CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sering Dibandingkan Dengan Kakak, Syada Tak Iri Hati Dengan Shila Amzah

31-12-2023 03:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19351| Komen: 10

Description: Penyanyi, Syada Amzah, tidak tersinggung apabila cara nyanyiannya kerap dibandingkan dengan kakaknya, Shila Amzah.Menurut peserta Big Stage musim kedua itu lagi, dia bangga mengakui Shila Amzah adalah ...
Penyanyi, Syada Amzah, tidak tersinggung apabila cara nyanyiannya kerap dibandingkan dengan kakaknya, Shila Amzah.

Menurut peserta Big Stage musim kedua itu lagi, dia bangga mengakui Shila Amzah adalah kakak sekali gus idolanya dalam bidang nyanyian.



“Ya, dia merupakan idola saya dalam bidang nyanyian. Saya bersyukur kerana kami mempunyai pertalian darah.

“Alhamdulillah, tiada kata-kata daripada awak boleh menyinggung perasaan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Penyanyi Hasrat itu juga menegaskan tidak pernah rasa dengki terhadap kejayaan yang diraih Shila selama ini.

“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik lain ketika masih bersekolah.

“Selain itu, bukan rasa cemburu sebaliknya saya rasa bangga sebab dapat kakak sehebat itu,” katanya ketika membalas sebuah komen daripada warganet.


Tidak hanya cara nyanyian, Syada turut mengakui sering mendapat kecaman baik dari segi pakaian mahupun warna gigi.

“Ada kata baju saya nampak seperti 90-an, ya saya kongsi baju dengan ibu.

“Gigi berkarang, kuning? ya saya ada flurosis akibat terlalu kerap gosok gigi.

“Bukan riak cuma setidaknya saya tahu diri tidak sempurna,” tambahnya.

Sebelum ini, Syada kerap memuat naik video nyanyian lagu-lagu saduran seperti Pangako Sa ‘Yo, Mirai E, Shinunoga E-wa dan Kalam Eneih.

Nyanyiannya menerima respons yang pelbagai daripada warganet baik memuji mahupun mengatakan suaranya tidak setanding kakaknya, Shila Amzah. 


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 1-1-2024 02:30 PM
Buat apa bg limelight kt dia ni.. X dengki konon.. Ko dh malukan kakak ko mcm2, pastu play victim
Quote asfaz 1-1-2024 02:34 PM
Tak dengki? Empphhh. Dlu boleh la org percaya. Lepas kau busukkan nama akak kau,1 kau ckp 1000000 org tak percaya
Quote DeLuna85 1-1-2024 02:47 PM
Memang akan dibandingkan sebab kau nak nyanyi juga. Lain la kalau kau berlakon.
Quote theotherfriend 1-1-2024 03:26 PM
Baguslah. Gaduh2 adik beradik pun nanti sudahnya ke kubur juga... Semoga yang baik2 sahaja untuk keluarga xila di tahun 2024 ni.
Quote Burong_Hantuk 2-1-2024 08:10 AM
dasarrr bimbo!!!!
Quote Carcosa 3-1-2024 12:47 PM
Hodoh nya dia dlm gambar atas tu. Mcm buruh Yindon kerje kat construction site. Dgn klip tepi tu. Tah hapa2
Quote whadda 3-1-2024 02:54 PM
Nape asek citer dia ni je akhir2 ni.. boleh tak iol nak syak dia antara salah satu peserta dalam mask singer malaysia tuh
Quote edayildiz 3-1-2024 02:56 PM
tipu x jeles..
cara dia malukn kakak dia tu nampak dia dh lama tersakiti..kesiannn xyh jd rentis kalau xde bakat sgt
Quote whadda 3-1-2024 02:56 PM
Carcosa replied at 3-1-2024 12:47 PM
Hodoh nya dia dlm gambar atas tu. Mcm buruh Yindon kerje kat construction site. Dgn klip tepi tu. Ta ...

Bagi la dia can dia pakai klip walaopon menghampiri remaja purba.. Trend dak2 zaman sekarang.. kan famous kat tiktok.. anak iol pon pakai klip kat tepi tudung tapi dia 9 tahun la
Quote supernaturalee 3-1-2024 05:21 PM
sudah bertudung, berklip rambut pula




Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053733 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top