CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atiq Azman Kongsi Gambar Dengan Girlfriend, Bukti Tak Suka Kaum Sejenis

31-12-2023 04:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 32651| Komen: 22

Description: Pelakon Atiq Azman akhirnya mendedahkan wajah teman wanitanya sebagai tatapan peminat selepas dituduh sebagai lelaki songsang.Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 23, mendedahkan di ...
Pelakon Atiq Azman akhirnya mendedahkan wajah teman wanitanya sebagai tatapan peminat selepas dituduh sebagai lelaki songsang.

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 23, mendedahkan dia sudah lama mengenali wanita asal Sarawak dikenali sebagai Sya yang juga merupakan peminatnya.



Jelas Atiq, perkenalan mereka berlaku selepas Sya datang bertemu dengannya untuk mengambil gambar bersama dalam sebuah acara sebelum ini.

"Dia teman wanita saya dan kami sudah lama kenal... Sebenarnya dia pemiant saya.

"Kami pernah ambil gambar bersama sebelum ini dan perkenalan kami bermula dari situ," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Atiq menjelaskan perkara itu selepas memuat naik foto bersama wanita berusia 21 tahun itu di dalam kereta.

Menerusi foto berkenaan, Atiq dilihat sempat mencuit pipi Sya sambil gadis berkenaan bersandar di bahunya.


Berkongsi lebih lanjut, Atiq berkata, dia sudah penat mendiamkan diri mengenai dakwaan netizen menuduhnya sebagai seorang homoseksual.

Pelakon itu berharap perkongsian itu dapat menutup mulut netizen daripada terus menuduhnya menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis.

"Saya pernah beritahu sebelum ini tapi saya malas kongsi di media sosial tetapi mereka tak sudah-sudah menuduh saya seorang gay.

"Apa yang saya kongsikan ini semua betul bukan sebab nak tutup mulut netizen. Saya dah malas nak berdiam diri lagi.

"Saya dan teman wanita ada saja keluar bersama tapi mungkin tak kecoh sebab tiada orang yang rakam," kongsinya.

Mengulas mengenai perkongsian foto mesra mereka berdua, Atiq mengaku rasa bersalah selepas memuat naik gambar berkenaan memandangkan keluarga ada berpesan agar menjaga batas.

"Sebenarnya saya pun tak patut kongsi gambar saya dengan Sya di media sosial sebab keluarga ada tegur jaga batas.

"Saya tahu gambar tindakan itu salah sebab tidak menjaga jarak namun berharap peminat yang sentiasa menyokong saya tidak terkejut," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 31-12-2023 05:31 PM
Bersepah je gayboi kahwin asalkan ko boleh henjut
Quote miznora 31-12-2023 05:47 PM
Aik bukan ke kata ko budak tahfiz dulu. Tengok siap cuit pipi anak dara orang tu
Quote slyfynx 31-12-2023 05:57 PM
Die ni try hard sgt la.
Lagi nmpk sisi ponen nye
Quote noor2 31-12-2023 06:00 PM
Sanggup bgtau budak perempuan tu peminat dia..
Quote mojarean_X 31-12-2023 06:12 PM
Iols ingat yg tuduh dia songsang acik porem je. Rupanya kt luar pun dia kena tuduh songsang ke?
Quote mojarean_X 31-12-2023 06:13 PM
Mohon Agus bg sepatah dua kata
Quote Ahriman 31-12-2023 06:21 PM
Halah.sedangkan jovian mendogie pon boleh kawen ada anak.
Quote missyL 31-12-2023 06:22 PM
Dik ade yg ank  5 bini 2 pon gay dik
Lek2 sudah
Quote Belibis 31-12-2023 08:35 PM
Alha alpah elok jer kawin..walaupun sebulan.
Quote hasniey 31-12-2023 08:36 PM
Nazim othman pon smpat kahwin dikk.jovian siap ada anak sorg
Quote Kurex 31-12-2023 08:37 PM
Selalunya yg try hard nak buktikan dia straight adalah GAYBOY SEBENAR!!!
Quote red_velvet 31-12-2023 10:13 PM
Kemain budak tahfiz main cuit2 pipi pompuan free hair
Quote ujio 31-12-2023 10:27 PM
Confuse dgn lg sorg duk buntingkan anak org...
Quote heythere123 31-12-2023 10:54 PM
harap fans heols tak kuciwa sebab heols pon tak jaga ikhtilat
Quote imransulaiman 1-1-2024 02:12 AM
Pengacara terkenal tu pun anak dah besar tapi boleh nampak fonen.. Chef bibir bawah ke depan pun orang pernah nampak dating di luar negara masa zaman muda. Si misai kontot tu pun kak mah tak berkenan sebab nampak dua hala...
Quote awenda507 1-1-2024 03:23 AM
Try hard betul dia nk tepis dakwaan gay boy ehh
Quote EncikRhoma 1-1-2024 11:54 AM
Chef no 1 yg dah kahwin ada anak pun gigih jugak follow jantan2 shirtless pakai spender je di ig
Quote phalanx 1-1-2024 11:55 AM
Hehehehehe.
Quote silampumeja 1-1-2024 02:09 PM
I percaya je sblum ni dia straight. Tapi tak pasti lepas break dgn ex tu. Pelik2 jadinya. Hahahaha . Ex nya tu insta famous gak kalau x silap

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058883 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top