CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Pakistan Jual Makanan 'Mewah' Cecah Harga RM20 Ke Atas, Tapi Selamba Guna Minyak Masak Peket Bersubsidi

27-12-2023 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14319| Komen: 18

Description: KUALA LUMPUR – Jual makanan ‘mewah’ cecah harga RM20 dan ke atas, tetapi ‘selamba’ menggunakan minyak masak peket bersubsidi untuk penyediaan menu masakan.
KUALA LUMPUR – Jual makanan ‘mewah’ cecah harga RM20 dan ke atas, tetapi ‘selamba’ menggunakan minyak masak peket bersubsidi untuk penyediaan menu masakan.

Itu tindakan dua restoran berkonsepkan Pakistan di Jalan Ipoh di sini yang diserbu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam satu operasi pada 22 Disember lalu.



Foto: Kosmo

Pengarah KPDN WPKL, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya melaksanakan Operasi Bekalan Membanteras Penggunaan Barang Kawalan Tanpa Lesen / Permit di dua premis tersebut yang dimiliki pemilik warga Pakistan.

Menurutnya, siasatan di premis menemui 37 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi di restoran pertama, manakala pemeriksaan di restoran kedua pula menemui 39 kg minyak masak peket bersubsidi.

“Ini jumlah pada hari tersebut dan biarpun nampak kecil, tapi kita yakin setiap hari restoran itu mungkin menggunakan volum yang sama atau lebih. Jadi tidak adil kepada pengguna yang sepatutnya menikmati minyak masak subsidi tersebut.


“Makanan dijual bukan menu murah, tapi mereka menggunakan barangan bersubsidi untuk penyediaan makanan. Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua premis tidak mempunyai sebarang lesen atau permit barang kawalan bagi tujuan penyimpanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sidang menyiasat sumber bekalan minyak masak peket bersubsidi yang diperolehi kedua-dua premis tersebut.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, pihaknya menyita 76 kg minyak masak dan 24 unit serbuk teh dianggarkan berjumlah RM1,100 melibatkan rampasan bagi kedua-dua premis berkenaan.

Ujarnya, hasil siasatan juga mendapati, pemilik dua premis tersebut merupakan warga Pakistan yang memegang status Pemastautin Tetap serta menetap di Malaysia sejak 20 tahun lalu dan berkahwin dengan wanita tempatan. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 27-12-2023 05:23 PM
Hahaha ..itu tandanya gomen kita dari dulu sampai skrg bodoh
Quote mamajawie 27-12-2023 05:26 PM
RM20 kira mewah ke??kepci n mekdonat pun burger ke ayam large pun mahal..cer sita dorang skali baru la minyak peket terjamin
Quote B40tastePosh 27-12-2023 06:54 PM
mamajawie replied at 27-12-2023 05:26 PM
RM20 kira mewah ke??kepci n mekdonat pun burger ke ayam large pun mahal..cer sita dorang skali baru  ...

Mewah la kalau gaji engko gaji minimum RM50
Quote wirazam 27-12-2023 06:56 PM
My pren ckp kat mana tah..Ada org juai nasi biryani Pakistan....adoii dah boleh bukak restoran puak diaorg nih..Ada sambutan lak Tu
Quote miss_white 27-12-2023 07:37 PM
Patut tokey2 kedai buat mcm station minyak tuh
Tampal siap2 bg dorg baca
Minyak paket untuk warga negara sahaja
Quote monsterwife 27-12-2023 07:39 PM
wirazam replied at 27-12-2023 06:56 PM
My pren ckp kat mana tah..Ada org juai nasi biryani Pakistan....adoii dah boleh bukak restoran puak  ...

Ada tak darah2 sskjp tu
Quote Skuau 27-12-2023 07:44 PM
krustykrab replied at 27-12-2023 05:23 PM
Hahaha ..itu tandanya gomen kita dari dulu sampai skrg bodoh

Kita asing worang suka sini negara banyak BODOH punya worang la...Apa pon BOLEH la...
Quote ultra78 27-12-2023 07:49 PM
Apa yg peliknya. Aku tgh makan nasi ayam kat satu restoran,tiba-tiba nampak staff masuk bawak 2 paket minyak masak subsidi yg dibeli di 99 speedmart kat sebelah.
Quote carlalily 27-12-2023 07:53 PM
Pernah pergi econsave… warga indo n bangla yg borong byk2. Lepas plk tu dorang pegi byr kt kaunter lebih dr 2 paket kot.
Quote adizero11 28-12-2023 07:51 AM
Sbb yg berkerja dekat pasaraya dan kedai2 jual minyk tu pun rakyat dieorg..hulur sikit senang dapat stok..tokey2 bukan tau pun..janji ada untung
Quote honeybee1802 28-12-2023 08:17 AM
So apa ke hukuman pd paki tu?lesen sah2 pakai nama bini kan?
Quote shamsadis 28-12-2023 08:24 AM
pekerja warga asing di pasaraya, dia akan roger rakan senegara time keluar minyak masak bersubsidi.

aku sendiri perhatikan.
Quote Radzor 28-12-2023 10:22 AM
kapitalis jual rumah pon dapat simen sabsidi. pasni sabsidi tokay lori plak. sabsidi bersasar
Quote insulin 28-12-2023 10:43 AM
Hapuskan sahaja subsidi. Simple, kan?
Quote Zazama 28-12-2023 12:16 PM
Lambakan warga asing yg mengundang pelbagai masalah.
Quote mamajawie 28-12-2023 03:29 PM
B40tastePosh replied at 27-12-2023 06:54 PM
Mewah la kalau gaji engko gaji minimum RM50

minimum sehari ke seminggu ke sebulan chuolss?kalau gaji hari minimum rm50 time dpat gaji sebulan baru la makan..

Quote tripleid 28-12-2023 03:48 PM
sbb ni la raja formula gigih nak buat sabsidi bersasar
Quote dani-rox 28-12-2023 09:08 PM
Kerajaanlah yg bodoh. Kerja cashier pasaraya tu termasuk skop 3D kah? kan ke warga asing senang2 konker brg2 subsidi utk sesama dia org jah. bangla pun dah malas, takmo kerja berat sekarang. nak dok dlm ekon, jual kain atau tekan2 mesin jurr

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.227133 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top