaya kaya
Quote Hoola 2-1-2024 02:17 PM
oghang2 kaya yg lain tgk gelak je...sbb dh biasa..mainan depa dari kecik
tp yg baru dapat...???
Quote Burong_Hantuk 2-1-2024 03:04 PM
dh ada thread psl budak flat JB nih
Quote Safirania 2-1-2024 03:13 PM
Untung la cantikk, kaya, educated, popular.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074386 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top