CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Minta Izin Sebelum Nyanyi Semula Lagu Malique

31-12-2023 03:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19372| Komen: 3

Description: Penyanyi rap, Zizi Kirana akan meminta izin kepada penyanyi rap tersohor, Malique sekiranya ingin menyanyikan semula mana-mana lagu ciptaan komposer itu.Selain mahu menghormati, tindakan itu dilakukan ...
Penyanyi rap, Zizi Kirana akan meminta izin kepada penyanyi rap tersohor, Malique sekiranya ingin menyanyikan semula mana-mana lagu ciptaan komposer itu.

Selain mahu menghormati, tindakan itu dilakukan untuk mengelak Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mat Tahir, 38, melanggar peraturan hak cipta lebih-lebih lagi ketika video berkaitan lagu-lagu tersebut dimuat naik di YouTube.



“Tempoh hari saya ada cover lagu ciptaan Malique iaitu Sedih Hati. Malique bukan senang beri kebenaran kepada orang lain untuk menyanyikan lagunya.

“Jadi, saya akan minta izin terlebih dahulu sebelum menyanyikan semula lagu-lagunya dan hanya akan teruskan apabila diberi ‘lampu hijau’.

“Jika tidak, video tersebut berpotensi untuk ditarik semula kerana Malique tidak akan biarkan sesiapa mengambil keuntungan daripada karyanya,” katanya.

Kali terakhir Zizi bertemu Malique adalah semasa pembikinan lagu Ayuh yang menjadi runut bunyi filem terlaris Malaysia 2023, Polis Evo 3 sekitar awal tahun lepas.



Malah, bekas ahli kumpulan Too Phat itu juga pernah berhasrat mahu menghasilkan lagu untuk Zizi.

“Sekarang saya sedang mengumpul bahan untuk menghasilkan album terbaru. Malique memang berada dalam senarai komposer pilihan saya.

“Sebelum ini pun dia pernah cakap akan buatkan satu lagu untuk saya suatu hari nanti. Saya ingat janji itu.

“Insya-Allah, lagu-lagu saya dalam album itu nanti masih mengekalkan genre rap kerana itu sudah menjadi DNA yang sekarang ini akan diberi sentuhan muzik timur tengah,” katanya.

Selain Malique, Zizi juga dalam perancangan untuk memanjangkan kolaborasi bersama Waheeda dan Yasin Sulaiman.

“Bila Waheeda sudah buat kemunculan semula, saya terfikir untuk mengajaknya berkolaborasi begitu juga dengan Yasin yang katanya sudah menyiapkan 14 lagu ketika berada dalam penjara.

“Setakat ini, saya juga telah mendapatkan khidmat komposer dari Timur Tengah. Jika ada rezeki mungkin ada lagu dari komposer Indonesia namun masih dalam perancangan,” katanya.

Kali terakhir Zizi melancarkan single adalah pada tahun lalu dengan lagu bertajuk Pijak terbitan Def Jam Malaysia.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 1-1-2024 05:41 PM
Ok jah Zizi ni, hope sheols holeh naik tahun ni sebab aiols suka jah sore dgn performance sheols masa Juara Lagu sebelum ni
Quote jihah_kudat 1-1-2024 06:15 PM
sarah_ary2 replied at 1-1-2024 09:41 AM
Ok jah Zizi ni, hope sheols holeh naik tahun ni sebab aiols suka jah sore dgn performance sheols mas ...

aku pun suka zizi..nampak dia tak over rap
tapi tula haritu bila dia bertudung macam drastik sangat nak berubah macam dah tak mau nyanyi sangat..slow-slow sudeh.. dia sophia antara rappers yang tak try hard sangat but please jangan sekali-sekali masukkan si bunga coldplay tu dalam list rapper wanita..tak layak okay
Quote royaldanish 1-1-2024 08:38 PM
go zizi, nampak dia betul2 buat homework

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046576 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top